nuffnang Ads

Friday 3 November 2017

Bercuti ke Barcelona dan Paris Day 8

23.09.17

Paris – Dubai – Malaysia


Pagi itu, rasa macam tak sabar nak balik Malaysia, rasa macam dah sebulan di perantauan. Tapi bila di ingat-ingat, sedih jugak nak tinggalkan Kota Paris dan Barcelona. Barcelona ternyata lebih tenang jika nak di bandingkan dengan kota Paris. I think I love Barcelona more. Pagi itu juga aku demam sedikit. Terasa risau juga, sekiranya demam tak kebah, alamat kena tinggal kat Dubai la jawab nya.

Breakfast kat balcony je




Kami bertolak ke airport pada jam 10.30 pagi dengan menaiki coach. Huh nasib baik la ada coach. Berakhir lah azab tarik-tarik luggage di tren stesen. 

Perkara paling syahdu bagi seorang traveller ialah semasa on the way to the airport untuk pulang. And you know what is reality?  Reality is once tayar kapal terbang menyentuh tanah Malaysia di KLIA or KLIA2.

Apa pun, saat-saat manis berada di benua eropah ini akan ku ingat sampai bila-bila, walaupun tak sempat pun pergi ke mana-mana kedai pastry di Paris. Haha kelakar kan. Apa yang di sibukkan sangat tak tahu la. Takpe la kan, mungkin lain kali ada chance sampai Paris lagi, honeymoon ke…(jangan nak berangan!)

Sampai di Paris Airport, masa tu rasa nak pengsan, maka cepat-cepat makan panadol. Ini panadol ke 3 since pagi tadi. Hehe. Di Airport, aku jalan-jalan window-window shopping, sempat la beli macaroon. Beli yang murah-murah je. Yang mahal tu ada dekat RM10 sebiji. Seratus kali fikir nak beli ke tak.



Padahal beli air mineral Evian 2.50 euro plus air buahan 3 euro sebotol. Hah cer darab lima. Udah RM 25 untuk air je. Demam punya pasal. Sampai Malaysia baru perasan yang botol air mineral Evian tu special sangat corak nya. Mungkin ada di Paris sahaja. Oh ya, kat Airport tu takde banyak sangat restoran, perasan cuma ada McDonald je. McD kat sana kena beli guna mesin touch screen tu, macam order ramen kat jepon, ceh macam la pernah makan ramen.









Perjalanan ke Dubai, tak sempat pon nak layan movie. Akibat telan panadol banyak sangat. Lagi 2 jam nak sampai Dubai, baru la ok sikit. Layan cerita kartun futurama. Wah ada lagi cerita ni. Nostalgia betul. Sempat layan sampai episode ke 4 je. Dah sampai Dubai.




Dubai International Airport

Perkara menarik kat Dubai International Airport ni, ada di pamerkan hadiah lucky draw berupa kereta Ferrari berwarna biru. Hah ko ada? Kat Malaysia ni. Dapat lucky draw Myvi pon bersyukur sangat dah.

Sebab kan demam, so misi pertama ialah mencari air mineral. Jangan nak gatal-gatal beli air mineral Evian, lagi mahal daripada di Paris. Beli air mineral kat Vending machine 2 Dirham je.














Jom layan movie


Ok jom balik Malaysia


So lepas makan ubat, tengok kedai-kedai mengerlip sana sini, terus je sihat. Hihi duit euro pon masih berbaki. Boleh la berlagak kaya kejap. Haha. Sempat la beli souvenir from Dubai. Bak kata pepatah “Berjimat cermat membawa berkat”. Berkat di Dubai.
Maka pulang lah ke Malaysia dengan riang gembira. Demam pon terus je baik. Tak dapat la nak MC esok hari nya. Jet lag? Ada sikit, selama seminggu aku asyik bangun lewat untuk pergi kerja.


KLIA

24.09.17
2.45 p.m

Welcome back khatulistiwa! Ke temu lagi di destinasi seterusnya. Aurevoir!


