nuffnang Ads

Sunday 29 April 2018

Pengalaman bercuti di Tokyo 2018


Its the end of Sakura

Tokyo
14-19 April 2018

This is not a travel guide
This is a travel story



Epilogue

Haneda Airport, Tokyo, Japan.

L : Aku rasa kita jadi camni sebab kita banyak sangat cakap pasal dia@!#$$%$$@!@#$&*^%%$%#%.
W : aku tak dapat menahan diri daripada ter’stalk’.hihihi
L :  Yela yang ko stalk lebih-lebih dah kenapa. Lagi satu kenapa play that video!
W : Hihihi.



14 April 2018

Trip ke Tokyo pada kali ini memang agak last minit, tak sangka dapat agent yang buat tengah bulan April. Kerana kebanyakan agen buat trip antara akhir mac hingga awal April sahaja. Almaklumla budak finance, awal bulan busy, akhir bulan busy. So tinggal tengah bulan je la free sikit.

Mula-mula tu plan nak hunt sakura kat Hokkaido. But it is so expensive. Harga dia, mak oii macam nak pergi europe.

So search punya search terjumpa la satu pakej yang betul-betul tengah bulan. Tokyo pun tokyo lah. Takkan nak repeat Osaka pulak. So kami pun book la dengan Jom Backpacker. Kat FB logo ada kartun bawak backpack kaler hijau. Nama admin yang kami deal tu ialah En. Hilmi (bukan nama sebenar). En Hilmi ialah salah seorang peserta dalam kumpulan yang bertanding di dalam rancangan gema gegar vaganza pada musim itu. Akibat kekangan masa, until the day kami nak berlepas, booking no. tak dapat-dapat lagi. Bukan kami tak tanya before that. It was like a month before we’ve been asking for the tickets. Tapi jawapannya tetap sama, iaitu ‘sabar’ and always dapat ‘blue tick’ je. Agak depress masa tu, iya la kan, kita cuti nak enjoy, bukan nak stress2.

Bila kami tanya “mana tiket?”, dia selalu jawab “jangan risau”. Macam kami ni risau benda tak relevan je. Kami kecewa, sangat kecewa!

Masa on the way to the KLIA2 pon hati rasa berdebar, tapi aku cuba untuk tenang-tenang saja. Yela pergi airport, tapi you not sure weather you have the ticket or not. It was like a mental torture. I’ve never imagine that somebody i even recognise can kill my mind.

KLIA2

Flight kami pukul 2.25 petang hari itu.

Aku bersama seorang lagi rakan. Trip kali ini hanya 6 orang saja. Great!. Yeah that’s great. Small group. Ok dapat one point kat situ. Kami breakfast di Marry Brown, sambil melayan badai dalam hati. Alright now time to check in. Ok beratur je. Tiket takde, booking no. takde. Ding..wasap berbunyi. Finally dapat gak booking no. yang selama 100 tahun ku nantikan itu. But you know what? We checked in without showing our booking number. Haha kelakar kan?
Ok now i’ve got the ticket. Baru la lega. Boleh la fly. Yeah!. After lunch kami terus ke gate pelepasan, maka terbanglah kami ke Haneda.

Akhirnya dapat gak tiket! Hahahahahaha



Haneda Airport

10.30 p.m

Kami tiba di Haneda. Mula-mula pintu immigration, kemudian pintu kastam. Kami ingat ujian kami telah berakhir, namun tidak. Episod baru pula bermula. Aku dan kawanku telah di tahan di pintu kastam untuk pemeriksaan lanjut. kami di bawa ke sebuah bilik. Kami di arahkan untuk membuka luggage dan mengeluarkan semua barang-barang. Huh saspen betul masa tu. Macam-macam doa aku baca. Last-last takde apa pun. I think its just a random checking.

After selesai pemeriksaan kastam, kami pon keluar di pintu arrival. Aku dan kawan ku masih dalam keadaan terpinga-pinga. Sambil mencari-cari signal wifi. Pada masa itu lah, seorang lelaki dalam lingkungan 20an menegur kami. “Jom Backpacker?” Yes. Ok ini la dia yang namanya Razlan (bukan nama sebenar) itu. Our tour guide for the next 4 days ops sori, 5 days.

Razlan itu orangnya nampak baik. On the surface ya. But im just not sure. Something about him make my eyes itch. Ok buang je la perasaan bukan-bukan tu. Lets focus on this trip. Tokyo are you ready? No. Am i ready for Tokyo?


Kami kemudian mengambil train from Haneda Airport menggunakan keikyu line. Kemudian menukar tren ke yamanote line untuk sampai ke Otsuka Station. Hotel kami terletak 3 minit sahaja dari stesen. Alhamdulillah tak perlu la tarik luggage jauh-jauh.


Ok during the train ride. I saw soooo many people. Jam menunjukkan 11.30 malam. Tetapi keadaan pada masa itu seperti 6.30 petang di KL. Pergi mana je la diorang ni. Memalam buta baru nak balik.

Hotel kami ok. Boleh tahan, siap ada tv kat bath tub. 7E, Daiso, family mart, aeon mart pon dekat je. Satu je takde, iaitu cerek. Bila tanya tour guide, dapat blue tick je. Sama jela si Razlan dengan si Hilmi tu.








No comments:

Post a Comment