nuffnang Ads

Tuesday 11 February 2014

Shenzhen Day 5

Shenzhen Day 5

Hari ni bangun awal lagi..(hari-hari pun awal) sebab nak catch a flight to Shenzhen.  Hehe..it's always excited to catch a flight.  Flight from Beijing to Shenzhen, ianya mengambil masa dalam 3 jam. So hari ni tak breakfast kat hotel, sebab awal pagi dah kena bertolak ke airport. Sampai airport tak lalu makan pulak, hoho, makan je la coklat snikers, air kosong and buah epal besar.(buah epal tu memang di bagi free oleh pihak hotel). Selain buah epal, terdapat juga buah pisang, strawberry, prune, Oren, pic and pear. Semua buah tu di letakkan dalam mangkuk.  Hoih banyak kot..

Hehe dah sampai...
So macam biasa la kan, nak naik kapal terbang kena lalu banyak pintu, cek itu ini.  Nak masuk dalam perut kapal terbang tu naik tren, so tak perlu la Jalan kaki, panjat tangga macam naik AA, hehe. Masuk je dalam pesawat, peramugari tu cakap, flight delay sejam, sebab ada pesawat lain lambat mendarat.  Mungkin guna lane yang sama untuk pelepasan..tataw la.

So duduk la diam2 dalam kapal terbang tu, sib baik ada tv, leh la tengok2 and Nasib baik duduk sebelah cina popuan, ok sikit la bau dia. My friend ada yang duduk sebelah cina lelaki, of course la china citizen kan, busuk yang amat katanya. Hehehe, tak sempat mandi kot pak cik tu.

But overall memang busuk gak la plane tu.  Mungkin ramai yang tak sempat mandi pagi tu! Sampai je Shenzhen, dah tengahari, so apa lagi mencari makanan la, walaupun dalam plane tadi ada sediakan sarapan, tapi macam was-was pulak nak makan, Ada sosej and telur scramble, so lalu makan telur scramble je.  Lunch simple je, makan McDonald, kat situ ada local menu, iaitu daging masak kicap, kentang dan nasi. Hehe mungkin la masak kicap, sebab tengok dalam gamba macam tu. But we all order fillet o fish and pai keledek, kalau kat Malaysia pai nanas kan. Sedap... Nyumm.

Lepas makan apa lagi, shoppping time.  Nama tempat yang di tuju ialah Louhou, kat sini banyak beg branded(fake opkos) seperti gucci, LV, prada,MK, Burberry and banyak lagi.  Dapat la beli 3 handbag..hehe.  Mula- mula masuk satu kedai tu macam tak berkenan pun dengan handbag yang diorang jual, usha-usha je and nak blah tengok kedai sebelah, but u know what, salesgirl kedai tu pegang tangan I kuat-kuat takmo bagi I lari ke kedai sebelah! Dan cepat- cepat salesgirl tu keluarkan katalog-katalogss. Huh rambang mata pulak.

   After that, kitorang ke Dongmen area, kat sini pun ada banyak gak barang menarik, but bukan fake branded stuff la. More to local products.  Dongmen area ni tak jauh sangat la dari Louhou tu, macam dari shah alam ke jusco bukit tinggi, camtu la.  And banyak sebenarnya nak beli kat sini, tapi kaki dah penat jalan. Kat sini dapat la terkam beg luggage lagi satu, al maklum lah, beg sedia ada dah nak termuntah.hehe. Kat Louhou tu nampak gak la ada orang Malaysia shopping ke borong?  By the way Louhou tu dekat je dengan stesen keretapi nak ke Hong Kong. Dongmen area, melalui pemerhatian saya, nampak macam Hong Kong, sebab style diorang memang stylo Milo yaww. Finally dapat gak jumpa "Chinazen" yang pandai bergaya.


