nuffnang Ads

Wednesday 8 July 2015

Jelajah Turki 2015 Day 8

Day 8
Istanbul – Abu Dhabi – Malaysia

Hari ini bangun dengan perasaan yang bercampur baur. Gembira dan sedih, rindu kat Malaysia dan sedih meninggalkan negara Turki.


menaiki tram pada malam sebelum balik ke Malaysia


Selepas breakfast kami mempunyai masa lebih kurang 3 jam sebelum bertolak ke Airport. Kami mengambil kesempatan untuk berjalan-jalan sekitar hotel. Kami ternampak ada sebuah pasaraya Carrefour Mini, tidak jauh dari hotel. Pagi itu hujan, ya hujan, seperti menangisi kepulangan kami sebentar nanti.

Di Carrefour Mini, aku memborong coklat buatan turki yang boleh di dapati dengan harga serendah 1 Lira. Kemudian ahli rombongan cik kiah yang lain juga ikut aku memborong coklat. Ada juga yang membeli set cawan dan mug. Nanti kat Airport tak perlu la kami membeli coklat lagi, sudah tentu harga nya mahal.

Di Airport, aku sempat membeli lagi satu souvenir untuk rakan sepejabat. Harga cenderahati di Airport tidak jauh beza dengan harga cenderhati di Grand Bazaar. Kami berkesempatan solat zohor di Ataturk Airport. Surau yang di sediakan agak selesa, apa yang menarik nya ialah dinding kaca surau itu menghadap landasan kapal terbang di mana ia berlepas.





Maap Selfie terlalu banyak





Penerbangan selama 5 jam ke Abu Dhabi. Di situ kami solat magrib dan isyak. Waktu transit adalah selama 5 jam. Lama kan. Kami semua tertidur-tidur ayam di lobi. Nasib baik ada water cooler, boleh la  ambil air free. Ada juga di sediakan majalah. Ia nya percuma. Aku mengambil 3 majalah berkaitan travel untuk ku bawa pulang ke Malaysia sebagai kenangan. Hmm tiba-tiba lapar, nasib la ada tapau muffin dan pai semasa breakfast di Hotel pagi tadi. Hehe.



From left:Kak Kama, Middle:Eve, Right:En Nasir

Unta sesat di Abu Dhabi Airport

Goodbye Istanbul!



Terdapat Pameran seni di situ, lukisan dan hasil seni di jual pada harga ribuan USD.  Arthub at Abu Dhabi.



Telor Dinasour tunggu menetas




Sekali tergolek telur ni..hamik ko bayo la ribu2 USD















Pukul 2 pagi waktu Abu Dhabi, kami berlepas ke Malaysia. Ianya adalah waktu yang paling tidak seronok sekali. Namun masa lalu tidak akan berulang lagi. Udah2 leerr sedih tu.

Pendapat aku tentang trip kali ini ialah, hmm macam nak datang Istanbul lagi, sebab masa yang di berikan untuk Istanbul hanya 2 hari sahaja. Kebaikan melancong dengan agen untuk trip jelajah turki seperti ini, bagi aku memang jimat dan kurang hassle, tetapi tourist guide tempatan akan utamakan  untuk kami berkunjung ke tempat2 shopping di mana mereka akan mendapat komisen jika kami membeli barang di situ. Contohnya kedai karpet dan leather shop. Bagi aku, tak perlu pun nak spend masa lama2 kat situ, kerana harga jualannya yang terlalu mahal. Dah standard handbag LV harga nya, memang idok la teman nak beli. Ok la setakat ini sahaja coretan untuk entry pada kali ini. Semoga bertemu lagi di lokasi seterusnya.

Selfie terlebih gedik bersama Evrim(Eve)

Thanks for reading, hope uols enjoyed. Maaf lah sekiranya ayat macam cacamarba. Karangan bahasa melayu dulu tak pernah dapat A,hihihi tapi gigih sungguh tulis blog. 

Sekian.

Jurnal pengembaraan Turki 2015.

See you next Location!

Wednesday 1 July 2015

Jelajah Turki 2015 Day 7

Day 7
 Istanbul
20 March 2015                      
Temperature : 5 darjah Celsius

Hari ini adalah hari terakhir untuk jalan-jalan di Istanbul. Tidak puas rasanya. Tak dapat lagi meneroka Bandar Istanbul sendiri. Takpe2 nanti ada rezeki, datang Istanbul sendiri.ahaks verangan.


