nuffnang Ads

Tuesday 23 June 2015

Jelajah Turki 2015 Day 6

Day 6
 Bolu - Istanbul
19 March 2015                      
Temperature : 0 - 4 darjah Celsius
 
Sejuk bangatt nih


Pagi itu seperti yang telah di bayangkan, kawasan luar hotel dilitupi salji memutih. Wah tak saba pulak nak keluar main salji. Tapi kena la breakfast dulu. So after breakfast, masih ada masa lagi sejam sebelum bertolak ke Istanbul. So kami semua tidak melepaskan peluang untuk mengambil gambar dan merasai sendiri berjalan di atas salji. Hihi. 











On the way to Istanbul


Bagi yang pertama kali, mestilah teruja kan, kalau yang pernah study oversea tu takde la nak heran sangat. Hehe. Aku..aku memang tak tahan la nak lama-lama kat luar time salji2 ni. Tahan setengah jam je pusing-pusing sekitar hotel. Pastu masuk balik hotel..sejuk gila kot. Memang kena pakai coat and glove for winter untuk bertahan lama di luar sana. Aku punya winter coat just beli kat downtown je, sib baik la pakai long john mahal, so takde la menggigil sangat.




Tibalah masa nya untuk ke Istanbul! Oh yeah. “Istanbul aku datang”. Ingat lagi masa tengok cerita Istanbul Aku Datang, tengok kat tv je masa hari raya ke 2. Ceh. Macam best je kan Istanbul ni. Dalam hati masa tu ada la terdetik “kalau la dapat p Istanbul kan best”.

Rumah-rumah di atas bukit.. wahh mesti owsem view dari rumah tu




Pelabuhan di Istanbul




Owsemm view



Sampai dah Istanbul







On the way to Istanbul, view nya cantik sangat. Istanbul terletak berdekatan laut marmara. Sesampai di Istanbul hari sudah pun tengah hari.Kami pun semua ke sebuah restoran. Lepas makan, solat di sebuah masjid Ayyub Al Ansari. Di situ terletak makam ulama terkenal turki. Hmm ingat kepada saudara Ammar? Dia juga telah di kebumikan di sini. Semasa solat di sini rasa syahdu je. Satu lagi keanehan ialah terdapat terlalu banyak kucing. Kucingnya pula gemuk-gemuk belaka. Jinak pula tu. Mereka di dapati bermain di celah celah kubur. Ada juga yang hanya duduk di tepi kubur seperti meratapi pemergian tuannya.


Lunch makanan india 







Pintu masuk masjid




Now, tibalah masa yang di tunggu-tunggu selama ini, iaitu ke Spice Bazaar. Masa yang di beri hanya sejam sahaja. Masa kat kedai jual karpet, tembikar and  barang kemas tu, boleh pulak si Eve ni bagi masa ber jam-jam. Kat Spice Bazaar ni sejam je.Huh.
Di Spice Bazaar paling banyak di jual, semestinya Lokum dan Baklava. Ada juga di jual lampu hiasan. Semasa melalui kedai-kedai menjual manisan, ada jugak mereka bagi kami rasa sedikit manisan dan kekacang yang mereka jual. Sedap betul baklava fresh kat situ. Nyum2.






Selain manisan dan kekacang terdapat juga kedai menjual pakaian dan cenderhati. Eve memberi pesanan agar kami membeli manisan di sini, kerana ianya tidak banyak di jual di Grand Bazaar. Ada sebuah kedai kecil menjual cenderhati, aku pun beli je la.hehe. Kalau nak beli baklava atau Lokum dinasihatkan untuk membeli di kedai yang di pilih oleh tour guide. Ini kerana, kebanyakan manisan di situ telah di campur dengan minyak babi semasa penghasilan nya. Tak tahu la boleh percaya atau tidak. Adakah Eve berkata begitu untuk mendapat komisen?






Di luar Bazar





Lepas shopping dalam masa singkat, Seterusnya kami ke jeti untuk Bhosporus Cruise!Oh yeah jangan lupa beli teh turki kat spice bazaar, especially teh perisa epal. Sedap taw!
Untuk melihat keindahan Istanbul, naik lah Bosphorus Cruise. Ya anda pasti tak menyesal. Ketika itu suhu mencatatkan 4 darjah Celsius. Naik cruise pulak, wah sejuk mencengkam tulang la, sampai kebas jari jemari, tak rasa apa. Permandangan dari atas bot ternyata lebih indah. Wah besnya. Teringat pulak masa naik water bus di Venice. Hmm lebih kurang la. Cuma bangunan di venice kecil-kecil.


Bajet2 model














Romantika sangat





Ok tak tahan sejuk sangat, selepas ambil 100 keping gambar(haha just joke). Kami turun ke tingkat bawah ke bahagian bertutup. Di situ kalau nak mengada2 boleh la order air kopi ke kapucino. Mahal la harganya kan. Minum air panas sambil menikmati permandangan petang Bandar Istanbul. Romantik sangat.


Banyak-banyak bot, bot toyol yang aku naik...ish2, eh Turyol..typo!..ahaks



View masjid biru dari belakang.

View masjid biru dari hadapan

Selepas itu, kami menaiki bas semula ke masjid biru, Landmark Istanbul yang paling terkenal. Kami Cuma berada di luar sahaja, sementara  menunggu waktu dinner. Esok baru kami akan bersolat di dalam masjid biru. Berhadapan masjid biru pula terletak nya Ayasofya, juga terkenal sebagai destinasi wajib untuk dikunjungi. Lepas posing sana sini. Kami pun berjalan kaki ke restoran. Malam ini kami tidak dinner di hotel, mahal kata nya buffet dinner kat hotel Istanbul.huhu.





Berlatar belakang kan Aya Sofya









Its Selfie time


Boleh Tahan, majalah derang


Semasa dinner, semua Nampak keletihan. Perasaan rindu pada masakan Malaysia kian terasa. Cewah. Lepas dinner terus gerak ke hotel. Kami menginap di Holiday Inn Istanbul. Agak jauh dari pusat Bandar. Jika jalan raya tidak sesak, perjalanan dari restoran ke Hotel Cuma mengambil masa 20 minit. Tetapi pada malam itu, ia mengambil masa selama hampir 2 jam. Fuh ada tram ada metro, jalan still jammed?

Dinner..hehe boleh kurus ni.



End of day 6.