Dongmen Street

Malam tu makan dekat-dekat area dongmen, kat Shenzhen pun senang nak cari restoran halal. Yela, dah orang Malaysia dok sakan memborong kat sini. Hehe.  Cuaca kat Shenzhen pada bulan September panas macam kat Malaysia. But lebih bahang coz kurang angin. UV pun tinggi, so pagi-pagi tu lepas mandi memang kena sapu losyen UV protection siap-siap. I minum air UV bright Kinohimitsu. Kalau Jalan-Jalan under the sun , guna lah payung. Weather kat Beijing and Shenzhen berbeza sebab kedudukan geografi nya, sila lihat atlas..haha.  Bahasa mandarin di guna kan di Beijing, manakala di Shenzhen Dan Guangzhou, mereka gunakan dialek kantonis.  and Menurut kata orang tempatan, china shenzhen la yang  di bawa ke Malaysia.  So no wonder la makanan kat shenzhen ni macam boleh di terima perut.    But the same thing is tandas diorang amat busuk, kotor, nak muntah, noo komen.... Kalau rasa boleh tahan kencing, tahan la ye..Nasihat ni!  Walaupun tandas kat Malaysia ni ada yang kotor, but kat sana banyak yang kotor.ohoh..macam sama je. Jangan lupa bawa wet tisu or botol air kosong untuk cuci-cuci, coz dalam jamban takde paip!   Dan lagi satu persamaan ialah, peniaga nya suka paksa-paksa beli, letak harga tinggi, pandai cakap melayu basic...eh cam banyak lak.



Eh ada workstation la di situu..huhu

After dinner, cek in hotel at Guangdong, malam tu masa sampai kat hotel macam gelap je daerah ni.  Macam pedalaman ulu-ulu je, or kedai semua dah tutup?. Tak Sabar nak tunggu pagi!  Sebelum tido tu, bilik wa ada la wat hotel warming, eceh macam housewarming tu. Parteyyyy la konon. Makan Megi, roti, dan sambal ikan je kot, diorang cakap, tadi dinner tak lalu makan.....??? Hoih wa ok je.bleh la.
Masa sembang-sembang tergezut tibe2 leh online FB! So post la gamba sekeping dua.  Kat beijing tak boleh, kat Guangdong bleh plak.. Bleh eh camtu?.  Untuk makluman Beijing memblock FB. So sape2 dok Beijing tak leh la nak suka2 ada FB. Kalau nak gak, kena dafta kat sistem apa ntah, and request VPN nombor camtu la. And FB korang akan di monitor oleh sistem tersebut, macam stalker je. Instagram and yang lain-lain tu tak pasti pula.
Kalau la kat rumah bilik air camni..ohh surga..
Sape ntah sepahkan bilik ni..


Sebelum tido tu, solat Jamak dulu, hehe,  masa ni la, Ada gangguan, serramm..room mate dah tido tapi ada kedengaran seperti orang ketuk-ketuk mangkuk guna chopsticks.hihihi, lebih kurang la bunyi camtu. But sebab dah penat sangatttt, tak kose nak layan bunyi-bunyi tu.


Fesyen ntah pape..at Lobi The Royal Garden Hotel Guangdong

End of Day 5.

Beijing Day 3

Beijing Day 3

Jomm bekfess

Today bangun awal coz nak gerak ke Great Wall. Dah 2 hari breakfast kat Traders Hotel ni,makanan sedap, and banyak pilihan.  Bakeri, pancake, waffle, muffin are my favorites. Ada jugak Nasi goreng vegi, sib baik la.  Darurat leh la makan..huhu.Selain itu terdapat juga basic Japanese food and dimsum. My choice are bakeries and Nasi goreng (tawar and tak "kick").

Up Up here we gooo
 Great Wall tu terletak agak jauh dari Traders Hotel, it took about 2 hours to reach there.  Memasing sambung tido dalam bas.  Sampai je kat kaki bukit Great Wall tu, kene jalan kaki pulak untuk sampai ke stesen kereta kabel.  I mean kaki bukit it's about 45 degree, so imagine la ye, memasing bontot tonggek naik bukit.  Along the way up, ada jual souvenirs, which is more cheaper than in capital Bejing. Tapi memandangkan sales girlnye semua garang, main paksa-paksa beli, ramai patah hati tak jadi beli, termasuk la diri sendiri.  But balik tu dapat la beli jugak, kat nenek tua. Murah je.


