nuffnang Ads

Thursday, 27 November 2014

Florence Italy, Day 4



Cinque Terre!


Laluan sepanjang kebun buah Zaitun

Hari ni juga adalah antara hari yang di tunggu2, sebab nak pergi ke Pisa.  Sebelum ke Pisa, singgah dulu ke Cinque Terre. Cinque Terre ialah kawasan perkampungan kat lereng bukit tepi laut. Gitula.  Ada 5 kampung semuanya Tapi singgah satu kampong je la. Kampung Vernazza nama nya. Nak masuk kampong tu kena naik keretapi. Dari Florence naik keretapi laju selama sejam pastu tukar tren kurang laju ke Cinque Terre stop at kampong vernazza. Perjalanan ke kampong vernazza tu gelap je, sebab lalu dalam terowong, kawasan berbukit kan.  So sampai je, kena la tonggek sikit, naik bukit. Jalan melalui lorong2 kecil antara rumah untuk ke kebun buah zaitun yang terletak di lereng2 bukit. Indah sungguh permandangannya. No words can describe…

 

 
 
 

 
 
 
 
ko jangan suka2 nak merayau kat sini kang sosat kang,den tataw
: kata makcik baju pink
 
 
 
Minuman tambah tenaga setelah meredah kebun olive, sedap jugak!
 
 
Lunch kat Cinque Terre, makan seafood yang fresh,mussels,ikan bilis gemok. Harga bapak mahal.Tapi best la makan kat tepi pantai. Pantai? Alahai.. pantai kat Terengganu tu 100 kali lagi cantik kot.Hehe.
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Gambar dalam google tu kemain lawo. Sekali tengok betul2, pantai nye sekangkang kera je. Cehh over uolss.  But over all, best la jugak kampong Vernazza ni. Tenang je.Nyaman je. Angin sepoi2 bahasa.
 
Yang paling unik tu rumah warna warni pastel di bina tepi lereng bukit menghadap laut. Only in Cinque Terre!LoveLoveLove...
 
 



Ikan bilis goreng




Mussel Risotto
 
 
 

 
 
 
 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
On the way balik tu, sempat lagi beli eskrem gelato. Sedappp laaa..omnommommnomm.  So now lets go to Pisa. Mula2 naik tren dari Cinque Terre ke La Spezia station, pastu tukar tren untuk ke Pisa Centrale.  Dari Pisa Centrale, kena naik bas pulak untuk ke Pisa Leaning Tower.  Pintu masuk Pisa tu penuh dengan orang jual souvenirs, usha2 jap..wah murah la macam kat Rome. Apa lagi, Lepas snap2 gambar sikit dengan menara senget tu, dalam  kepala otak fikir nak beli la baju tshirt italia yang tak sempat nak beli masa kat Rome.hihihi.
 
 
 
 
Besarrr jugak Pisa Leaning Tower Ni
 
Andd Action!
 
 
 
 
 
Cerita Menyentuh Hati
 
On the way from Pisa to Florence.  Masa tunggu bas to Pisa Centrale, ada la 2 -3 orang orang kulit hitam berdiri berdekatan kitorang (almaklum la orang asia, kena target!). Kitorang ni memang leka la sebab syok sangat almaklumlah lepas posing dengan menara senget tu. So ada la sorang pakcik tua (Italian) datang tegur kitorang, suruh berjaga2 sambil tunjuk2 ke arah orang kulit hitam (of course la dia cakap itali kan). So kitorang pon berjaga2 la sambil pegang beg memasing. Kitorang naik bas,pakcik tu pun naik bas jugak. Pakcik tu mungkin umur dalam 60 an kot, Nampak macam dah uzur jugak, tapi dia still bersesak2 naik bas. Masa bas membelok2 dia pon gigih la pegang tiang bas tu untuk imbangkan badan, mengigil2 je tengok tangan dia, Yang paling hiba tu,anak remaja Italian takde sorang pon offer tempat duduk. Huh patut la mat saleh asik cakap orang Malaysia ni nice la, peramah la, now I know.!!. Pastu sebab nak kejar masa kitorang tak turun betul2 kat Pisa Centrale( jalan jammed), So kitorang nak jalan kaki je la ke Pisa Centrale tu. Pastu pakcik tu sempat lagi tegur, dia cakap “no Station”. Tapi kitorang sempat la jugak tunjuk bahasa isyarat “kitorang nak jalan kaki” pakai jari kat pakcik tu. And still pakcik tu masih….. berdiri….hiba,sedih, simpati, menyentuh hati.
 
 
Nuttella sangat famous di Itali
  • Running man

Sesampai nya kat Pisa Centrale untuk balik ke Florence. Jam pada masa itu menunjukkan pukul 625 petang, nak di jadikan cerita train seterusnya akan bertolak jam 632 petang, dan seterusnya pukul 650 petang. So selesai membeli tiket di mesin, jam menunjukkan pukul 630 petang. Tiba2 ketua rombongan cakap “we better catch the 632 pm train, kalau tak kita akan sampai lambat kat Florence”.  Apakah relevan nya kejar train yang akan bertolak lagi 2 minit dari sekarang?..Dah bertolak lambat of course la sampai lambat. Arghh.. tapi nampak nya semua sudah berlari untuk menaiki train yang sedia menunggu, yang mungkin tinggal beberapa saat sahaja lagi untuk bertolak. Aku pun lari2 selaju2 nya walaupun terasa ada sisa2 keletihan yang masih belum hadam sejak hari pertama berada di Rome. Ya betul, masuk sahaja aku ke dalam train tersebut, pintu terus tertutup, malah ada salah seorang peserta rombongan yang tersepit di pintu. Tapi nasib baiklah ada punat hijau yang boleh di tekan dari luar pintu. Dalam train, semua orang kepenatan tiada perkataan hanyalah tawa mengubat keletihan.

So perjalanan dari Pisa to Florence ambil masa sejam, so boleh la rileks2 dalam tren. Malam tu dinner kat Chinese Restoran jual kebab.  Saya makan spagetti sup lembu. Alang2 ada tulisan halal tu, beli la yang bukan seafood. Ada jugak yang order kebab. Sedap la. Boleh tahan. Nyummmnyumm.
 
Sib baik ada kedai kebab
Sedapp pulakkk mee sup ni
Lapo nmpak nye memasing

Eh nak order apa ehh...hmmm


 End of Day 4


 
On the way to Cinque Terre.
 
 

Makan di tepian pantai

1 comment:

  1. Cantiknyaaaaa...!!! Entry yang sangat membantu. Panjang umur Nov nnt saya kesana

    ReplyDelete