nuffnang Ads

Monday 5 December 2016

Bercuti di Bangkok - Part 1

4 Hari 3 Malam

Part 1


28.10.16

KLIA – BANGKOK

Flight pukul 9.00 pagi.Pukul 6.30 pagi kita dah sampai KLIA, solat subuh ,then pukul 7.00 pagi dah boleh check in luggage. Ok semua settle,cuaca pon cerah je. Wah cantik ni. Haha tapi yang tak best, tak dapat duduk tepi tingkap.Ada pakcik dari jepon dah beli tiket sebelah kita.😢😢😢

Nasi goreng Ikan masak masam manis😛😛

Nota kaki – kat gate immigration ada 2 -3 orang kena tahan..so jaga2, sila check status sebelum terbang!!  

Sila klik link di bawah untuk status


Lagi 30 minit sebelum landing ada turbulence yang agak teruk, banyak awan kata nya.Sampai je Airport, oih bapak panas..

Sampai dah.. Suvarnabumi Airport

Di Thailand waktu adalah sejam awal daripada Malaysia.Sesampainya kami di Thailand waktu tu baru pukul 10.30 pagi. So takleh check in Hotel lagi. So kitorang pon terus bertolak ke Sophia restaurant.Macam jauh la jugak. Campur2 jammed ianya mengambil masa kira-kira 1 jam untuk sampai ke restorantersebut. Sepanjang perjalanan ke restoran tersebut kelihatan kebanyakan bangunan meletakkan kain rentang berwarna hitam putih tanda berkabung atas pemergian raja kesayangan mereka.Hmm dapat la rasa aura kesedihan tu.

Sophia restaurant ialah Antara restoran halal di Bangkok.Wah interior design nya sangat mendamaikan, sesuai sangat nak makan sambil santai2. Waiter pon pandai berbahasa melayu(mungkin Indonesian).😊😊😊








Makanan pon boleh tahan, tapi tom yam agak masam la.Tapi overall sedap la..nyum3.😝😝😝

After lunch kami check in Fraser Suites Sukhumvit – jammed another 1 hour. Ianya terletak at the heart of town! (patut la jammed) Banyak teksi, tuktuk, and dekat dengan BTS station (ini penting!)













Check in, then solat2 kami memulakan pengembaraan, actually takde la mengembara sangat sebab naik coach. Kami dah sewa coach selama 4 jam, so masa sewaan masih lagi berbaki, dan kami gunakan sebaiknya. Lokasi pertama – Terminal 21.

Terminal 21 -  Asiatique The Riverfront

Boleh tahan gak Terminal 21 ni. Hiasan Dalamannya sangat cute, bertemakan bandar2 terkenal di dunia antaranya Istanbul dan Paris.Tapi tak larat pon nak round habis, sebab takde menda nak beli, tapi terbeli gak t shirt kamen rider.hihiihi.Ok la cuci2 mata kat sini.Murah?Takde la murah sgt.Sama je cam Malaysia. Ringgit tengah jatuh bedebuk.
Pastu dah abis round2 kitorang lepak kedai kopi jap. Pastu plan agenda seterusnya dan untuk esok sekali. Aku ni dah semangat berkobar2 maka itinerary memang dah siap since kat Malaysia lagi. So selepas perbincangan maka kami decide untuk ke Asiatique Riverfront.


Teruja sangat,,gambar goyang



Bajet2 hipster lepak dengan Bangkokers


Mak oii dah sampai Istanbul kita!

Alamak macam sales girl pulak

Papan iklan pon semua black and white

Wash and Clean


All black

Ok kita pergi Paris pulak.


Untuk ke Asiatique Riverfront kami memulakan pengembaraan dengan menaiki BTS dari station Asok di Terminal 21. Then beli tiket terus ke Saphan Thaksin.Turun di Saphan Thaksin kami menaiki boat pula.Boat ada yang berbayar and ada yang percuma. Barisan untuk boat percuma adalah hujung sekali bertanda merah. Boat free memuatkan lebih 100 orang. Faktor keselamatan? ada jangan risau, banyak pelampung, pepandai la korang berebut yek kalo jadi apa2.huhuhuhu. Banyakkan berdoa. Lagipun takde la lama mana naik boat tu, dalam 15 minit sampai dah kat Jeti. Aku baru nak syok2 dok tepi boat ada pulak pelancong dari China himpit, helloooo!!! Penyibuk no. 1.😈😈😈😈


