nuffnang Ads

Sunday, 29 April 2018

Day 5 Kamata Guesthouse


Pagi itu aku terjaga awal. Aku masih di Tokyo, merangka-rangka ayat apa aku perlu wasap kat bos aku. Kenapa aku tak masuk opis hari ni. Sambil-sambil google nak pergi mana hari ni. Google punya google, ok taw dah. Kita ke Shinjuku Gyoen National Garden.
Tapi pagi-pagi ada orang buat aku geram.


R : ok pukul 10 pagi kita cek out, terus ke Haneda. Sebab ni Air Bnb, patut waktu breakfast kena cek out dah.
L : aku terus wasap lokasi nak di tuju hari ini.
W : eh bukan semalam kata nak bawa kita jalan-jalan, siap suruh bagi idea. Kenapa tiba-tiba nak ke Haneda terus? Lepak Haneda sampai malam? Oh best nya!
L : yela kan, semalam cakap lain, hari ni cakap lain. Short memory ke apa? Tengok la kita dah wasap lokasi hari ni.
R : jap. Erm nak buat apa pergi park tu, bukan ada Sakura pun.
L : no. im not trying to hunt sakura. I just wanna go there. Kenapa ia di angkat sebagai national garden.
R : kat haneda pon ada banyak benda boleh tengok.
He keeps refusing.


Aku malas nak dengar lagi alasan dia.

Flower bed je  yang tinggal

Finally sampai juga kami di Shinjuku Gyoen National Garden. Sepanjang perjalanan, he keeps complaining tentang kos yang di keluarkan hari ni. Dia kata dia kena claim bila balik malaysia nanti. Claim-claim tapi tak tahu bila akan dapat. Is it my problem? Setakat tour guide tinggal sorang kat company yang maju jaya tu, takkan la nak process claim sorang tour guide nak kena ambil masa 100 tahun? Dengar-dengar ada lagi sorang tour guide baru resign. Masa mula-mula dengar macam hairan la kan. Kerja Tour guide best apa, dapat jalan-jalan. Tapi lepas apa yang terjadi. Tak heran langsung. Dengan aku top up 500 yen untuk suica card pakai duit sendiri pun dia boleh acah-acah tak nampak. Dia ingat aku nak dengar kisah claim dia yang tak dapat-dapat tu?

L : pernah pergi ke, park ni?
R : dengar-dengar ada yang pernah pergi, diorang cakap takde apa pon.
L : Hello jawapannya iya atau tidak. Susah sangat ke soalan tu. Kalau tak pernah pergi jawab je tidak!

Melukis





Hijau. Kami menikmati permandangan hijau. Merehatkan jiwa kacau melayan karenah tour guide. Kelihatan pelajar sekolah berpakain sukan melakukan aktiviti luar bilik darjah. Ada juga yang sedang melukis. Pelancong eropah sedang sunbathing.

R : auntum trip nak bawa peserta datang sini la.
L : i’ve told you, there’s something about this park. So kalau musim auntumn nanti, mesti kaw-kaw kan dia punya scenery.
R : saya boleh bayangkan.

Kami lepak santai di rest house. Sembang tentang kehidupan dan masa depan, di temani jeritan riang budak-budak sekolah. Dibuai-buai angin shinjuku. Our tour guide masa tu hilang dari pandangan.








Sunbathing





Selepas separuh hari menghabiskan masa di taman tersebut. Kami keluar mencari makanan halal. Yes ada sebuah restoran makanan turki berdekatan. Dekat je dengan shinjuku gate taman tersebut.

Nampak nya aku dah bagi idea new route kat tour guide ni. Dekat dengan stesen shinjuku, ada restoran halal pulak tu. Upah? Takde pon. Dia kata tiket masuk 200 yen tu la upahnya. 200 yen je. Ok syukur, nanti ada yang kecam aku tak bersyukur pulak.

Tiba-tiba rindu Istanbul



Begitu lah kami pada hari itu, kejap bergadoh kejap macam baik. Kawan aku? Dia dah lost. Kepala otak dia tengah memikirkan anak-anak dia yang ditinggalkan di Malaysia.



Haneda Airport

Ya kami di sini sekali lagi. Kami lepak kat observation decks. Wifi laju giler kat sini. Our tour guide? He left us here. Aku pun tak tahu dia pergi mana. Dia macam tak nak kami tahu pon. Mind your own business. Rasa nya dia nak bergayut, nak video call dengan awek dia sampai malam. Suka hati ko lah.

L : ko rasa dia pergi mana?
W : solat kot.

