nuffnang Ads

Sunday, 29 April 2018

Day 5 Kamata Guesthouse


Pagi itu aku terjaga awal. Aku masih di Tokyo, merangka-rangka ayat apa aku perlu wasap kat bos aku. Kenapa aku tak masuk opis hari ni. Sambil-sambil google nak pergi mana hari ni. Google punya google, ok taw dah. Kita ke Shinjuku Gyoen National Garden.
Tapi pagi-pagi ada orang buat aku geram.


R : ok pukul 10 pagi kita cek out, terus ke Haneda. Sebab ni Air Bnb, patut waktu breakfast kena cek out dah.
L : aku terus wasap lokasi nak di tuju hari ini.
W : eh bukan semalam kata nak bawa kita jalan-jalan, siap suruh bagi idea. Kenapa tiba-tiba nak ke Haneda terus? Lepak Haneda sampai malam? Oh best nya!
L : yela kan, semalam cakap lain, hari ni cakap lain. Short memory ke apa? Tengok la kita dah wasap lokasi hari ni.
R : jap. Erm nak buat apa pergi park tu, bukan ada Sakura pun.
L : no. im not trying to hunt sakura. I just wanna go there. Kenapa ia di angkat sebagai national garden.
R : kat haneda pon ada banyak benda boleh tengok.
He keeps refusing.


Aku malas nak dengar lagi alasan dia.

Flower bed je  yang tinggal

Finally sampai juga kami di Shinjuku Gyoen National Garden. Sepanjang perjalanan, he keeps complaining tentang kos yang di keluarkan hari ni. Dia kata dia kena claim bila balik malaysia nanti. Claim-claim tapi tak tahu bila akan dapat. Is it my problem? Setakat tour guide tinggal sorang kat company yang maju jaya tu, takkan la nak process claim sorang tour guide nak kena ambil masa 100 tahun? Dengar-dengar ada lagi sorang tour guide baru resign. Masa mula-mula dengar macam hairan la kan. Kerja Tour guide best apa, dapat jalan-jalan. Tapi lepas apa yang terjadi. Tak heran langsung. Dengan aku top up 500 yen untuk suica card pakai duit sendiri pun dia boleh acah-acah tak nampak. Dia ingat aku nak dengar kisah claim dia yang tak dapat-dapat tu?

L : pernah pergi ke, park ni?
R : dengar-dengar ada yang pernah pergi, diorang cakap takde apa pon.
L : Hello jawapannya iya atau tidak. Susah sangat ke soalan tu. Kalau tak pernah pergi jawab je tidak!

Melukis





Hijau. Kami menikmati permandangan hijau. Merehatkan jiwa kacau melayan karenah tour guide. Kelihatan pelajar sekolah berpakain sukan melakukan aktiviti luar bilik darjah. Ada juga yang sedang melukis. Pelancong eropah sedang sunbathing.

R : auntum trip nak bawa peserta datang sini la.
L : i’ve told you, there’s something about this park. So kalau musim auntumn nanti, mesti kaw-kaw kan dia punya scenery.
R : saya boleh bayangkan.

Kami lepak santai di rest house. Sembang tentang kehidupan dan masa depan, di temani jeritan riang budak-budak sekolah. Dibuai-buai angin shinjuku. Our tour guide masa tu hilang dari pandangan.








Sunbathing





Selepas separuh hari menghabiskan masa di taman tersebut. Kami keluar mencari makanan halal. Yes ada sebuah restoran makanan turki berdekatan. Dekat je dengan shinjuku gate taman tersebut.

Nampak nya aku dah bagi idea new route kat tour guide ni. Dekat dengan stesen shinjuku, ada restoran halal pulak tu. Upah? Takde pon. Dia kata tiket masuk 200 yen tu la upahnya. 200 yen je. Ok syukur, nanti ada yang kecam aku tak bersyukur pulak.

Tiba-tiba rindu Istanbul



Begitu lah kami pada hari itu, kejap bergadoh kejap macam baik. Kawan aku? Dia dah lost. Kepala otak dia tengah memikirkan anak-anak dia yang ditinggalkan di Malaysia.



Haneda Airport

Ya kami di sini sekali lagi. Kami lepak kat observation decks. Wifi laju giler kat sini. Our tour guide? He left us here. Aku pun tak tahu dia pergi mana. Dia macam tak nak kami tahu pon. Mind your own business. Rasa nya dia nak bergayut, nak video call dengan awek dia sampai malam. Suka hati ko lah.

L : ko rasa dia pergi mana?
W : solat kot.

But the butthurt fact is, we still dont have the booking no. untuk flight malam tu. Kelakar kan?
Sedang kami duduk berehat, melihat pesawat take off. Ada wasap masuk. Lalu ada wasap call from Razlan.

