nuffnang Ads

Thursday, 27 November 2014

Florence Italy Day 5



Florence Italy Day 5

 
Hari ni tibalah masa yang di nantikan oleh orang gila shopping barang branded. Me? errrr..nope Aktiviti hari ni memang shopping sahaja. So I yang blur2 ni(sebab tak pakai sangat barang branded) ikut je la.  Destinasi hari ni ialah ke The Mall. Untuk ke The Mall yang terletak di Leccio Florence, kami berjalan kaki 10 minit untuk ke stesen bas. Bas tersebut memang khas untuk ke The Mall sahaja, takde stop. Kami menaiki bas paling awal iaitu pada pukul 840 pagi. Sampai je kat bus stop tu ramai dah orang beratur.  Semuanya orang cina.  I mean asian mungkin from Korea and Japan.  M    asa naik bas tu kena la validate tiket, macam punch, camtu la.  Yang menyampah tu, muka driver bas tu macam gelakkan kitorang ni la yang ramai2 naik bas. “Apahal la orang asia ni gila beno dengan barang buatan itali, dah la mahal…ahahaha” Ok lupakan je driver bas tu. DRIVER BAS JE PON..    
Pagi tu masa on the way nak pegi stesen bas, suhu agak sejuk la.  Tapi dalam fikiran, mungkin waktu pagi je sejuk, nanti tengah hari panas kot.  Hehe tapi kan sangkaan meleset sama sekali. Perjalanan selama sejam ke Leccio Florence, bas mula mendaki bukit. Oho apakah?. Ya. Turun je dari bas terasa angin sejuk mencucuk tulang. Rupanye The Mall ni terletak berdekatan kawasan berbukit.  Ohoi sejuk nye, menyesal tak bawa jaket tebal yang poyo tu. Masa kitorang sampai tu kedai belum buka lagi sebab baru je pukul 930 pagi. So kitorang snap la gamba sikit2, sebab menahan kesejukan. Kelihatan kedai Prada dah ada orang beratur siap2. Apakah? Satu keanehan bagi orang seperti saya yang baru pertama kali menjejakkan kaki di The Mall. (bahasa novel tiba2)
 
 
 


borong2 jangan tak borong
 


 

 
 







The first outlet yang aku masuki ialah Gucci. Besarrr sangat. Bertingkat2 pulak dalam tu. Macam berada kat penthouse mewah di banjiri beg dan pakaian brand Gucci. Besttt sangat. Walaupun tak pernah beli beg original Gucci, Tapi aku tahu semua design kat situ aku tak pernah nampak orang pakai lagi kat Malaysia (haha yakin sendiri).  Lepas tu pegi Prada, wah ramai nye manusia di sini. Semua orang sibuk membelek2 barang yang nak di beli. Aku? Aku cuma bergaya2 dengan sunglasses Prada kat rak yang takde orang nak kesah pon kau nak cobe pakai semua nya.  Lepas tu ada sale Prada perfume “candy” 49 euro sahaja, bagi aku murah untuk jenama Prada buatan Itali. Aku? Apalagi perfume tester tu aku semburkan saja sedikit di nadi dan baju. (kah3 ..tak patut: 3kali). Maaf cerita shopping ni panjang.
 
Selepas itu aku dan kawan aku pergi ke Coach je la, buatan US konon. Aku tengok sunglass made in Chine je but original taw. Tapi mungkin handbag ada yang made in USA. COACH pun ada buat sale. Up to 70 %. Wahhhh. bagi aku, coach brand lagi cantik design nye berbanding Prada.  Prada tu Nampak la Elegan. Memang orang Itali suka nampak Elegan. Taste diorang la tu. Duduk lama2 kat Coach memang boleh gila, sebab beg original cantik, pastu murah banyak berbanding kat Malaysia. Masuk Gucci pon sama, leh gila jugak sebab beg murah2, serius ni! So last2 terbeli la jugak sunglass satu, sebab tetiba terjatuh hati kat sunglass tu. The cashier cakap “First Love” masa nak bayar tu. Mungkin dia Nampak aku asik belek sunglass yang sama tu banyak kali setelah kali ketiga masuk kedai itu. (Belian di buat setelah tawaf burberry,ferragamo, tods, dior..etc no LV here..sorry to say).
 