Bercuti ke Barcelona dan Paris Day 7

22.09.17

Paris

15 Darjah Celsius


Sacre Coeur – Hard Rock Café – Notre Dame - Pantheon


Mendung. Harap-harap tak hujan. Selepas breakfast, kami memulakan perjalanan hari ini pada pukul 8.30 pagi. Hari ini merupakan hari free and easy, so group kami mengecil menjadi 6 orang sahaja. Manakala rakan-rakan lain ke outlet village, nak borong handbag kata nya. So kalau uols memang hantu barangan berjenama boleh la pergi ke outlet, murah sangat katanya. Memandang kan aku macam sayang je duit nak beli handbag mahal, tak berbaloi la kalau ke sana pun. Lagi pun esok nak balik Malaysia, jadi baik lah kiranya kita explore apa lagi ada kat Paris selain daripada Eiffel Tower.

Kalau uols tak tahu apa yang best kat Paris ni, just google lokasi top 10 kat Paris. Lokasi yang di pilih pada hari ini tersenarai dalam list top 10 tu. Dan ia terletak berdekatan, dan boleh di hubung kan menggunakan Metro. Sebab di Paris, selain Metro, terdapat satu lagi tren system bernama RER. Melalui pengalaman aku, RER ni boleh buat orang konpius. Tren nya pula ada yang 2 tingkat, macam tren jarak jauh pula, membuatkan hati terasa ragu-ragu untuk menaikinya. Ada pula dalam trip advisor beritahu, stesen RER ni bahaya sikit. Bagi aku kat mana-mana pun bahaya sebab kita Asian. Huh!

So itinerary pada hari ini aku dah siapkan since kat Malaysia lagi. Sedaya upaya mengelak untuk menggunakan RER. Haha. Pertama sekali kami ke Sacre Coeur, iaitu sebuah gereja. Kemain kan, pagi-pagi dah pergi gereja. Kami ke sana kerana permandangan nya yang osem. Ia terletak di atas bukit atau lebih popular dengan nama Montmartre. Pada pagi itu, ternyata kami sahaja yang ke Montmartre menggunakan Metro. Keluar-keluar dari perut tren, kami menuju ke pintu exit. Untuk menuju ke pintu exit, ada kira-kira 50 anak tangga ke atas. Oh my god! Pagi –pagi dah exercise. Pintu exit akhir nya di temui, oh yeah gembira rasa nya macam baru keluar dari gua. Pening sikit naik tangga yang berpusing-pusing tadi.







Kemudian, untuk sampai ke bangunan Sacre Coeur, ada 2 pilihan, sama ada menggunakan tangga(lebih kurang 200 anak tangga kot) atau funicular.  So kami decide untuk menggunakan funicular, sebab untuk pengetahuan uols, tiket metro single journey sah di gunakan dalam masa 1 jam 30 minit. So tak perlu beli tiket lagi, guna je tiket tadi.







Hujan renyai-renyai pada pagi itu, so kami pon masuk je la dalam gereja tersebut. Dengan harapan hujan akan berhenti sekejap lagi. Kebanyakan pelancong yang datang ke situ dengan menaiki bas. Keluar je dari gereja tersebut, hujan pon sudah berhenti, yeah! Tetapi gambar kami hilang satu elemen iaitu langit nan biru kerana cuaca masih mendung. Walau bagaimanapon Sacre Coeur tetap indah di pandang. Aku memberi ia nya jolokan sebagai Taj Mahal Paris. Haha pepandai je.






Oh ye, actually dari tren stesen ke Sacre Coeur funicular, kami perlu berjalan kaki. So sepanjang perjalanan ke Sacre Coeur terdapat banyak kedai menarik. Boleh di katakan lebih menarik daripada Champ Elysees. Uhuk2. I mean di sini tiada butik mewah. Habis la poket i kejap lagi. Duit euro ku menjerit-jerit ingin pulang ke tempat asal nya. So selepas puas bergambar kami ke kedai-kedai souvenir yang terdapat di situ. Uii banyak nya kedai. Tak larat nak masuk semua nya. So kalau uols ada masa yang banyak di sini. Jangan lupa untuk sediakan bajet secukup nya.









