nuffnang Ads

Sunday 29 April 2018

Day 1 Otsuka, Tokyo, Japan


15 April 2018

Pagi ini kami akan memulakan pengembaraan pada pukul 9 pagi. Ok let me correct it. Actually 10.30 pagi. Ok sebelum aku bercerita tentang pengembaraan di Tokyo. Mari kita berkenalan dengan peserta trip. 6 orang. Aku dan kawan aku, ok 2 orang. Ada akak 2 orang, kerja kat PPUM tapi bukan nurse. And 2 orang adik beradik, budak baru habis sekolah. Seorang 18 seorang 19 tahun. Amin dan Iskandar. Mak diorang hantar p bercuti kaw? Ko hade? Mak dia siap pesan tolong tengok-tengok kan anak dia kat Tokyo. Haha kelakar tak? Seriously!

Ok lets just face the fact. Pukul 9 pagi tu aku dan kawan aku dah tunggu kat Lobi hotel. Tinggal yang lelaki-lelaki je la belum turun lagi. Erm lama nya bersiap, ke belum bangun? Pukul 9.30 pagi finally ‘Ding’ pintu lif terbuka, Razlan. “Assalamualaikum, pagi” disertakan dengan senyuman sampai ke telinga. Oh ya? Whats next? Then dia cakap ada problem. Fuiyo! Semalam kena tahan kat kastam and now what?

Razlan cakap semalam dia bayar hotel untuk satu malam saja. So ada kemungkinan hari ini kita kena check out. What?? I kenot belip this. What is the bangang, masa ko bayar malam tadi takkan tak kira berapa yen ko bagi. Minum sake ke apa budak ni. But we left him settle at the reception. Kitorang pon keluar tenangkan diri menuju ke aeon mart yang terletak berhampiran.

Kat aeon mart benda pertama yang di cari ialah onigiri. Then usha-usha nasi segera. Ada banyak brand. “Sumimasen, gohan onegaishimasu” amacam pandai tak aku speaking jepon. Aku beli onigiri dan air mineral je. Cukup la untuk breakfast. Korang pernah breakfast air mineral?


Hotel takde menyediakan cerek. Tapi nasib baik ada microwave. After that kami menapak semula ke hotel. Razlan sedang menanti. Dia kata dah settle. Pihak pengurusan dah booked hotel tu from 9 April to 18 April. Haha kelakar kan. Our trip just begin on 14 April. Camna la derang buat keje. Book hotel tak tengok tarikh ke apa. Ok lets just skip this.
Our journey begins. Kami masing-masing diberikan kad suica or passmo. Macam kad touch n go tu. So tak perlu la nak beli tiket kat mesin. Now lets head to Ueno Park using Yamanote line.


Ueno Park

Sangat dekat dengan tren station. Jalan sikit dah sampai. Kami mencari-cari pohon sakura yang masih berbunga. Namun hampa. So gambar pun nampak macam musim summer je. Oh ya, lupa nak cerita. Sewaktu dalam pesawat ke Haneda, ada seorang budak lelaki duduk di sebelah ku. Teringat lagi, masa tu peramugari menegur kami untuk meletakkan beg backpack di kabin atas. Yela duduk hot seat kan. mana nak selit beg tu. Tergolek-golek kang nanti. Nak di jadikan cerita, i am so short, so tak sampai la nak bubuh beg kat kabin tu. Nak tak nak kena la mintak tolong kat budak tu. “Ok 50 ringgit”. Ewah!


Then the next question “uols pergi tokyo berdua je ke?” Erm yes!(tipu). Next question “Ada pegi kawaguchiko?” Ada. Last day (not last day, last second day. Cerita nanti). Then he stop asking pastu buat-buat layan lagu kat handphone. Erm kenapa ya dia tanya aku pergi kawaguchi tak?

Dan di sebabkan ke”cute”an aku dan kawan aku, maka masa nak isi borang arrival form tu terpaksa minta tolong dia lagi. “Pinjam pen boleh?” “Ok, 50 ringgit”. Yela pen kitorang dok kat kabin atas tu. Takkan la nak minta tolong ambilkan beg lagi sekali.

Ok kenapa aku nak cerita sangat pasal budak ni. Sebab dia ada bagi hint penting untuk trip ni. Actually sakura masih ada. Yeah aku ada harapan lagi.

Just about landing at Haneda Airport, Peramugari yang duduk berhadapan kami berkata “kenapa uols baru datang sekarang? Sakura dah habis la.” Masa tu nak je aku jawab, kitorang budak finance, awal bulan busy. Haha macam la dia paham kan?


But budak lelaki tu mencelah. “tak la kak, kawan saya cakap sakura ada lagi kat kawaguchiko.” Oh my god! Are you hunt for sakura too, boy?

