Hari ini ialah
hari free and easy. If nak kena ke Disneyland tour guide akan bawakan. Aku dan
kawanku memilih untuk berjalan sendiri sahaja. Segala persiapan seperti peta
dan internerary pada hari itu telah aku siapkan seminggu sebelum terbang. We
survived offline. Nasib kami baik kerana hotel terletak berdekatan Otsuka
station di garisan Yamanote Line.
Harajuku Station |
Ada pengantin tengah photo shoot |
Lari dari
kesesakan, hustle and bustling tokyo. Menikmati kehijauan. Kelihatan pasangan
pengantin sedang menjalani wedding photo shoot. Sejam kami di Meiji Jingu, kami
ke Takeshita Street. Jalan punya jalan, pendek je Takeshita street ni. Ada
banyak krepe kat sini. Rasa nya takde hebat mana. Sedap lagi makan lempeng
cicah kuah durian. Shopping-shopping, perut pun berkeroncong. Kami menuju ke kedai
kebab, Kebab Box J. Tapau and makan kat roof top Tokyu Plaza, baru la stylo. Tapi
sebelum ke Tokyu Plaza, kami singgah dulu di kedai Line Friends Store. Eh, kat
sini pun ada teddy bear besar tu. Geram je tengok barang-barang Line ni. Tapi
mahal-mahal belaka. Ambil gambar pun jadi la. Tapi rasanya Line Store kat
Meyongdong Korea lagi best. Member sempat beli kasut baby untuk anak dia. 1000
yen lebih je. Eh ada pulak yang murah.
Takeshita Street |
Lepak-lepak roof top Tokyu Plaza |
Aku sempat
mengambil brochure berhampiran pintu lif. Ada satu lagi mall besar berdekatan,
iaitu Omotesando Hills. Patut la lengang je mall ni. Hati rasa ingin ke sana.
Tapi badan masih letih.
Now, ikut
iternerary. Ayuh ke Kiddy land. Kami terus ke tingkat paling atas sekali.
Ternyata kami mengambil keputusan bijak. Rilakkuma store berada di tingkat
atas. Tapi barang-barang Hello Kitty ternyata lebih menambat hati kami.
Macam-macam ada,
doremon, sincan, cibi maruko chan, semua ada. Hei! you are not kid anymore.
Rasa heaven and happy tengok barang comel-comel. Percayalah korang akan tersenyum-senyum
bila berada di kiddy land. Lama jugak cuci mata kat sini. Ok apa yang
affordable? Aku rasa, pen hello kitty berharga 1700 yen dapat 5 batang. Keluar
dari kiddy land, jam menunjukkan jam 5 petang. Kaki mula terasa sakit. Keadaan
di luar semakin sesak, dengan orang-orang jepun balik dari kerja, budak-budak
sekolah nak lepak harajuku dan juga pelancong asing. Tapi tak nampak pon orang
Malaysia. Aku perasan kebanyakan nya menuju ke satu arah. Ke Omotesando Hills.
Kaki sakit, sesak nya orang dah macam semut, ok la kita balik. Tak terdaya nak
menempuh kesesakan untuk ke Omotesando Hills. Sebelum balik, sempat tapau nasi
kebab di Kebab Box J. Harga pun berpatutan, 650 yen je.
Konon-konon dah
balik awal la tu, pukul 5. Nak elak bersesak dalam train. Tapi harapan la
sangat. Ramai nya manusia di stesen Harajuku. Entah dari mana-mana je la
diorang ni. So bersardin la kitorang dalam train. Nak kata letih berjalan tu
tak jugak. Tapi letih mengharung lautan manusia. Dah la keluar train kena jalan
laju-laju, lambat kena langgar. Ha padan muka! Nak sangat pergi Tokyo kan.
Segmen membawang
L : Weh, yan,
aku terstalk FB tour guide kita. Tah nape aku tergerak hati nak stalk.
W : Amboi! Apa
ko dapat?
L : (tahan
gelak) Dia ahli kumpulan nasyid.
W : Apa?? (muka
tahan gelak)
L : dia kawan
Hilmi.
W :
LOL...LOL..LOL
L : erm siap ada
lagu masuk carta IKIM fm.
W : (muka tak
percaya) really??? Ok bagi aku mandi jap. Apa IG dia?
L : aku stalk
FB.
W : (mandi
cepat-cepat) Hahahahaha..
p/s : kitorang
tak layan nasyid. Can you guys guess who?
No comments:
Post a Comment