nuffnang Ads

Friday, 21 November 2014

Florence Italy Day 3


Florence Italy  Day 3
Today will be my first time naik keretapi laju (Trenitalia). Perjalanan selama lebih kurang 2 jam dari Rom ke Florence.  Di Florence kami menginap di Hotel Delle Nazioni. Dekat je dengan stesen keretapi, tram dan bas.  Destinasi pertama di Florence ialah mercato centrale (central market).  Kat situ ada pasar basah, dan juga bahan masakan kering. Kira macam pasar besar la kalau kat Malaysia ni.  Ada macam-macam dalam pasar tu. Sekitar luar pasar tu pulak ada banyak kedai jual barangan kulit, harga punboleh tahan la, mampu milik. Peniaga nya pula terdiri daripada orang Bangladesh, Pakistan dan juga orang itali. Jalan-jalan kat luar central market rasa macam jalan TAR KL pun ada. Sebab masing2 buka payung kat luar kedai. Hari pertama kat Florence ni suhunya nyaman2 je tak panas seperti di Rom. Lepas pusing-pusing central market kitorang  lunch kat dalam central market je.  Hmmm makan spageti tomato sauce jer la. Ada macam2 makanan tempatan kat sini..macam menarik je, tapi dapat tengok je la.
Station Roma Termini



  










Ala2 gerai nasi campur kita
Mari2 beli Pasta...macam2 kaler and bentuk ada
Hoi sedap sangat dessert kat sini ..ommmmnommmmomnomm






Entrance to Mercato Centrale

Luncheon at Mercato Centrale

Tataw la buah apa ni..tapi bersepah jual kat sini



Lepas lunch tu kitorang gerak ke Cathedral, pastu masuk dalam Cathedral tu, tengok2 sikit dalamnya.Cathedral tu sebuah church yang famous la kat Florence ni. Disebabkan hari pertama dah pergi tengok church Saint Peter Basilica kat Rom so Cathedral ni dah macam tak teruja pon nak belek2 (ceh berlagak). Masuk tu just nak rehat2 kan badan, sebab jauh jugak la jaraknya dari central market. Senibina Cathedral unik, sebab ia guna marble warna hijau,pink sikit and white (exterior). Interior Cathedral tu siling nya macam biasa la ada lukisan-lukisan orang tak pakai baju.hehehe.









Dari Cathedral kitorang pun teruskan perjalanan ke galeri Uffizi. Hari ni memang jalan kaki saje, sebab semua dekat2 je. Ceh padahal nak tercabut kaki jalan sana sini.  Peta nak ke tempat menarik sekitar Florence tu boleh didapati di hotel anda menginap. Memang pihak hotel akan berikan  kepada guest.

 Kitorang tak masuk pun dalam galeri Uffizi tu, takut tak cukup masa, so amik je la gamba kat luar galeri tu, macam biasa ada patung tak pakai baju. Patung King Neptune (raja laut mitos) and Hercules yang cabut kepala medusa.  Lepas amik2 gamba, kitorang patah balik hotel untuk naik bas for the next destination, masa on the way balik tu sempat lagi beli eskrem gelato venchi..omnomomnomm. the best aiskrim ever.







Destinasi terakhir pada hari ke tiga pula ialah ke Piazzale Micheangelo, ianya terletak di atas bukit, sebab macam tak logic je nak jalan kaki pastu naik jalan berbukit, so kitorang patah balik ke hotel untuk naik bas ke piazzale micheangelo. (bus stop kat depan hotel). Sampai je atas bukit tu memang betul2 tengah sunset. So agak menarik la. Tak ambil banyak gambar pun, sebab nak menghayati permandangan Bandar Florence.
Piazzle Michealangelo
my first car
Permandangan Bandar Florence

Ada banyak jugak kedai menjual souvenir, tapi harga agak mahal berbanding di Rom. Hehe pastu ada orang tayang kete ferrari atas tu. So amik kesempatan la amik gambo sekeping.
Ok balik hotel kita naik yang ni pulak..lalalalala
Malam tu dinner makan kebab je, 4 euro. Besarrr, isinya 3 kali ganda kebab kat Malaysia. Boleh tahan la sedap.  Dinner kat bilik member, kekonon wat party kebab sambil gosip2.
End of day 3.



Kelihatan orang Afrika menjual beg tiruan di luar perkarangan Mercato Centrale




















No comments:

Post a Comment