Summer at Ueno Park

So semasa berjalan-jalan di Ueno Park, aku tak expect apa-apa pon. Kejap je la jalan-jalan kat situ , dalam setengah jam kami gerak ke lokasi seterusnya.










Ameyayokocho

Kami berjalan kaki ke Ameyayokocho. Keadaan di situ seperti petaling street. Ada macam-macam barang di jual. Beg anello la paling banyak. Street food. Ada satu kedai kebab, Oskar kebab, ok tapau la, suggestion dari our tour guide, 500 yen je. Terdapat 2 kedai menjual souvenir. Souvenir paling murah, ialah fridge magnet 500yen dapat 3. Jadi la kan. Hari itu hari ahad, so ramai la orang, most of them ialah orang jepun sendiri.

Selepas shopping sikit-sikit kami gerak ke restoran ayam-ya. Makan ramen. Boleh tahan la. Satu mangkuk berharga 850 yen. Ok la nak alas perut tu, kalau yang jenis makan banyak mungkin tak cukup. Thats why la tadi tour guide suruh tapau kebab.


Oskar Kebab











 Selepas makan, kami ke assalam masjid yang terletak berhampiran restoran tersebut. Di situ juga terdapat sebuah taman kecil. Kelihatan segerombolan burung merpati berada di atas pokok. Aku pon berasa aneh. Apa yang best sangat lepak atas pokok yang satu itu. Tidak lama kemudian datang seorang lelaki (not japanese, macam pakistan) menabur makanan di bawah pokok tersebut. Oh tunggu waktu lunch rupanya.

Selepas solat, perjalanan di teruskan ke Nakamise Dori. Di situ terdapat banyak kedai menjual souvenir. Fridge magnet 500 yen dapat 3 pon ada. Selain fridge magnet, lagi satu yang murah ialah pen, 5 batang berharga 1500 yen. And jangan lupa ambil gambar, cantik-cantik bangunan kat situ.











mak jemah shopping












Sejam kemudian kami menuju ke Tokyo skytree. Waktu itu sudah senja. Kalau nak naik skytree tengok permandangan tokyo sila la bayar 800 yen. Tetapi kami semua keletihan. So kami berehat-rehat jela di kaki skytree. Ramai juga rakyat jepun yang mengambil angin petang ketika itu. Di kaki tokyo skytree ada juga shopping mall and cafe urban gitu. Memang stylo la lepak situ. Usha-usha ternampak pula kedai Hello Kitty. Alamak, terpaksa la masuk. Ada pula sale 50%, yeah!









Disebabkan kami tak naik tokyo skytree, tour guide kitorang offer nak bawa jalan tempat lain. Dia kata sepatutnya lepas ni balik hotel. So aku pun memberi cadangan untuk ke Shibuya crossing.



Shibuya Crossing

Kami menaiki train ke Shibuya. Ingatkan besar mana la shibuya crossing ni. Takde la besar mana. But the thing is for sure ialah orang di situ terlalu ramai, sesak, padat, macam nak ada concert ke apa. Terkejut gak masa tu. Semasa nak melintas tu. Sebelum lampu merah bertukar kepada hijau. Mak oii ramai nya orang kat seberang sana. Can we do it? Now hijau! Lets cross.


Masa nak melintas ke seberang balik, menanti lampu hijau. Kelihatan beberapa orang mat saleh menaiki go kart pakai baju pikachu and baju kartun apa tah. Tak tahu kenapa terajin pula cross sana sini. Ada la 3-4 kali. Hahaha. Patut la crossing ni sentiasa padat, maybe they did like what we did. Ko buang tebiat ke apa, melintas banyak kali?








Malam tu masa nak balik hotel naik train, uiii ramai nya la manusia. Tokyo ini terlalu padat. Yes. Mensardin la kita dalam train. Keluar dari perut train kena jalan laju-laju. Kalau slow kena langgar nanti. Rileks la hari ni hari ahad kot. You just cannot take your holiday walk here! Its a reminder.

Balik dinner makan kebab yang tapau masa lunch tadi. Ok setel.

Oyasuminasai!


Segmen membawang

W: Weh lela, ko perasan tak tour guide kita tu asik bercakap kat speaker handphone dia?
L : Kau ni perhati je kan.
W : Hiburan.
L : Hiburan la sangat.
W : Yela, aku nampak dia cakap-cakap, tapi aku tak dengar pon dia cakap apa. Takkan la cakap dengan Hilmi senyum-senyum gitu.
L : Mana la aku tahu. (padahal aku tahu, mesti la gayut dengan awek!)

No comments:

Post a Comment