But the butthurt fact is, we still dont have the booking no. untuk flight malam tu. Kelakar kan?
Sedang kami duduk berehat, melihat pesawat take off. Ada wasap masuk. Lalu ada wasap call from Razlan.

R : uols dah dapat booking no.?
L : dah, why?
R : my boss tersilap beli la. Sepatut nya seat kawan awak tu saya punya.
W : macam mana boleh tetukar pulak?
L : rasa tak sedap hati, i think pertelingkahan antara kami masih belum berakhir.
R : nanti after dapat tiket, kita tukar kat gate cepat-cepat taw.
L : kenapa nak menggelabah ni. Siap call bagai. Selalu abaikan je kitorang ni.
R : ini arahan en Hilmi. So nanti tukar tiket eh.
W : kalau saya tak nak tukar camna? Ada beza ke?
Haha tiba-tiba dah kenapa kawan aku nak buat degil ni.
R : tak boleh, saya kena ikut arahan en Hilmi.
L : tak habis-habis nak ikut arahan bagai. I smell something.

Lepas ambil luggage kat locker, kami pun beratur untuk cek in. Booking no. baru, dah dapat. Lega la sikit nak beratur hari ni. Erm booking no. baru? Yes baru. So adakah booking no. semalam adalah palsu? Itu je andaian yang kami boleh buat. Mungkin en hilmi telah di tipu namun dia tak berterus terang. Tidak memohon maaf sekalipun. Small the matter la katakan. Kami di layan seperti orang bodoh-bodoh saje. Itu la yang kami rasakan.






Tengah-tengah beratur ada pulak mamat ensem kat sebelah, ok control cun. Bosan-bosan beratur, ada pasangan suami isteri dari indonesia menegurku.

I : kamu ini berdua saja?
L : ya berdua.(bohong, tour guide? tah mana dia pergi)
W : sengih je.
I : kamu ini pelajar di sini atau tourist?
L : pelajar? Haha am i look that young?. Tourist saja.
I : kamu kan ada pemilu bulan depan? Udah pikir mau pilih siapa?
L : pemilu? Mungkin pilihanraya la kot.

Baru sahaja aku ingin menjawab soalan itu, ada staf jepon dah panggil kitorang ke kaunter. Di kaunter ada masalah semasa nak print luggage tag, printernya sangkut-sangkut sudah. Ok masalah lagi. Tak habis-habis. Tidak lama kemudian, luggage tag dah print. Di sebabkan masalah itu. Beg kami di label sebagai “express bag”. Wow, oh yeah tak perlu la nak tunggu lama-lama kat baggage claim kat klia2 nanti. Selepas itu tiket kami di cetak. Aku meneliti tiket aku. Dan tiket kawan ku itu. Sah, memang salah beli. Kawan aku dapat seat flat bed, seat 2D. Tetapi kenapa si Razlan tak beritahu yang tiket kawan ku itu flat bed ticket? Kenapa tak terus terang je. Meluat je dengar dia ulang-ulang cakap. “saya ikut arahan en Hilmi” he keeps repeating. 10 kali. Rolling eyes.

L : weh ini tiket flat bed.
W : ooo patut la ber iya benar nak tukar tiket.
L : apa kata ko buat degil, ko cakap tak nak tukar seat.
W : ok gak, semalam pon aku dah geram, dah la tiket takde. Tapi takde pon nak minta maaf. Explain apa-apa kat kita.
L : yela aku pon geram, sejak pagi tadi. Ko tengok la muka dia masa bawa kita pergi shinjuku garden. Macam muka terpaksa je, padahal dia yang offer dulu nak bawa kita jalan. Buat apa tanya kalau sebenarnya dalam hati ko tu, memang takde niat nak bawa kita jalan. Apa maksud pertanyaan itu? Nak buat mulut manis depan akak-akak tu semua? Ajak-ajak ayam je? Mesti tak sangka kan aku berkeras nak ke Shinjuku garden?

So bermula lah episod begging desperately annoying fakingly of our tour guide. Siap en hilmi tu called merayu-rayu kat kawan aku suruh tukar seat dengan Razlan. Masa kitorang sedih blankly semalam ada fikir pasal kitorang ke? Takde kan, baru je kitorang test buat degil, tahu pulak menggelabah.

Namun akhirnya, kawan ku pergi ke seat 2D tersebut. Our tour guide followed her closely, i can see that. Desperate! Memberitahu stewardess di situ yang this guy wants to change seat. Stewardess tu astonishingly shocked. Dan merasa kasihan kepada kawan ku itu. Haha. Namun Nasi lemak pak nasir menjadi milik kawan ku. Stewardess tu yang offer. Makanan di beri ikut nama atas tiket katanya.