Ops lupa pula, untuk peringatan amaran, sila berhati-hati ketika keluar dari perkarangan Sacre Coeur kerana terdapat geng awang hitam menjual gelang. Mereka akan memerangkap pelancong dengan bersalam dan terus memakai kan gelang tersebut pada pergelangan tangan kita. So awas, anda diperhatikan. Jadi pandai-pandai la korang lari keluar, semasa mereka sedang leka dengan pelancong lain, kerana melalui pemerhatian mereka lebih gemar menjadikan lelaki berkulit putih I think American sebagai mangsa.




Ada banyak kedai souvenir di sini


Hmm tak puas rasanya nak berjalan-jalan di sini. Tapi itinerary tertulis yang kami perlu bergerak lokasi seterus nya sebelum tengah hari. Sebab di sini susah sikit nak cari makanan halal. Jadi jam 12 p.m kami menaiki Metro menuju je Hard Rock Café cawangan Montmartre. Terdapat 2 buah kedai makanan halal berhampiran Hard Rock Café tersebut. Macam biasa la kan, dari stesen Metro kami perlu berjalan kaki ke sana. 



Tandas awam adalah percuma di Montmartre

So sepanjang jalan ke Hard Rock Cafe terdapat banyak kedai menarik, restoran dan kedai kopi. Kira happening juga area ni. So sebelum meneruskan aktiviti shopping, kita isi perut dulu. Kami ke kedai makanan Lebanon. Harga nya amat mahal di sini iaitu satu dish berharga 14 euro. Kalau nak jimat boleh la kongsi 2 orang or tapau je kebap kat kedai sebelah.










Niat datang ke sini Cuma ingin ke Hard Rock café sahaja, tetapi semua pon hampir hilang focus. Semua pun sudah tidak sabar lagi ingin menerokai kawasan tersebut. Tetapi akibat kekangan masa, kami sempat ke satu kedai sahaja iaitu Paris Look, selain Hard Rock Café. Jadi la kan.













Kemudian sekali lagi kami menaiki metro untuk ke Notre Dame. Nasib baik la Notre Dame terletak tidak berjauhan daripada metro stesen. Fuh lega. Keadaan di Notre Dame ketika itu padat dengan pelancong. Sampaikan kena beratur untuk masuk ke dalam Notre Dame. Kaki kami sudah tidak berdaya lagi. Cuaca pada ketika itu amat terik dan panas-panas sejuk. Ia boleh mengakibatkan demam bila-bila masa sahaja. So kami berehat-rehat sahaja di taman berhampiran. Kelihatan ada sepasang pengantin membuat wedding photo shoot di situ. Oh romantic sekali, mesti selepas ini mereka ke Eiffel tower pula. Haha pepandai jek. Kelihatan juga 3 -4 orang askar berlega-legar di situ. Langkah berjaga-jaga kerana ia tempat tumpuan pelancong.









Lokasi seterusnya dan yang terakhir di Paris pada hari tu ialah ke Pantheon. Kami berjalan kaki sahaja ke sana. Agak jauh dan tiada apa yang menarik sepanjang perjalanan ke situ. Cuma kami melalui beberapa buah blok university of Paris. Tetapi dalam hati ini, aku rasa macam ada jalan lain. Tetapi kami telah  dibawa ke jalan yang lurus oleh encik google, sebab tu tiada godaan iman. Molek la, kaki pun dah mintak kerusi. So kalau uols nak window-window shopping boleh la pusing-pusing area Notre Dame. Di situ kedai-kedai menarik terletak berdekatan. Pada mulanye kami ingin lepak di kedai kopi berdekatan Notre Dame sahaja dan hampir membatalkan niat ke Pantheon, tetapi semua kedai pon penuh ketika itu. So kami decide untuk menangguhkan acara mengopi selepas ke Pantheon.