R : uols dah dapat booking no.?
L : dah, why?
R : my boss tersilap beli la. Sepatut nya seat kawan awak tu saya punya.
W : macam mana boleh tetukar pulak?
L : rasa tak sedap hati, i think pertelingkahan antara kami masih belum berakhir.
R : nanti after dapat tiket, kita tukar kat gate cepat-cepat taw.
L : kenapa nak menggelabah ni. Siap call bagai. Selalu abaikan je kitorang ni.
R : ini arahan en Hilmi. So nanti tukar tiket eh.
W : kalau saya tak nak tukar camna? Ada beza ke?
Haha tiba-tiba dah kenapa kawan aku nak buat degil ni.
R : tak boleh, saya kena ikut arahan en Hilmi.
L : tak habis-habis nak ikut arahan bagai. I smell something.

Lepas ambil luggage kat locker, kami pun beratur untuk cek in. Booking no. baru, dah dapat. Lega la sikit nak beratur hari ni. Erm booking no. baru? Yes baru. So adakah booking no. semalam adalah palsu? Itu je andaian yang kami boleh buat. Mungkin en hilmi telah di tipu namun dia tak berterus terang. Tidak memohon maaf sekalipun. Small the matter la katakan. Kami di layan seperti orang bodoh-bodoh saje. Itu la yang kami rasakan.






Tengah-tengah beratur ada pulak mamat ensem kat sebelah, ok control cun. Bosan-bosan beratur, ada pasangan suami isteri dari indonesia menegurku.

I : kamu ini berdua saja?
L : ya berdua.(bohong, tour guide? tah mana dia pergi)
W : sengih je.
I : kamu ini pelajar di sini atau tourist?
L : pelajar? Haha am i look that young?. Tourist saja.
I : kamu kan ada pemilu bulan depan? Udah pikir mau pilih siapa?
L : pemilu? Mungkin pilihanraya la kot.

Baru sahaja aku ingin menjawab soalan itu, ada staf jepon dah panggil kitorang ke kaunter. Di kaunter ada masalah semasa nak print luggage tag, printernya sangkut-sangkut sudah. Ok masalah lagi. Tak habis-habis. Tidak lama kemudian, luggage tag dah print. Di sebabkan masalah itu. Beg kami di label sebagai “express bag”. Wow, oh yeah tak perlu la nak tunggu lama-lama kat baggage claim kat klia2 nanti. Selepas itu tiket kami di cetak. Aku meneliti tiket aku. Dan tiket kawan ku itu. Sah, memang salah beli. Kawan aku dapat seat flat bed, seat 2D. Tetapi kenapa si Razlan tak beritahu yang tiket kawan ku itu flat bed ticket? Kenapa tak terus terang je. Meluat je dengar dia ulang-ulang cakap. “saya ikut arahan en Hilmi” he keeps repeating. 10 kali. Rolling eyes.

L : weh ini tiket flat bed.
W : ooo patut la ber iya benar nak tukar tiket.
L : apa kata ko buat degil, ko cakap tak nak tukar seat.
W : ok gak, semalam pon aku dah geram, dah la tiket takde. Tapi takde pon nak minta maaf. Explain apa-apa kat kita.
L : yela aku pon geram, sejak pagi tadi. Ko tengok la muka dia masa bawa kita pergi shinjuku garden. Macam muka terpaksa je, padahal dia yang offer dulu nak bawa kita jalan. Buat apa tanya kalau sebenarnya dalam hati ko tu, memang takde niat nak bawa kita jalan. Apa maksud pertanyaan itu? Nak buat mulut manis depan akak-akak tu semua? Ajak-ajak ayam je? Mesti tak sangka kan aku berkeras nak ke Shinjuku garden?

So bermula lah episod begging desperately annoying fakingly of our tour guide. Siap en hilmi tu called merayu-rayu kat kawan aku suruh tukar seat dengan Razlan. Masa kitorang sedih blankly semalam ada fikir pasal kitorang ke? Takde kan, baru je kitorang test buat degil, tahu pulak menggelabah.

Namun akhirnya, kawan ku pergi ke seat 2D tersebut. Our tour guide followed her closely, i can see that. Desperate! Memberitahu stewardess di situ yang this guy wants to change seat. Stewardess tu astonishingly shocked. Dan merasa kasihan kepada kawan ku itu. Haha. Namun Nasi lemak pak nasir menjadi milik kawan ku. Stewardess tu yang offer. Makanan di beri ikut nama atas tiket katanya.

Alamak-alamak that handsome guy yang beratur sama-sama masa check in duduk sebelah la. Sanggup tu tak tukar window seat dengan kawan aku, sebab nak tidur sebelah that guy. Hah. Gatal! Memang aku tertidur lena. Lagi sejam nak landing baru terjaga! Hampeh. Haha.


KLIA 2

“Express bag” keluar dulu as expected. Kelihatan Razlan sudah pun berada di baggage conveyor belt. Fakingly buat muka sedih. Aku memulangkan kad suica kepadanya.

L : Sorry. (sambil memegang bahu nya, kejap)


Cynical.

Lalu aku pun melangkah dengan penuh bergaya, express bag la katakan.
Sorry this is not a travel story, this is a travel diary.


Tokyo 2018.

Sampai ke temu lagi di destinasi seterusnya.

No comments:

Post a Comment