Alamak-alamak that handsome guy yang beratur sama-sama masa check in duduk sebelah la. Sanggup tu tak tukar window seat dengan kawan aku, sebab nak tidur sebelah that guy. Hah. Gatal! Memang aku tertidur lena. Lagi sejam nak landing baru terjaga! Hampeh. Haha.


KLIA 2

“Express bag” keluar dulu as expected. Kelihatan Razlan sudah pun berada di baggage conveyor belt. Fakingly buat muka sedih. Aku memulangkan kad suica kepadanya.

L : Sorry. (sambil memegang bahu nya, kejap)


Cynical.

Lalu aku pun melangkah dengan penuh bergaya, express bag la katakan.
Sorry this is not a travel story, this is a travel diary.


Tokyo 2018.

Sampai ke temu lagi di destinasi seterusnya.

Day 4 Otsuka, Tokyo, Japan


Tibalah hari yang dinantikan iaitu ke lake Kawaguchi. Nak tengok mount Fuji. Harap-harap ada lagi la bunga sakura.
Gunung Fuji di selimuti awan






Kemas-kemas beg, cek out. Malam ni nak balik Malaysia dah (kau pasti?). Luggage kami letakkan dalam locker di Shinjuku station. 500 yen 1 locker.

Kami menaiki bas selama 2 jam dari Shinjuku station untuk sampai ke lake kawaguchi. Hujan renyai-renyai. Ada 3 pilihan untuk meng explore sekitar kawasan lake kawaguchi.

1 . Naik bus, ada private and sightseeing biasa.
2. sewa basikal.
3. jalan kaki.

Kami memilih menaiki sightseeing bus. 1500 yen. Kena keluar duit poket sendiri. Yang ni tour guide tak inform, kalo korang takde duit, pepandai la hutang dengan sesiapa, tak pon jalan kaki. Haha. Ok tiket dah beli. Kami pon menaiki bas dan berhenti di bus stop no. 22. Katanya view paling cantik kat sini. Namun mount fuji tidak kelihatan, terlalu banyak awan. Hujan baru sahaja berhenti. Usha-usha kedai souvenir, erm mahal tak berbaloi nak beli.


Kami menaiki bas semula dan turun di bus stop no. 18. Kami turun ke gigi tasik. Membasahkan tangan menggunakan air tasik, Oh indah!. Ada view menarik, hari mulai cerah. Awan mula bergerak meninggalkan mount fuji. Puncak gunung fuji pon terserlah. Subhanallah! Patut la orang jepon bangga sangat dengan mount fuji tu. It just so beautiful and so big. How Mount Fuji got its graceful conical form. So amazing!












Kemudian kami menaiki bas semula dan turun di bus top no. 14. Kami plan lunch di stop no. 10 di mana terdapat sebuah restoran halal di situ. Jadi kami berjalan kaki dari stop no. 14 ke stop no. 10. Berjalan di tepi tasik. Bergambar bersama bunga-bunga sakura yang masih belum gugur. Musim sakura yang sudah tiba ke penghujungnya. Banyak pohon sakura yang sudah luruh bunganya. Ada la dalam 10-20 batang (ko kira ke?, tak, agak-agak je) pokok yang masih mempunyai bunga. Bila dah tak banyak, baru la kami menghargai setiap satu pohon sakura yang temui. Kami semua tidak melepaskan peluang merakam memori ini. Ya, itulah moment terbaik kami. Swept away by warm spring breeze. Walking down a road with scattered cherry blossoms. Refreshing smile gives me butterflies. Makes my weary heart race. Lets paint the world pink. Lovelyz Spring 2018.




Tiba di stop no. 10 pada jam 3 petang. Kami menuju ke restoran halal. Namun hampa, mereka tidak menerima sebarang pelanggan. Mereka teramat sibuk menyiapkan tempahan makanan. Adakah kami yang terlepas waktu makan tengah hari? Akibat terlalu leka mengambil gambar bersama bunga sakura. Tak pasti. Maka kami berlalu dalam keadaan kelaparan. Nasib baik aku ada bawa bekal roti bersama serunding daging. 







