nuffnang Ads

Thursday, 27 November 2014

PERCUTIAN KE EUROPE ITALI


PERCUTIAN KE EROPAH ITALI

Assalamualaikum semua.

Entry kali ini saya akan bercerita tentang ekspedisi saya ke Itali. First2 nak minta maaf kalau bahasa melayu/english tak berapa bagus.huhuu. :D

  Entry ini mungkin boleh menjadi panduan kepada anda di luar sana yang ingin ke benua Eropah,  Negara Itali khususnya.  Penjelajahan ke Itali melibatkan 4 buah negeri iaitu Rome, Florence, Venice dan Milan mengambil masa selama 9 hari 7 malam.

Dalam bahasa itali

Rom – Roma

Florence – Firenze

Venice – Venezia

Milan – Milano

Penting juga untuk mengetahui nama2 negeri dalam bahasa itali kerana jadual destinasi kesemua stesen keretapi laju di sana di tulis dalam bahasa itali.

Persediaan

Penjelajahan ke 4 buah negeri tersebut hanya menggunakan keretapi laju. Perkara yang amat penting ialah kasut sukan dan beg luggage yang sederhana besar beroda 4. Tidak perlu buat visa, hanya perlu bawa passport dan duit belanja secukupnya. Seelok nya tempah terdahulu kesemua tiket keretapi laju (Trenitalia) dan hotel sekurang-kurang nya 2 bulan sebelum bertolak. Oh ya kena cek jugak suhu kat sana, kalau sejuk kena la bawa jaket.

  Tentang budget makan, anda perlu sediakan budget sekurang2 nya 9 euro untuk lunch and dinner. Melalui pemerhatian saya, kos makan di Rome adalah paling murah. Contohnya Kebab di Rom boleh didapati dengan harga serendah 4 euro, manakala di Milan mungkin serendah 7 euro.  Souvenirs pun murah kat Rome.  Souvenirs boleh di beli dengan harga antara 1 euro hingga  3 euro( paling murah la). Jika anda ingin membeli beg berjenama pula sila lah ke THE MALL yang terletak di Florence..Murah gilerrr..kalah Milan.(macam la kaya sangat cakap murahhhh..). Budget pula boleh la letak RM 1000 – RM3000 untuk beg berjenama tu. Kalau tak nak beli pun takpe la..sendiri kempunan sendiri tanggung .


Orang itali ni banyak yang berlagak, diorang memang pandang rendah kat orang asia ni, of course. Tapi kalau makcik2 pakcik2 yang dah tua tu, mereka ok sikit. Teringat lagi masa nak cop imigresen kat Airport Leonardo da Vinci, pergh muka pegawai imigresen tu kemain kerek giler, pandangan hina je yang diorang lemparkan, kalau orang US yang bagi passport kemain ko senyum ye..

And then di sebalik muka kerek pegawai imigresen tu, Itali juga selalu di momokkan dengan kebanjiran pencopet dari Afrika dan timur tengah. Yup memang ada kes penyeluk saku di mana2 sahaja, yang penting ialah sentiasa perhati kan sekeliling dan berjaga2 ketika menaiki tren. Tu la kerek sangat kan.. hah amik kau pencopet bersepah, tak selamat la oii. Bagai langit dan bumi la kalo nak bandingkan dengan Negara jepon tu. Malu la. Sebelum buat muka kerek berlagak jangan ingat Negara ko bagus sangat..tiba2 teremosi ahaks.

 

Kesimpulannya sila lah kumpul duit banyak2 kalau ada impian untuk ke eropah. Kalau dapat bonus tu simpan la banyak sikit.ceh

Tiket masuk yang amat penting untuk di tempah dahulu ialah tiket masuk ke Vatican City dan Coloseum kedua2 nya terletak di Rom.

 

11 comments:

  1. Salam..

    Antara florence & venice, mana yang best?

    ReplyDelete
  2. wasalam..kalo suka shopping Florence, kalo nak rileks2 Venice, but hotel kat Venice Mahal. For me I love Venice.:)

    ReplyDelete
  3. TQ sebab sharing pengalaman u...

    Tak sabar-sabar plak nak g Italy November nanti.... huhu....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wah..Have fun..good choice. Italy mmg cantik, pure europe..mana-mana pun cantik!

      Delete
    2. Alhamdulillah.... dah setel trip Itali....

      Anyhow sis punya info sedikit sebanyak ada membantu saya sepanjang di sana.... thanz again...

      Delete
  4. Nice. Dari td dok belek2 orang bercerita pasal italy. Saya rajin ni sebab nak dpt gmbaran pegi sana November nnt. X sabar. Hihi

    ReplyDelete
  5. Nice. Dari td dok belek2 orang bercerita pasal italy. Saya rajin ni sebab nak dpt gmbaran pegi sana November nnt. X sabar. Hihi

    ReplyDelete
  6. Nice. Dari td dok belek2 orang bercerita pasal italy. Saya rajin ni sebab nak dpt gmbaran pegi sana November nnt. X sabar. Hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya pun sebelum pergi italy baca blog orang lain juga..harap blog saya dapat membantu.
      best memang best. tapi kecik ati sikit.orang sana banyak yang berlagak. bangla jual beg je baik hati.haha

      Delete