Hehehe  dah sampai...dah jejak kaki baru la rasa LUASSSSSNYE! saujana mata memandang


   Great wall yang kitorang pergi called Mutianyu, the famous one is Baddaling.  Mutianyu Great Wall kurang sesak sikit (no wonder RUNNING MAN shoot kat sini). Kereta kabel nya lebih pendek kalau nak banding kan kereta kabel kat Genting Highlands. So perasaan gayat tu kejap je la.  Sampai je kat atas, ingatkan Great Wall ni jalannya lurus je, tapi rupa- rupanya bengkang- bengkok, curam, banyak anak tangga yang tak sama saiz.  So challenging walking namanya.  Sure beribu-ribu kalori terbakar. Rasa penat, jantung nak tercabut, sakit kaki, berpeluh-peluh, lapar pun ada, nasib baik lah tapau croissant blueberry masa breakfast kat hotel pagi tadi. Bolehla isi perut.


Muka penat tapi best..lalalala


Untuk Turun dari Great Wall ni, kita ada 3 pilihan. 1) Jalan kaki je, macam tak mungkin kot sebab Great wall ni atas bukit. So kalau ada pun, sure makan sehari untuk turun. 2) Turun guna tobbogan(sila google)  macam naik roller coster, thrill. 3) Guna kerusi parachute, dua kerusi digantung kat tali kereta kabel..haha macam scary je kan bunyi nye, tapi memang gayat pun.  So kitorang semua cancelled naik toboggan akibat hujan renyai-renyai. Naik je la parachute chair.


Turun guna parachute chair..peace..uih gayat
Scenery at the Mutianyu Great Wall sure la awesome, merehatkan minda melihat gunung ganang.  Macam berada dipuncak bukit (memang punn).  Padahal masa pergi tu memang sakit kepala ter amat akibat makan kaki kambing bakar, yang super delicious kat restoran Arab tarian gelek.  But after jalan-jalan kat Great Wall ditambah permandangan yang mendamaikan, sakit kepala terus hilang. Subhanallah and Alhamdulillah.



macam jauhh je..macam jauhh je..


  Lunch at the schoolhouse mutianyu great wall (sila google), restoran western. But we all amik vegetarian food sahaja, sebab takde cert halal jakim, hehe.  Makan kenyang tapi macam tak puas coz dah biasa makan daging. Restoran sangat cantik, decoration nya membuatkan pengunjung seperti berada di sekolah rendah kat london. Eceh.
Schoolhouse Restaurant


crayon + paper = asah bakat, hilangkan rasa bosan sambil tunggu makanan, CrEaTiVe kan?


  On the way back tu semua tertido dalam bas, jem bapak lama kat hiway, but tak terasa langsung, sebab sleep like a baby.  Akibat jem teruk, destinasi seterus nya iaitu ke galeri seni 798(sila google) terpaksa dibatalkan.  Tak silap, hari tu ada art festival kat 798, padan lah jem semacam.


Bangunan beso-beso
Tunggu kete sapu amik..alo2


Dinner malam tu again kitorang di bawa ke " local beijingers" restaurant.  Restoran tu tak jauh sangat dari hotel, but nak Jalan kaki memang agak memenatkan sebab bangunan kat china besar besar belaka tak seperti di Jepun kecik kecik  comel je.   Masalahnya malam tu susah nak dapat teksi.  So kitorang naik "kete sapu" je...hehe nasib baik ada. Menurut kata tour guide kami, sebuah rumah hanya boleh memiliki sebuah kereta sahaja, dan hanya boleh memandu kereta 4 hari seminggu. So..means, kalau pegi keje tu, boleh bawa kereta dari hari isnin hingga hari khamis sahaja, hari jumaat pepandai la ye, naik tren ke, teksi ke, bas ke, Lori ke. Fuhh.
Dinner at the restoran paling bising

  Sampai je kat restoran tu, kitorang di bawa ke tingkat 2. Tingkat satu suasana meriah dan agak bising.  Tingkat dua pula teramat BISING.  Nak order makanan pun kitorang kena jerit-jerit.  Bisingnya seperti 10 kali ganda bising pasar ikan kat Malaysia,  Nak makan pun tak selesa, ditambah pula ada pelanggan restoran yang buka baju sambil merokok, sambil borak-borak (bercakap perlu jerit-jerit ke?) but makanan  sedap. Nasib baik..yeah.. Nyummm...nom..nommm...nom

End of day 3.

