PERCUTIAN KE EROPAH ITALI
Assalamualaikum semua.
Entry kali ini saya akan bercerita tentang ekspedisi saya ke Itali.
First2 nak minta maaf kalau bahasa melayu/english tak berapa bagus.huhuu. :D
Entry ini mungkin boleh
menjadi panduan kepada anda di luar sana yang ingin ke benua Eropah, Negara Itali khususnya. Penjelajahan ke Itali melibatkan 4 buah
negeri iaitu Rome, Florence, Venice dan Milan mengambil masa selama 9 hari 7
malam.
Dalam bahasa itali
Rom – Roma
Florence – Firenze
Venice – Venezia
Milan – Milano
Penting juga untuk mengetahui nama2 negeri dalam bahasa itali kerana
jadual destinasi kesemua stesen keretapi laju di sana di tulis dalam bahasa
itali.
Persediaan
Penjelajahan ke 4 buah negeri tersebut hanya menggunakan keretapi
laju. Perkara yang amat penting ialah kasut sukan dan beg luggage yang
sederhana besar beroda 4. Tidak perlu buat visa, hanya perlu bawa passport dan
duit belanja secukupnya. Seelok nya tempah terdahulu kesemua tiket keretapi
laju (Trenitalia) dan hotel
sekurang-kurang nya 2 bulan sebelum bertolak. Oh ya kena cek jugak suhu kat
sana, kalau sejuk kena la bawa jaket.
Tentang budget makan, anda
perlu sediakan budget sekurang2 nya 9 euro untuk lunch and dinner. Melalui
pemerhatian saya, kos makan di Rome adalah paling murah. Contohnya Kebab di Rom
boleh didapati dengan harga serendah 4 euro, manakala di Milan mungkin serendah
7 euro. Souvenirs pun murah kat
Rome. Souvenirs boleh di beli dengan
harga antara 1 euro hingga 3 euro(
paling murah la). Jika anda ingin membeli beg berjenama pula sila lah ke THE
MALL yang terletak di Florence..Murah gilerrr..kalah Milan.(macam la kaya
sangat cakap murahhhh..). Budget pula boleh la letak RM 1000 – RM3000 untuk beg
berjenama tu. Kalau tak nak beli pun takpe la..sendiri kempunan sendiri
tanggung .
Orang itali ni banyak yang berlagak, diorang memang pandang rendah
kat orang asia ni, of course. Tapi kalau makcik2 pakcik2 yang dah tua tu,
mereka ok sikit. Teringat lagi masa nak cop imigresen kat Airport Leonardo da Vinci,
pergh muka pegawai imigresen tu kemain kerek giler, pandangan hina je yang
diorang lemparkan, kalau orang US yang bagi passport kemain ko senyum ye..
And then di sebalik muka kerek pegawai imigresen tu, Itali juga
selalu di momokkan dengan kebanjiran pencopet dari Afrika dan timur tengah. Yup
memang ada kes penyeluk saku di mana2 sahaja, yang penting ialah sentiasa
perhati kan sekeliling dan berjaga2 ketika menaiki tren. Tu la kerek sangat kan..
hah amik kau pencopet bersepah, tak selamat la oii. Bagai langit dan bumi la
kalo nak bandingkan dengan Negara jepon tu. Malu la. Sebelum buat muka kerek
berlagak jangan ingat Negara ko bagus sangat..tiba2 teremosi ahaks.
Kesimpulannya sila lah kumpul duit banyak2 kalau ada impian untuk ke
eropah. Kalau dapat bonus tu simpan la banyak sikit.ceh
Tiket masuk yang amat penting untuk di tempah dahulu ialah tiket
masuk ke Vatican City dan Coloseum kedua2 nya terletak di Rom.
Salam..
ReplyDeleteAntara florence & venice, mana yang best?
wasalam..kalo suka shopping Florence, kalo nak rileks2 Venice, but hotel kat Venice Mahal. For me I love Venice.:)
ReplyDeleteNoted.thanks..
ReplyDeleteTQ sebab sharing pengalaman u...
ReplyDeleteTak sabar-sabar plak nak g Italy November nanti.... huhu....
Wah..Have fun..good choice. Italy mmg cantik, pure europe..mana-mana pun cantik!
DeleteAlhamdulillah.... dah setel trip Itali....
DeleteAnyhow sis punya info sedikit sebanyak ada membantu saya sepanjang di sana.... thanz again...
yeah.. great!
Deletesama-sama :)
Nice. Dari td dok belek2 orang bercerita pasal italy. Saya rajin ni sebab nak dpt gmbaran pegi sana November nnt. X sabar. Hihi
ReplyDeleteNice. Dari td dok belek2 orang bercerita pasal italy. Saya rajin ni sebab nak dpt gmbaran pegi sana November nnt. X sabar. Hihi
ReplyDeleteNice. Dari td dok belek2 orang bercerita pasal italy. Saya rajin ni sebab nak dpt gmbaran pegi sana November nnt. X sabar. Hihi
ReplyDeletesaya pun sebelum pergi italy baca blog orang lain juga..harap blog saya dapat membantu.
Deletebest memang best. tapi kecik ati sikit.orang sana banyak yang berlagak. bangla jual beg je baik hati.haha