Selepas breakfast yang macam sedap kat hotel, lokasi pertama pada hari ini ialah ke kedai leather Turki. Di sana terdapat pakaian dan beg yang diperbuat daripada kulit kambing. Sesampai nya kami di kedai tersebut, kami di bawa ke pentas run away mini. Kemudian keluar seorang sales man, show off produk terbaru mereka. Jaket kambing berwarna pink, corak bermotifkan ular. Hmm cantik sangat. Pastu keluar pula seorang model mengenakan jaket tersebut. Oh yeah cantik. Tapi badan aku tidak lah seramping model tersebut. Ok bagus tak perlu beli. 

Kemudian sales man tu pun offer la harga diskaun untuk produk tersebut. 1000 usd sahaja. Ha amik kaw. Aku rasa dato siti mungkin akan beli jaket tu. Siap ada di sediakan kad untuk tick mana satu saiz nak. Ok. Tak perlu tick apa-apa. Kemudian selepas salesman tu habis bercakap, the music start. Maka keluarlah model turki seorang demi seorang menggayakan koleksi terkini. Cantik memang la cantik. Hah jap lagi tengok la harga nya kat galeri..mampu ke idok! Semua harga ribu riban USD. Dapat pegang2 jaket mahal pon jadi la. Ambik aura kunun-kunun. 

Rupa-rupanya di tingkat paling bawah sekali juga ada di jual jaket-jaket dengan harga lebih murah. Semua berharga kurang dari 500 usd. Mereka kata ini koleksi tahun lepas. Haha ye kan je la. Selain jaket kulit, disitu juga ada dijual beg tangan, tali pinggang, dompet dan sarung tangan. Pilihan handbag sikit je. Hehe tiba teringat masa window shopping kat Florence. Banyakkkkkk sangat handbag kat situ. Heaven betul. Dapat cuci mata pun heaven, kalau mampu beli tataw la camna.





model gemok beraksi



Kunjungan seterusnya pula ialah ke Topkapi Palace. Scenery sepanjang ke Topkapi Palace amat indah. Lebih-lebih lagi sekarang musim late winter, kelihatan ranting-ranting pokok tanpa dibaluti dedaunan. So beautiful.

Di dalam Topkapi Palace, terdapat beberapa bangunan penting, bangunan pertama ialah tempat di mana persidangan seperti parlimen di adakan. Kedua tempat tersimpannya pedang Rasulullah dan sahabat, dan terakhir sekali, bangunan tersimpannya perhiasan emas semasa zaman kegemilangan kerajaan Uthmaniyah. Pintu masuk ke bangunan dimana tersimpan nya barangan kemas amat sesak sekali. Eve menasihatkan kami untuk melihat pedang Rasulullah dan sahabat dahulu. Sekiranya mempunyai masa lebih, boleh la ke bangunan sebelah nya. Selain pedang , apa yang menarik ialah terdapat pakaian Siti Fatimah dan helaian janggut nabi Muhammad. Kami tidak di benarkan mengambil gambar disini. Kat luar bangunan boleh la.

Kemudian kami ke bangunan parlimen semasa zaman Kerajaan Uthmaniyah. Wah Nampak mewah sangat interior design nya. Tak masuk pun tengok perhiasan emas, sebab barisan untuk masuk ke bangunan tersebut semakin panjang. Lalu aku dan seorang lagi rakan menghabiskan masa dengan mengambil gambar posing-posing ala model.






Pintu masuk Topkapi Palace







Kemudian kami menaiki bas semula untuk ke Aya Sofya. Aya sofya terletak berhadapan masjid biru. Apa yang menarik nya ialah dome utama Aya Sofya, dimana terdapat perkataan Allah Dan Muhammad namun di tengah2 nya ada lakaran Jesus. Ya ia nya memang sebuah bekas gereja yang di jadikan masjid lalu dijadikan museum semasa pemerintahan Mustapa Kemal Ataturk. Identiti Aya Sofya bagi aku terletak pada lampu chandelier berbentuk bulat yang tergantung itu.












Di dalam Aya Sofya



















Kami di beri masa sejam untuk menerokai sendiri bangunan tersebut. Hehe, tiba-tiba rasa tak konfiden pulak nak berjalan seorang diri, lalu aku keluar ke kedai cenderahati.haha mahal tak jadi beli. Lalu aku pun duduk berehat di bangku yang di sediakan di luar, pada masa itu berkumandang azan zohor. Wah rasa syahdu je. Selepas tamat waktu sejam, kami berjalan kaki ke restoran berdekatan, untuk makan tengah hari sebelum solat zohor di masjid biru nanti. Lunch hari ini memang puas hati, sedap! Hiasan dalaman nya pula sangat Turkish. Wow!