Pantheon







Tiba di Pantheon, kurang sedikit pelancong di situ. Tetapi member-member semua tak larat dah nak masuk Pantheon. So ikut je la kata majority. Janji sampai ye dok. Selepas mengambil 2 – 3 keping gambar berlatar belakang kan Pantheon, now lets mengopi! Finally dapat juga merehatkan kaki. Fuh letih juga. So kalau uols nak jimat tenaga, boleh la naik Metro dari satu tempat ke satu tempat yang lain. Kami ke kedai kopi berhadapan faculty of History Universiti of Paris. Baru la gempak sikit lepak depan university. Suasana pon sunyi-sunyi je kat situ.


Nasib baik ada internet kat kedai kopi comel lote tu. Boleh la layan FB dan insta sambil minum kopi.




Lama jugak lepak kedai tu, ada la dalam 2 jam. Kemudian kami menuju ke restoran untuk dinner gathering malam nanti. Kami ingatkan boleh la window-window shopping sebelum dinner, tapi tiada apa pun yang menarik berdekatan restoran tersebut. Yang ada Cuma Carrefour kecik je. Eh boleh la kan, terjah je, beli la sikit roti-roti untuk breakfast esok pagi.

Sementara menunggu ketibaan member-member lain, kami duduk berehat di luar restoran. Nasib baik owner restoran tersebut memberi kebenaran kepada kami untuk duduk di kerusi yang di sediakan di luar restoran. Ohoii hensem giler tokey kedai tu, nama dia Ruben(eh macam reben). Ada sikit macam orang Turki. 

Rakan-rakan yang lain yang ke outlet pagi tadi, sudah pun balik ke hotel, and tengah on the way ke restoran tersebut. Mesti seronok kan pergi outlet village. Orang banyak duit seronok la. Uhuh. 

Dok tengah tunggu-tunggu mereka, tiba-tiba jalan di kiri dan kanan berdekatan restoran telah di tutup. Banyak kenderaan polis berlalu di sana sini. Alamak-alamak apa dah jadi ni. aku terfikir – fikir, bagaimana dengan yang lain. Macam nak datang sini kalau jalan dah di tutup. Haha menggelabah sendiri. 





Kemudian tokey restoran yang ensem tu pun keluar meninjau di luar restoran, mungkin dia perasan banyak kenderaan polis lalu lalang. Tapi muka dia tenang sahaja. Dia memberitahu situasi begini selalu berlaku. Mungkin ada individu membuat laporan tentang bomb alert. Bagaimana ia terjadi? Ia terjadi apabila ada pelancong atau individu meninggalkan beg tanpa pengawasan(unattended bag). So beg tersebut akan kelihatan seperti amaran bomb. Ia kerap berlaku di kawasan tumpuan pelancong. Restoran itu pula terletak berhampiran Notre Dame. 

Begitulah penerangan owner restoran tersebut. Tetapi setakat ini tiada kejadian yang tak di ingini berlaku. Tetapi kena la berjaga-jaga, jangan jadi seperti kisah serigala dengan pengembala kambing. Selepas lebih setengah jam barulah jalan di buka semula. Nasib baik la Notre Dame bukan destinasi terakhir kami pada hari itu. Kalau tak, tak tahu la macam mana process evacuation nya. Mesti kelam kabut. Huhu. Kesimpulan nya, jangan la nak tertinggal beg kat mana-mana, tak pasal-pasal polis dan skuad pemusnah bom nak kena turun padang. Hehe kalau kat Malaysia, tak sempat pun nak buat report, kejap je dah lesap kot.

Selepas kejadian bomb alert di Notre Dame, maka rakan-rakan kami yang lain pon tiba di restoran tersebut.

Sepit kudung sebelah



Malam itu sebagai penutup, kami ke Notre Dame semula, menikmati permandangan malam di kota Paris. Kami berjalan-jalan di sekitar Notre Dame, terlupa seketika tentang bom alert petang tadi. Dah sampai hotel baru teringat. Ish2.



Ada cerita survivor, hmm layanzz

Malam itu di hotel, aku menghabiskan malam terakhir di Kota Paris dengan menonton tv di bilik. Memandangkan rakan sebilik pergi minum-minum kata nya. Harap-harap balik nanti dia tak mabuk la. Kelakar jugak cerita perancis ni, haha macam la paham.