Beijing Day 1

Beijing Day 1

Trip to Beijing,Shenzhen, and Guangdong China.

Assalamualaikum,

Agak lama tak update blog, dahulu-dahulu konon excited nak cuba berniaga ..hehe hasilnya ada la sikit-sikit, still on going with Cheese Tart, Alhamdulillah.

Oho actually pegi china tu bulan 9 2013. Tapi sekarang baru ada masa nak tulis blog.:).  Mungkin tulisan saya dapat membantu uolss di luar sana membuat persiapan ke negera tembok besar, China!

Saya mengikuti rombongan ke China sebab, hmm nak tengok negara orang,...hm and oh .. nak naik tembok besar China la..of course. Tapi hari ke 3 baru naik great wall, so first day kitorang(rombongan) pusing-pusing bandar Beijing dulu.

  Penerbangan MAS pada pukul 12 malam. So sampai Beijing dalam pukul 6.30 pagi.  Kat sana 630 pagi dah macam pukul 9 di Malaysia. Cuaca pulak agak panas, walaupun suhu tertinggi cuma 27darjah celsius.  So kalau pegi Beijing bulan 9, tak payah susah- susah fikir pasal baju tebal.  Bagi pendapat saya, ok je kalau nak naik Air Asia. Sebab naik MAS ni kelebihannya cuma ada snek, pastu nak masuk perut kapal terbang tu naik tren and tak payah panjat tangga.  For me is nothing la kalau nak jalan jauh sikit, and naik tangga.

Beijing Airport (masing-masing tak sabar)


   Sampai airport Beijing, tour guide dah tunggu kitorang.  Dia nak bawa kitorang pergi sarapan local food. Kat Beijing restoran dengan signboard kale hijau menandakan ianya Halal.  Kitorang di bawa ke local restoran yang....yang..yang...macam kurang bersih...makanan nya serius tak boleh nak telan..nasib baik la ada makanan macam pau la kott. So beli je la that one.  My friend ada gak daring sangat kan nak try local food..ha amik kau sup soya rasa macam hangit...but...but..but...beijingers they all makan macam sedap je sup tu..huhu..euwww.  Sup soya hangit tu makan dengan tepung goreng ala- ala cakoi...tp bulat macam roti canai.  Oh that moment I realized oh maybe this restaurant like mamak but no teh Tarik..hihi..


Temple of Heaven
Pau kambing..sedap kah??






panas ok..
Mamak kat Beijing

sekitar Temple of Heaven


  Lepas tu pergi flea market, dekat- dekat dengan restoran tadi.  Banyak barang unik, handcrafted and antik. Tempat seterusnya ialah Temple of Heaven. Pada zaman dahulu tempat ni di gunakan untuk acara kebesaran di raja. Cantik jugak scenery nya.  Lepas penat berjalan, kitorang rilex2 sambil menikmati makan tengahari...yang saya namakan...Mee Gemuk Makan Laju-Laju Tapi Tak Luak..huhu...tak habis pun makan..last2 tapau bawa balik hotel.


Mee Gemok


Flea Market
  


 Hmm actually sampai Beijing tu kitorang tak check in lagi taw.  So before check in, singgah dulu Hongqiou Market. Famous dengan pearl kata nya. Memang banyak pearl pun.  But kat sini harga agak mahal sikit.  Tapi kat sini la paling banyak pilihan.  So dapat la beli souvenirs sikit. Sebelum beli ingat ye untuk tawar menawar sehingga murah 90% daripada harga yang ditawarkan.  Biasanya peniaga takkan bagi harga rendah, then mereka akan marah-marah, buat muka sedih, maki-maki dan sebagai nya. Itu semua lakonan sahaja, jangan percaya.  So kalau dia tak bagi harga diskaun yang sukahati kita la kan...blah je..kalau diorang nak marah pun, kita bukan paham punn.haha.