On the way to the restaurant


Di dalam restoran







Selepas mengisi perut, kami berjalan kaki semula untuk menunaikan solat jamak zohor dan asar di Masjid biru. Masuk je kat perkarangan masjid biru, kelihatan ratusan pengunjung sedang beratur. Kami di fahamkan, pintu masuk untuk pengunjung non muslim yang hanya ingin menikmati keindahan masjid biru tidak sama dengan pintu masuk untuk muslim yang ingin menunaikan solat. Kami di bawa oleh Eve ke tempat ambil wudhuk. Wah jauh. Air nya sejuk sangat. Seperti biasa ada plastic disediakan untuk bubuh kasut dan di bawa ke dalam masjid. Pintu masuk pula bercampur antara laki dan perempuan. Peh dugaan jugak nak jaga wudhuk time tu. Masuk je dalam masjid, wahhhh ramai nya manusia. Of  course non muslim yang datang hanya untuk melihat interior design masjid tersebut. 

Ruang solat wanita

Sebesar-besar masjid biru tu, ruang untuk muslimat bersolat sekangkang kera je.Untuk muslimin tak pasti pula. Bagaimana pula semasa solat Jumaat tadi ya. Mungkin ia nya di tutup untuk pelawat. That’s why la pelawat terlalu ramai pada ketika ini. Ruang solat nya tiada penghadang, maka pengunjung non muslim dapat meyaksikan kami bersolat. Haish tak syok langsung ok. Seperti solat, lalu di saksikan khalayak ramai pula. Oh ya,aku di tegur oleh seorang gadis turki usai solat.

Gadis turki: Salam, are you from Malaysia?
Aku: yes, senyum ( mesti la dia dapat cam, sebab rakyat Malaysia je yang solat pakai telekung warna putih)
Gadis turki: How you find turki? Is it ok?nice?
Aku: Yup ok, just a little bit cold. And Istanbul is very beautiful.
Gadis Turki: Senyum. Oh im going to Malaysia next year, to further study. Is Malaysia nice?
Aku: hmm yes, its hot.(gadis tu tak faham perkataan “Hot”..alahai..terpaksa la aku cakap the sun is very very bright, here turki cold, but Malaysia very warm,hmm  macam tak sesuai je perkataan warm tu) lama lama tu dia macam faham la.

Masa tu dia pun baru lepas solat dan mengaji, dia bersama seorang wanita tua, mungkin nenek nya. Selepas perbualan kami, gadis turki tersebut menerangkan apa yang kami bualkan kepada wanita tua itu. Ceh macam la paham sangat.














Baru la berangan nak ambil gambar sambil berpusing-pusing. Dah kalo sesak macam pasar malam cenggini, memang harapan je la. Nak menikmati seni hiasan dalaman masjid biru pun tak syok..sesak oiii. Sesak mengalahkan kesesakan gereja St peter basilica kat Rome tu. Sempat la snap pic sikit-sikit. Ofcos la cantikkk.

Lokasi kami yang terakhir di Istanbul ialah ke Grand Bazaar. Shopping time!Aku macam tak teruja sangat la. Ahaks padahal dah terbeli lokum mahal masa kat spice bazaar semalam, duit pun tinggal sikit je untuk beli souvenirs. So, jalan-jalan cuci mata je la.
Tips shopping:
1. Harga barangan di luar grand bazaar lagi murah.

2.Sekiranya ingin membeli barang yang agak mahal, lakukan transaksi dalam USD, ia ternyata lebih murah.

3.Ada beberapa money changer didalam grand bazaar, tidak perlu bertanya pada orang tempatan di mana terletak nya money changer. Sila cari sendiri, supaya tidak terperangkap dengan share partner penjual karpet, ia ternyata akan membuang masa anda untuk menyaksikan carpet show harga ribu riban tak tercapai diakal mu itu.

4.So pastikan anda menyimpan sedikit wang USD sekirannya ingin membeli jaket atau hand bag di Grand Bazaar.

Grand Bazar Gate 1





cantik sangat







Yang paling cantik kat sini ialah lampu hiasan nya. Wah memukau pandangan. Masa shopping yang diberikan adalah 3 jam. Wah dah cukup lama tu. Itu pun ada yang masih rasa tak cukup. Bagi aku, masa yang di berikan untuk meneroka Bandar Istanbul itu sendiri tidak cukup. Ok next time datang Istanbul, ha jalan la puas-puas.

Jalan raya di Istanbul mulai sesak. Kami dalam perjalanan ke sebuah restoran berdekatan untuk dinner. According to Eve jika jalan clear, maka 15 minit je dah boleh sampai restoran itu. Tetapi akibat kesesakan jalan raya, kami mengambil masa selama 1 jam. Malam ni dinner so-so je la. Semua pun dah tiada selera lagi. Tapi telan je la.kang masuk angin pula.
Esok nak balik oiii kemasss!

Dinner, yang so so je


View dari tingkap bilik, arabian theme
End of day 7.