 Kami menunggu bas untuk ke stesen bas utama, kawaguchi station. Namun bas penuh, kami pun tunggu the next bas. Jam tangan menunjukkan pukul 4 petang. Pada masa itu, barulah tour guide beritahu kami,  yang bas ke shinjuku setesen ialah pada pukul 4.55 petang. So kami decide untuk jalan kaki sahaja ke stesen kawaguchi. Nasib baik ada jalan short cut. Semasa kami dalam perjalanan, terserlah lah kecantikkan gunung fuji. Tiada awan menutupi puncaknya. Awan hanya mengelilingi di tengah gunung. Puas la kami menghayati keindahan gunung fuji. Jalan kaki jauh pun jadi tak penat.


On the way to Kawaguchi station. Cak!








Kami tiba di stesen kawaguchi pada jam 4.15 petang, rush ke 7E membeli onigiri dan air mineral(again!). Cukup la buat alas perut.


Sedap ni, roti tembikai susu

Teman sejati seorang musafir
Maka pulang lah kami dari kawaguchi dengan hati yang gembira dan berbunga-bunga sakura. Sehingga waktu kami di dalam bas meninggal kan kawasan pergunungan kawaguchi, puncak gunung fuji masih kelihatan. Main cak-cak gitu. Dan tidak lama selepas itu. Jauh dan hilang dari pandangan. Fuji, i will remember this moment forever. It was a beautiful day.

Tidak sampai 2 jam sampai la kami di bandar shinjuku. Kelihatan rakyat jepun pulang dari kerja beramai-ramai, mak oii macam semut kat luar tu. Sebelum bertolak ke Haneda Airport, kami sempat singgah di kedai 300 yen. Apa yang boleh di beli? Tote bag, cosmetic pouch, semua berharga 300 yen campur VAT 8% jadi 324 yen. Untuk pengetahuan harga yang di pamerkan di kedai adalah tidak termasuk VAT(GST).

Process claim VAT di jepun adalah yang paling mudah setakat ini. Tiada borang yang perlu di isi dan tidak perlu ke refund kaunter di Airport. Kebanyakan kedai yang bertulis “Tax Free” itu telah memulangkan VAT yang perlu di bayar di cashier, kita hanya perlu simpan resit dan memulangkannya di kaunter kastam di Airport. Tetapi ada syarat, iaitu total minimum spending 5400 yen (inclusive VAT) dalam satu resit. Jadi pastikan kalau nak shopping bagai nak rak tu pastikan ia nya kedai “Tax Free”, baru la hassle free travel.


Tiba lah masa paling mencabar. Iaitu menaiki tren di Shinjuku stesen bersama luggage. Jalan kat tokyo ni memang tak jem. Tapi jem kat tren stesen. Shinjuku stesen adalah antara yang tersibuk selain Tokyo stesen, Shibuya dan Akihabara. Jika next trip anda melalui stesen-stesen tersebut, maka bersedialah untuk mensardin dan berhimpit dalam tren.

Semasa menunggu tren di Shinjuku Stesen, aku perasan luggageku kurang satu roda. Eh mana pula pergi roda nya ni. Huh ok dah jumpa. Aku sempat mengutip roda yang tertanggal itu sebelum tren tiba. Aduh kenapa nak tercabut roda pula ni? Is this a sign? I just can feel it.

Sampai airport perut dah lapar, yela lunch makan onigiri sebiji je. Tiba waktu untuk cek in, walaupun belum dapat booking no. Masa itu. Aku redha. Beratur berbekal kan passport sahaja.


Segmen membawang

Haneda Airport

L : weh apasal tadi tu, dia suruh kita tunggu kat sini, pastu blah camtu je.
W : laki pon ada mood swing ke?
L : aku perasan la, tadi dalam tren, gaya-gaya macam gaduh dengan gf dalam telepon.
W : itu pon tak boleh nak control ke? Perlu ke nak emo-emo depan kita.
L : Entah nya. Takpe la kita beratur je, nanti dia datang la tu, bila dah stabil sikit.
Dah la tak boleh connect wifi airport, dengan booking no. takde lagi. Tour guide buat tantrum budak wicet, can you feel me?


Haneda Airport, Tokyo

Nak di jadikan cerita, booking no. hanya di beri 3 jam sebelum berlepas melalui aplikasi wasap. Aku dan kawanku satu booking no. with that tour guide. Al kisah bermula, di mana tiket akak 2 orang tu takde di tambah luggage. So kena la beli luggage time tu jugak.

