Day 1 – Rom, Itali
Perjalanan ke Itali menaiki pesawat Etihad Airways, pesawat Abu
Dhabi.arab laaa. Transit di Abu Dhabi International Airport sebelum meneruskan
perjalanan ke Rome airport Leonardo da Vinci.
Dari KLIA ke Abu Dhabi mengambil masa selama 7 jam, transit 3 jam, Abu
Dhabi ke Rome 6 jam. Letih wooo..Best naik Etihad, sebab kerusinya boleh adjust
special sikit tak macam pesawat MAS dan AA. Pastu ada jugak di sediakan
selimut dan bantal. Untuk perjalanan malam,
Etihad menyediakan stoking, penutup mata, penutup telinga, ubat gigi dan berus
gigi, kesemua tu di letakkan di dalam pouch beg comel.
![]() |
At Abu Dhabi airport selepas 7 jam perjalanana atas udara..comel kan unta tu |
Kat dalam pesawat tu ada
jugak ternampak backpackers traveller(sebab dorang satu grup dah pakai t shirt
“SEBELAS BACKPACKERS”). Kebanyakan ahli nya ialah lelaki. Heh cam best jer
tengok dorang. Sampai je Kat rome,
kitorang check in Hotel Regio. Lokasi hotel yang bagus sebab dekat je dengan
Stesen Termini METRO. Metro tu macam LRT kat Malaysia.
![]() |
Sampai dah kat airport Leonardo Da Vinci... |
Agenda hari ni ialah ke Vatican Museum, Sistine Chapel dan St peter
Square Basilica dan menaiki Metro. Semasa di Vatican museum ada tour guide,
tapi tak berapa nak focus apa yang dia cakap sebab keletihan naik kapal terbang
selama 13 jam. Cantik sangat lukisan-lukisan nya, lukisan di lantai, dinding
dan siling, aiya sakit tengkuk. Tapi ada la dia tunjuk slide pasal maksud
lukisan – lukisan yang akan kitorang tengok jap lagi. Ada lukisan yang
Michealangelo lukis kat Sistine Chapel and tak ingat laaa…hehe. Dekat st Peter
tu ada disediakan kerusi untuk acara esok hari, iaitu hari ahad, di mana POPE
akan berkhutbah dari balkoni church saint peter basilica. Fuh cantik giler
dalam church tu. Its art wahhhh..so impressive..eh memang cantik la.( church
paling cantik pernah dilihat, padahal first time masuk church)
Sekitar Vatican City
![]() |
In front of St Peter Basilica |
Penat la jugak berjalan dalam museum dan church tu sebab luas sangat
kawasannya. Lunch break makan kat
restoran dekat2 situ jugak. Makan pizza and Spagheti la kann..kat itali kan.
Sedap tu takde la sedap sangat, pizza domino lagi sedap.hehe. Pizza sekeping 7
euro, spaghetti sepinggan 9 euro. Pizza tu agak besar la, macam saiz pizza
domino large, spaghetti portion macam kat secret recipe tu.. so not bad la kan.
![]() |
Spagethi ala vongole..ada mussel tu so jadi la vongole |
![]() |
tak banyak pilihan pizza pon kat sini. |
After lunch tu kitorang balik ke hotel rileks2, rehatkan diri
selepas 13 jam perjalanan menaiki kapal terbang. Sempat la tido sejam sebelum
bersiap untuk dinner di restoran berdekatan hotel.
Malam tu dinner special sikit, first time makan risotto.
Masa dinner tu 8.30 pm waktu itali, but KL dalam kui 3 pagi kot(
Itali Lewat 7 jam waktu Malaysia). So dapat bayangkan tak makan kui 3
pagi,dengan dah berjalan sakan siang tu. Im Sooo sleeeepy. Berbuai2 je rasa kepala
otak ni. Pastu pepandai order espresso..amik kau.( espresso tu high in
caffeine). Terus segar bugar, tak ngantuk dah..tapi bagus ke for my journey
tomorrow? Sedapp sangat espresso tu..aiya mana nak cari kat KL.
Tak abis lagi citer jetlag ni.. kui 2 pagi waktu itali dah
terjaga..kira la waktu Malaysia kui bape.apakahh..
End of day 1.
Sana nak dapat halal food senang ye?
ReplyDeletemana-mana pon mmg ada kedai kebab. chinese restoran pon ada yang halal.Kat Milan terjumpa satu kedai runcit arab, Sahara kot nama nya.
Delete