 
VAT REFUND
Ini mungkin pengetahuan baru bagi anda di luar sana, VAT tu singkatan kepada VALUE ADDED TAX. Macam GST la kat Malaysia. So branded stuff here of course la ada VAT. Mostly barang kat sini ada tax,kecuali makanan. Maksud nye kalau beli beg Gucci 407euro so the tax portion will be 22% from 407euro (22% x 407 = 89.54). So harga sebenar beg tu tanpa tax ialah (407-89.40 = 317.60). But masa kat kedai tu kita kena bayar jugak amaun tax iclusive tersebut. So amaun 89.40euro tu ,kita perlu collect balik sebab kita bukan Italian. Proses collect balik duit ni namanya ialah VAT REFUND.
 
Camna nak collect balik duit tu? So masa membuat pembayaran make sure jumlah barangan yang dibeli ialah 155euro ke atas. Then masa nak bayar tu dia nak tengok passport. So lepas dia confirm kita bukan Italian, dia akan isikan  form VAT refund pakai mesin dia la, macam mesin top up kat petronas tu. (Jenis Mesin berbeza2). Lepas cashier isi maklumat semua, terutamanya nama dan nombor passport kena betul. Dia pon akan print VAT refund form tu, so kita just sign je la. Kat VAT Refund form tu ada tulis amaun yang kita layak dapat balik ( dibahagian atas sekali). Masa pertama kali tengok amaun yang boleh refund tu macam terkejut la sebab tak sampai pun 22%. Daripada 89.40euro tu, Cuma dapat refund 50euro je. Alahaiii.. but duit jugak tu. Cer darab 4 tengok. Cuba2 kira..
 
12.5% x 407 = 50.87
 
Merchants bundar menjadi 50euro (apa kekdah la orang itali bundar cenggini) Merchants tak semestinya perlu refund semua, biasanya minimum 12.5% je derang bagi refund, depend on what type of goods you bought. bagus sangatttt.
 
 
 
Ok lepas dah dapat tax free form tu, simpan elok2 jangan ilang sebab pihak kastam nak cop kat form tu, kalo boleh barang yang baru beli tu pun simpan dalam kotak or beg kertas elok2. Masa nak amik stamp cop kat custom di Airport pegawai kastam tu nak tengok barang yang dah dibeli.  Sebelum amik cop custom pastikan anda memiliki boarding pass. The real boarding pass or web check in pon ok, Tapi seeloknye check in luggage dulu,dapatkan boarding pass and hand carry je barang yang ada VAT REFUND tu. Tapi bagi yang beli beg lv Gucci prada sampai berpuluh2, sila la beratur kat kaunter khas, kat situ anda boleh check in luggage yang mangandungi beg2 mahal tersebut , cop custom and boleh claim refund in cash or by credit card.
 
Refund in cash or credit card?
Lepas kastam dah cop tax free form tu, boleh la claim refund cash kat kaunter yang di sediakan, biasanye refund akan diberi dalam matawang euro jugak. Dalam kes di atas, saya dapat refund in cash. Pihak yang Global Blue akan amik 3 euro sebagai processing fee. 
 
Sekiranya anda ingin refund dalam credit card pon boleh, senang.. tidak perlu beratur, just isi another form, and masukkan envelope dalam peti surat yang disediakan. Form tersebut boleh didapati di VAT Refund point dan juga di Airport. Dekat The Mall ada disediakan VAT REFUND point. Dimana anda boleh collect duit refund dahulu sebelum custom cop, but dengan syarat anda membawa bersama credit card atas nama anda atau nama pembayar. So masa kat Airprort just dapatkan cop kastam dan masukkan envelope dalam peti surat.
Refer ricksteve.com
 
Ok sambung citer shopping tadi, bas terakhir untuk balik from Leccio to stesen bas berdekatan hotel tu pukul 330 petang, so geng aku lah yang paling lewat sekali balik. Shopping sakan nampaknya. Dari pukul 10 pagi until 3 petang shopping..ohmaiii..(ko beli apa dik non). So pukul 450 petang tu dah sampai Bandar Florence, jadi lunch pun pukul 5 la hari tu, makkk aii..so after lunch jalan lagi shopping kawww..beli beg kulit pulak dekat2 area mercato central (central market).




 
 
Jalan2 kat pasar tu sampai la kui 7 malam, balik tu rileks2 jap, dinner pon makan simple je. Kebab!oh yeah.
 
 
 
Tak saba esok nak pegi Venice!
 
End of day 5.













 

No comments:

Post a Comment