Alkisah seterusnya, semasa process cek in. Booking no. tour guide tu takde dalam sistem. Staff di kaunter cek in dah cek banyak kali.  Takde la weh! Yeah great, meaning that aku dan kawan ku pon tak boleh balik la malam ni. Akak dua orang and adik 2 orang tu selamat, takde masalah dah. Boleh la balik malaysia. Razlan call Hilmi, booking no. tak wujud, “ada silly mistake, tiket korang esok” . Silly?

Kami pon melambaikan tangan ucap selamat tinggal kepada akak-akak dan adik-adik. Selamat pulang ke Malaysia.

So now what? Mana kitorang nak tido malam ni. Kalau dah cek awal-awal tiket tu esok hari tak perlu la nak bazir tambang tren untuk ke Haneda Airport. Sewa locker kat Shinjuku lagi.

R: Jangan risau, bos saya dah booked guesthouse. Dekat je dengan Haneda, tak perlu tukar tren.
W : Diam.
L : Diam.
R : so kita ada satu hari extra (acah-acah gembira).
L : weh ko keje tour guide bleh ar cakap camtu. Aku ni keje makan gaji. Nak cakap apa kat bos? “ sori bos tak perasan saya book tiket esok, bukan hari ni? Camtu ke?
W : Blank. So En Hilmi tu ada nak minta maaf ke apa ke?
L :  Aku pandang skrin telefon, hampa. Tiada sebarang wasap masuk.

Bagi mereka apa yang terjadi mungkin “small the matter je”. Kenapa nak kecoh-kecoh. Tapi kalau nak tahu, diorang dah block aku kat fb from comment, like, even share of their fb page. Why? takut?

R : so korang ada mana-mana tempat yang nak pergi tak?
L : cannot think.
W : confuse.

Kami gagahkan juga kaki ini mengikuti langkah tour guide tu. Menuju ke kedai kebab halal di tingkat satu Haneda Airport. Seperti tidak percaya apa yang berlaku. Kami ke locker menyimpan luggage. Ambil apa yang perlu untuk esok. Nasib aku ada beli baju t-shirt hello kitty. Boleh la pakai esok.


Peristiwa Kamata Guesthouse


Aku masih tak faham apa yang cuba di sampaikan

Kami menaiki tren menuju ke Kamata guesthouse. Pusing-pusing masuk ke dalam kawasan perumahan. Senyap sunyi, seperti pukul 12 tengah malam suasananya. Akhirnya jumpa juga guesthouse tersebut. Tetapi masalah nya guesthouse tu dah tutup pukul 10 malam. Kami tiba di lokasi jam 10.15 malam. 

Tanpa di sangka-sangka muncul pasangan suami isteri tah dari lorong mana, menegur kami. “Are you looking for guesthouse?”. Yes. Mereka membantu kami. Kami perlu menelefon owner guesthouse tersebut untuk mengetahui apakah password untuk pintu guesthouse tersebut. Masalah nya takde sorang dari kami roaming. Haha. Si isteri membantu membuat panggilan telefon. Masak! Owner guesthouse tak tahu berbahasa inggeris. Amazingly si suami fluently can speak japanese. Nak di pendekkan cerita, kami berjaya membuka pintu guest house.

Terima kasih sangat kepada pasangan suami isteri tersebut. Mereka berasal dari Shanghai. Si isteri fluent in English, si suami fluent in Japanese. The thing is that until now, i just can’t believe is, how we bumped into each other. Tula kawan aku cakap, kalau Allah nak tolong tu, memang agak aneh caranya. Yang aneh pon jadi possible. its a miracle!

SS : where are you from? Are you try to find guesthouse?
R : we are from malaysia. Yes Kamata guesthouse.
SS : you just landed? Where is your luggage? Bag?
L : aku nak tergelak masa ni. Akak panjang cerita nya.

Melalui perbualan singkat antara Razlan dan si akak shanghai tu, mereka rupanya mempunyai beberapa unit guest house di kawasan Kamata. Mereka suami isteri tengah jalan-jalan amik angin malam katanya. Lalu terserempak dengan kami yang sedang keliru. Sesat?

R : so where is your guesthouse may i know the name? Maybe next time we can book with you.
SS : (sambil ketawa) you will found us one day.
L : bulu roma naik masa tu. Macam mana dia boleh cakap “you will found us one day”. Giler goosebump. I ask my self. Are you really guys, from Shanghai?


Bilik guest house itu sempit. Shared bathroom, luckily kami bertiga je kat level ni, so takde la nak terserempak dengan orang asing lain.  Di dalam bilik yang sempit itu aku cuba hadam semua ini. Why? Sebelum tidur tour guide mengingatkan kami tentang ke manakah destinasi kita pada esok hari.