Ok time to check in hotel, setelah seharian berjalan. Lokasi hotel betul-betul terletak berhadapan world trade center China.  Basement hotel ada banyak kedai branded mahal nak mampos.  Memang terasa miskin sangat kat situ...huhu.


posing kaki senget


  Lepas mandi-mandi, rileks, usha-usha barang yang dapat dirembat kat Hongqiou Market tadi, it's time for dinner!!  Yeah  malam ni makan steamboat.  Hirisan daging lembu yang sangat nipis di celup- celup. Kambing pun hado. Sorang satu periuk hokay, tak main la kongsi- kongsi periuk macam kat mesia tu..huhu.  Mula - mula memang tak lalu makan, sebab sup nya macam rasa pelik..hehe..tapi my friend request kicap..hehe so jadi la kan, bleh telan.  Daging fresh celup-celup pun sedap.




daging lembu nipis di celup-celup pun sodapp..oh yeah


sorang satu periuk hokay..

The end of Day 1.

Beijing day 4

Beijing day 4

  Destinasi hari ni ialah ke Summer Palace dan Wangfujing.  Untuk ke summer palace kami perlu menaiki bot. Bot pertama yang kitorang naik tu penuh dengan warganegara China sahaja, hehe and masa naik bot tu dalam pukul 9 pagi.  So jejak je kaki masuk dalam bot tu, hoihhh bau dia, (nak muntah beb) diorang ni semua ni tak mandi ke hapa..? Kalau aku tak mandi pun wangi je kot?.., tapi kejap je la naik bot tu, sebab sampai satu jeti tu, Jalan kaki sikit tukar bot lain pulak. Total semua, tukar dalam 3 bot, means berhenti kat 3 jeti.  Perjalanannya seperti naik boat sepanjang sungai pahang. Di setiap perhentian tu ada banyak bangunan lama, macam taman taman di raja la.  Hasil seni mereka memang cantik, teliti dan bersejarah.  Nampak la ketekunan dan kerajianan mereka.  Kat summer palace ada boat besar yang di buat daripada batu marmar/marble, nampak macam English style pun Ada.  Boleh cuba google untuk maklumat lanjut. Kat sini jumpa la jugak beberapa orang  rakyat Malaysia.  Suasana di sekitar summer palace seperti berada di alam fantasi, kerana kelihatan fog (seperti jerebu ) agak tebal.  Tetapi apabila kita bernafas, takde pulak rasa particle- particle melalui rongga hidung.  Seperti berada di alam mistik, bunian pun ada. And kat sini lah, saya rasa ada " sesuatu" mengekori saya, tanpa sedar.


Sesuatu sangattt..euww creepy



Alice in Wonderland



marble boat = not exactly a boat that can sail.
   After that, kitorang  ke Wangfujing.  Tempat shopping yang happening kat Beijing.  Macam ala-ala pavillion, but lebih besar and best!  Kat sini yang istimewanya terdapat makanan eksotik.  Selain jade, macam-macam souvenir pun ada.  Yang paling geram tu jacket winter, cantik-cantik yang berharga RM100++ bersepah-sepah.  Huhu.  Makanan eksotik seperti, kale jengking, Labah-Labah, lipan, dan segala macam serangga di jual di sini.  I lalu je lorong eksotik tu, dapat cium bau pun jadi la. Uwekk nak muntah.  Kitorang lunch mc donalds je kat salah sebuah shopping complex kat sini.  Hehe and guess what I found, PANDoRa beb.  Wa tengok Ada sale, bracelet silver with three simple charm RM 150++ jeeee.... Oh geram nya. Macam tak percaya pun ada, al maklum lah china kan famous dengan barang fake, but this one look original. But tak beli pun sebab nak simpan duit beli handbag kat Shenzhen. Wangfujing ni luas, nak jalan tapi tak larat, sebab dah jalan half day kot kat Summer Palace!
Luas sangat..patah kaki la..
mai mai.. borong jed




  





