Ok mula2 beli tiket 



Ok sampai dah Saphan Taksin



Pastikan barisan yang betul
Tengah kira2 duit nak shopping kat Asiatique
                                               
Adoi ada jual babi la kat sebelah

Usha2 tak beli..hahahaha






Ini la dia penyibuk no 1😔😔😔




Ok sampai dah Asiatique😆😆😆


Sun set at Asiatique

Bersantai di tepi Sungai Chao Phraya

































 Ok la sesampainya kami katAsiatique, apalagi kami amik la gamba banyak2, cuaca pon bes je, berangin2 je dok tepi sungai Chao Phraya ni. Pastu tengah sun set plak tu.Syok gak lepak2 petang kat sini. Eh tiba teringat Sun set kat Venice. Ok lepas cam feeling2 tengok sun set(ala2 bersatu dengan alam gitu) kitorang masuk la dalam Asiatique usha2 barang jap. Ok cam biasa Asiatique ni on menarik jugak, suasana santai2 hipster gitu. Jalan2 beli souvenir sikit then dinner. Kami dinner di restoran Siam India. Ada halal cert dari Jabatan agama islam Thailand. Its indian cuisine, rasanya boleh tahan, kitorang order nasi beriyani, roti nan and vindoloo (ala2 kari). Fuh rasa …nyumm3 memang terbaik woo.





             
Makan kat Siam India


Tips – Asiatique open from 4.30 pm. So rancang  masa anda. Cara terbaik untuk ke sana adalah by train and boat jika cuaca cerah. Kalau hujan naik teksi dari mana2 station BTS terdekat ini kerana ia akan menjimatkan masa anda daripada terperangkap dalam kesesakan jalanraya.Jika bertolak around 5 p.m pon ok boleh tengok sun set.

Ok nak di jadikan cerita, masa makan dinner hujan turundenganlebat,angin kuat dan guruh sabung menyabung. Ini memaksa kami stay lama sikit kat dalam restoran tersebut. Borak2 punya sembang2 eh2 dah dekat dua jam gak la duduk dalam restoran ni. Ada seorang waitress tu dah buat muka ketat dari tadi, maka elok la kami berambus dari sini. Masa amik duit dari kitorang pon waitress tu still buat muka ketat lagi.

Bersama gajah emas, hujan2 pon gigih posing

Sepanjang perjalanan kami pada hari ini, most of the citizen pakai baju hitam. Papan iklan pon kebanyakannya memaparkan gambar raja yang mangkat pada 13 October lepas.

So lepas keluar dari restoran tersebut, kami pon jalan2 se round dua kat Asiatique..err banyak gak yang menarik kat sini. Cuci2 mata pon best. Kat Asiatique juga ada show muaythai, tapi kami tak pasti camna nak beli tiket. Mungkin boleh cuba next time.


Ok lepas rasa cam dah bosan2 pusing tempat yang sama, maka kami decide nak balik hotel. Masa tu hujan masih belum reda lagi. Kami semua takde pon bawa payung.Hehe..Kami ke tempat menunggu teksi, oih panjangnya barisan. Kitorang cam malas je nak beratur dalam hujan. Maka kami pun menggunakan perkhidmatan Uber. Haha tak penah2 kat Malaysia pakai Uber, kat sini pulak tercuba. Tapi yang kelakarnya kami still kena tunggu Uber kat tepi jalan dalam keadaan hujan renyai, baik beratur je tunggu teksi tadi..huhuhu.  So balik la kami naik Uber.Tu pon driver Uber tu wat muka ketat gak sebab kitorang tunggu kat tempat yang salah.  Dia suruh tunggu kat Seven Eleven, beriya kita tunggu rupanya si driver tu tunggu kat seven E lain..haha(untuk pengetahuan, kat Bangkok ni ada banyak sangat Seven E. Jarak Antara Seven E ada la lebih kurang 200 meter hingga 500 meter sahaja).

Hehe akibatnya kitorang kena la menapak ke satu lagi Seven E dalam hujan..fuhh.  Paling tak tahan tu driver Uber tu buat muka ketat.  Adohai korang ni masa berkabung kena buat muka ketat ke sepanjang masa.

Pastu bila dah sampai area hotel tu, boleh plak driver Uber tu cakap tak tahu exact location hotel tersebut.Haha..so memandangkan kitorang tak nak menambahkan ketat kat muka dia, jadi kitorang decide untuk turun and jalan kaki ke Hotel. Bajet2 macam tahu je kan. Jalan punya jalan, tak Nampak plak sign board hotel tu, pastu dah pening2 tu kitorang naik je la TukTuk..hihi..mahal weh..takde la jauh mana kena 100 baht.


End of Journey Part 1