nuffnang Ads

Tuesday 12 April 2016

Milan Italy Day 8


Milan Italy Day 8

Ok pagi ni bangun lambat lagi, sebab agenda hari ni ialah “suka hati korang la nak buat apa”. Hehe. Walaupun hati ada sikit sedih, tapi sebenar nya kitorang ada satu hari  lagi kat Milan ni. Sebab flight malam ni pukul 830. So kitorang still boleh jenjalan sekitar Bandar Milan sampai ke petang. Terima kasih kepada pihak hotel kerana membenarkan kitorang menumpangkan luggage (kerana waktu check out ialah pada pukul 12 tengah hari).

Subway station at Milan

I pegi pasar tani je laa
Hari tu ada sekumpulan yang ingin ke Lake Como, ada yang ingin berehat sahaja di Hotel, dan ada juga yang ingin berjalan2 di sekitar Bandar Milan. Lake Como tu terletak di sempadan Switzerland. Wah sangat. But I am not following them, I chose just to walk2 pekan Milan near hotel, tak payah susah2 naik tren, tengok peta bagai.  So kitorang just jalan kat Corso Buenos Aires, Cuma perlu berjalan kaki 15 minit dari hotel.  Buenos Aires ni adalah  one of the largest shopping street in Europe kaww. Ha baca fakta tu je dah terbayang macam2. Mula2 ingat kawasan hotel tu jauh la dari tempat shopping2 ni, rupanya dekat jeee. Dekat street tu memang ada baaaaanyakkkkk kedai. Macam2 ada, kebanyakan nye jual baju and kasut. Semua pun cantik2, dekat sini takde brand yang mahal2 macam prada or LV. Semua brand biasa2 made in Italy, harganya tidak murah but tidak semahal jenama antarabangsa.  Apabila diperhatikan orang Milan and Venice memang suka bergaya, pergi pasar karat pon bawa LV yaww..

Corso Buenos Aires

Malam tadi naik beskal, hari ni naik kete letrik plak, ok la kita cas kejap sementara pusing-pusing Corso Buenos Aires

sorang satu jangan rebut2 ok



bajet2 model


posing kat pasar tani pon boleh laa

Di Milan juga kurang orang menjual souvenir, tidak seperti di Rome dan Venice. Di Florence pun kurang orang menjual souvnier, yang banyak kelihatan di Florence ialah barangan kulit sahaja. So kalau nak beli souvenir, borong la di Rome, Venice dan Pisa. 
macam biasa la kan pizza n spageti je yg ada kat sini



meh2 borong ceklat..murah n sedappp giler berbanding yang ada kat Airport



Lepas jalan2 window shopping, beli souvenir, beli ceklat, kitorang pun lunch la kat restoran Italian. Macam biasa la makan pizza and spaghetti. Harga makanan kat Milan pun agak mahal sedikit berbanding di Rome. Lepas lunch, sambung lagi jalan2 window shopping sampai la pukul 430 petang.  Pukul 5 berkumpul di lobi hotel untuk gerak ke Malpensa Airport Milan Italy pukul 530pm. 
Untuk ke Airport mula2 tu nak naik bas, tapi tah cmna syarikat bas tu cancel last minute,tak jadi amik kitorang kat hotel, jem teruk katanya..(errrr rasa ada rusuhan kot kat mana2.). So naik la coach(teksi) (MPV Mercedez). Masa tu agak kelam kabut la sebab nak plan saper gerak dulu sebab coach yang available ada 2 je masa tu, yang lain tak pasti leh datang tak...wuuu.

Ok sebab aku kecik so aku kena gerak dulu lah(takde kaitan langsung). Apa yang menarik perhatian, driver teksi tu sebijik style macam Wak Doyok tang misai lentik tu. Agak nya Wak Doyok tiru style dia kot. Bawa teksi pon pakai suit yaww (macam kat Jepon). Jalan agak jem masa tu, tapi driver muka cam Wak Doyok hebat dia lalu jalan dalam (haha.. pandai2 je). Masa dalam coach tu aku tengok je meter tu berjalan, oouhh scary. Sampai Airport dalam masa 30 minit, laju gila dia bawa masa kat highway tadi. Nah amik kaw 120euro ( jarak macam Shah Alam - KLIA je pon). Sila kira sendiri la ye.

Memang agak awal ke airport untuk menguruskan VAT Refund dan dinner at the airport.
Dinner kat airport makan spaghetti lagi, tak lalu dah weii.
Moh le kita pulang ke Malaysia.
Perasaan dapat ke Negara Itali? 
Teruja, masih teruja.terutamanya ketika di Rome melawat Vatican City dan Coloseum.  Memang mulut tu asik nganga jela.  Selalu orang cerita2 kat TV dan cuma tengok gambar dalam buku teks peradaban dunia je. Bila dapat tengok depan mata tu, only one word “wah!!”
Ketika di Florence pula, terlalu banyak barang yang ingin di beli, sape kata kat Europe semua barang mahal? (berlagak kaww yee)
Venice, hotel nya kecil dan pintu nya agak memeningkan. Tapi ada keunikan tersendiri. Sesuai untuk merehatkan minda kerana tiada kenderaan beroda kelihatan di situ.
Milan, sebuah bandar elit, orang2 nya suka bergaya elegan. Semua pun cantik2.
Till we meet again Venice!
Ciao Bella. :D
End of day 8