 Oleh kerana malam tu is the last night we're in Beijing. So dinner pun special sikit. Dinner at the China World Hotel. Hotel tu  dekat je dengan Traders Hotel, it took 10 minutes walking.  So sampai je restoran hotel tu, memang semua muka lapar.  Makan buffet, ada fresh seafood, Japanese, dessert, dimsum, bakeries and also some local food.  My friend all of them amik ketam..beso gak la ketamnya.  My choice of course the dessert, panacotta..nyummy. Scene paling terkejut ialah masa berebut-rebut amik ketam (macam tak penah makan ketam je kan), ada chef tegur "orang Malaysia ke?", Yup (muka terkejut,sebab chef tu muka cam iras cina, but I thought he's Japanese) "Malaysia kat mana?", "Saya orang Shah Alam", lalu chef tu pun menjawab, "Saya orang Subang, Malay".  Eceh pastu borak-borak la sikit.  Nampak chef tu cam excited lak jumpa orang Malaysia makan kat hotel tu.. Kih3.  And lagi satu terkejut kat hotel tu Ada mee kari..yeyeyeyeye..boleh request udang nak bape ketul, awesome lahh. Terbaik!, rasa macam kat Malaysia. So kalau nak makan mi kari kat beijing, makan kat China World Hotel.



Wangfujing Street

End of day 4

Beijing Day 2

 Beijing Day 2 


2nd day p Tiananmen square.  Besa giler kot tempat ni.  Pintu masuk tu ada gamba mou ze dong.  Pastu p forbidden city.  Tour guide tu ada citer la pasal history macam2..wa cuma igt emperor tu ada beratus2 gundik and siap sediakan bilik untuk gundik2 nye. Ada lebih kurang 900 plus bilik kat situ.hohoho..pastu apa ntah dia citer.hehe.  Dalam tu leh la tgk interior design bilik gundik2 and maharaja. Saiz biliknya kecik je, tapi ada banyak la..beratus2 kot..tengok sikit2 sudah.
          Jalan-jalan kat Tiananmen square and forbidden city smpai la tengah hari.  Lunch kat Hutong, Menu Peking Duck.sedap..nyee nyum..tak berbau pelik.  Kata nye itik kat situ di bakar menggunakan kayu pokok laici.  


mak datin menang tv LCD 10ribu inch (see behind)


         After lunch p melawat umah seorang penduduk yang masih tinggal di hutong.  Hutong ialah kawasan penempatan Beijing yg masih di kekal kan struktur nye.leh la cer google. Keluasan rumah nyer kecik je, mcm flat kecik2 kat shah alam tu. And dalam rumah tu takde tandas.erkk..so kalo nk b***k kena p tandas awam.  Bilik air for mandi tu ada la. Actually after that, plan nak naik bus kecik jalan2 area Hutong but..disebabkan ramai  sangat pelancong bus kecik2 tu  sume dh kena booked.uwaaa uwaaa.  Ohh kat sini la RunningMan ada wat shooting...wowowowow..baru pasan.  Tapi tak ingat episod bape.

Di depan restoran peking duck

Forbidden City

Hutong Area

Nak masuk umah kat Hutong


     After Hutong, p Yaxiu Market and Sanlitun area.  Hehehe time for shoppppppingg…yeah2..yeah.Tapi sebab masa suntuk,  we all pegi Yaxiu Market je. Dapat la shopping sikit. Kat sini dah pandai bargain dah. Peniaga kat sini pandai cakap melayu sikit, contoh nye; "Mari kakak, barang bagus-bagus", and dorang hafal nombor 1 hingga ribu2 la kot. So 'feel' beli belah kat sini macam kat malaysia la lebih kurang, cuma peniaga kat sini agak agresif 'memaksa' beli. Tips membeli belah di sini ialah untuk bargain sehingga 90% daripada harga yang di tawarkan.  Kalau peniaga tu tak mahu bagi harga yang kita nak tu..sila la blah, buat taktaw saje la, bukan paham pun dia maki apa..haha. My friend dpt beli power bank 13000 mah pada harga 40rgt je.wow!

Abang beca..abang beca di tengah jalan.(Hutong Area)

Let's bargain! yeah..3 sepuluh(3x) ..hehe


Tarian gelek (import taw)

  Fuhh penat shopping, lepas shopping tu, tak balik hotel pun, terus ke restoran untuk dinner. Dinner kat restoran muslim(halal), siap ada tarian gelek????.  Hoii seksi kot. pakai bra and kain je.hihi..berdosa je rasa.  Makanan kat situ ok2 je la, still cuba telan rempah tumisan nya yang semacam je bau nya.hehe.  Malam tu tauke kedai bagi kaki kambing bakar free, but unfortunately tak boleh makan banyak, sebab nanti sakit kepala, but tengok orang lain makan macam sedap je.nyummm.


End of day 2.