nuffnang Ads

Sunday, 29 April 2018

Day 3 Otsuka, Tokyo, Japan


Breakfast. Makan kebab semalam tak habis. Nasib baik ada peti sejuk.

Hari ni kami akan Diver City Tokyo Plaza. Popular dengan giant gundam robot, statue of Liberty dan rainbow bridge.

Ada pantai kecil kat sini. Seronok gak pagi-pagi dibuai angin laut. Im in love with this place. Kalau ada boyfriend boleh la dating kat sini.


Rainbow Bridge






Segmen membawang 3.1
(pagi-pagi dah membawang)

W : aku tak leh lupa la, masih teringat-ingat lagi...macam mana ni.
L : yang ko stalk sampai ke IG sape suruh. Kan dah kena sawan.
W : Alamak aku terbayang, dia nyanyi senyum lebar sampai telinga.
L  : (gelak kecil...gelak besar)
R : apa yang digelakkan la tu (senyum). Dah nampak dah perangai sebenar.
L : Please ok, jangan ingatkan aku pasal video tu. By the way kenapa tekan play  video!
W : LOL...LOL..LOL

Kami berjalan ke sebelah hadapan Diver City, di mana terletak nya Giant Gundam Robot. New robot, all white. Lawa jugak. Ada gundam cafe menjual souvenir. Mahal.






Kami masuk ke dalam bangunan Diver City. Sebelum lunch, kami di beri masa untuk jalan-jalan window shopping di situ. Tapi dah tahu semua pun mahal, nak window-window pun takde mood. So kami decided to follow the boys to the Gundam Base di tingkat 6. Melihat-lihat robot-robot kecil di situ, so cute. Mat saleh je la yang shopping kat situ. Aku tengok-tengok je cuci mata.



Arcade game




Pukul 12 p.m. kami lunch di sebuah restoran halal authentic jepun yang berada di tingkat 5 berhadapan Daiso. Aku mencuba menu curry. Hehe boleh la telan. Rasa slimey.

mencuba kari jepun




Destinasi seterusnya, ke Venus Fort. Ia merupakan brand outlet store. Jenama-jenama ekslusif antarabangsa dan local designer terdapat di situ. Satu kedai pon kami tak masuk. Haha. Zara, Diesel, Ralph Lauren dan banyak lagi. Kalau dah biasa jejalan europe mungkin tak teringin nak masuk dah. Tapi kalau ada banyak masa boleh je nak explore. Lepaskan rindu suasana europe. The atmosphere did bring you to Europe! Its just beautiful.






Ada pameran kereta antik di Venus Fort



Seterusnya bagi peminat kereta, jangan lupa singgah ke Megaweb toyota city showcase. Ada sedikit aktiviti boleh dilakukan di situ. Seperti mencuba segway dan Virtual Reality racing. Nampak macam best. Di tingkat bawah, ada galeri kereta toyota. Banyak betul model kereta toyota di situ. Ada la dalam 50 model gitu.. agaknya lah. Rasa nak nangis kenapa kereta kompak yang comel-comel tu tak masuk pasaran malaysia.







Untuk yang ingin solat, ada prayer room di Decks beach. Dekat je dengan Diver City Tokyo Plaza tu. Sepatutnya boleh je singgah solat lepas lunch tadi. Tapi tour guide takde pon beritahu apa-apa. Lupa agaknya. Rasa dah join trip orang muslim tapi serupa je macam company trip aku yang sah-sah bos aku tu orang cina.

Segmen membawang 3.2

W : Eh diorang tak solat ke?
L : Diorang uzur macam kita.
W : Amin, Iskandar?
L : Budak lagi tu.
W : Razlan?
L : Maksum, solat dalam hati.
W : LOL.

After that, we alls take a train to Akihabara. Yodobashi mall. All the latest G Shock design could be found here. Selain G Shock, ada je jenama lain. Jam harga RM 100 – RM 200 selamba je jual gantung- gantung gitu. Yang dalam rak kaca semua yang RM 500 ke atas. Aku beli jenama Alba je. Selain G shock, macam-macam ada jual kat Yodobashi mall. Handphone, kosmetik, kamera, alat tulis dan macam-macam lagi.










Sebab macam tak tahu nak beli apa lagi kat Akihabara. Memandangkan hujan petang tu. Kami decide untuk ke Roppongi. Ke Hard Rock cafe. Macam biasa, seperti kebanyakan bandar-bandar lain di Tokyo. Bangunan-bangunan di sini di hiasi lampu berwarna-warni. Happening gak Roppongi ni, macam Shibuya. Kami di tinggal kan oleh tour guide di Hard Rock Cafe. Kata nya nak ke kedai penguin di seberang jalan. Kedai Penguin?


Lepas membeli sebiji dua souvenir di Hard Rock Cafe. Kami pun menjejaki our tour guide di kedai Penguin itu. Ohoi kedai ni macam mydin je. Teringat, aku pernah jumpa kedai macam ni kat Osaka. Murah-murah gitu, macam daiso. Tapi more variety. From Roppongi, kelihatan tokyo tower dari kejauhan di celah-celah bangunan. Main cak-cak gitu. Tokyo tower? Maybe next time.


Di depan kedai penguin






Kedai kebab at Akihabara





Segmen membawang 3.3

W : Kau perasan tak? Dia asik cakap kat speaker earphone dia je.
L : Perasan gak. Mungkin voice message dengan awek kot.
W : but its was like all the time.
L : biar la dia, bunga-bunga cinta baru nak berputik.
W : banyak masa kan awek dia tu.
L : banyak sangattt... aku kat opis nak buka wasap pon tak sempat kadang tu.
W : i mean ini kan waktu bekerja dia, bawa kita jalan-jalan. Profesional la sikit.
L : You wanna talk about professionalism here. Taik kerbau!

From the time i ask him to take me and my friend to Roppongi, riak muka dia berubah. Mungkin dia tak sangka yang aku memberi cadangan untuk ke Roppongi. Yela taw Roppongi takde dalam iternerary. Tapi dia jugak yang offer dulu. “Ada nak pergi mana-mana lagi tak?” aku jawab la Roppongi. Then muka dia berubah. Apa maksud tanya macam tu, tapi sebenarnya tak bermaksud pon nak bawa kitorang pergi jalan-jalan lagi. Fake! Ajak-ajak ayam?

So perangai sebenar siapa yang terserlah hari ini?.

Roppongi tetap padat dengan manusia. Mensardin kita dalam train.







No comments:

Post a Comment