nuffnang Ads

Thursday, 27 November 2014

Milan – Abu Dhabi – Malaysia.


Day 9

Milan – Abu Dhabi – Malaysia.

Hari ke -9 dihabiskan di Airport dan udara. Milan airport atas urusan VAT Refund, Abu Dhabi Airport transit.

 

855 pm waktu Itali bertolak ke Abu Dhabi.

605 am waktu Abu Dhabi sampai kat Abu Dhabi

1015 am waktu Abu Dhabi bertolak ke KL.

1030 pm waktu Malaysia sampai KLIA.

 

Notes waktu Itali lewat 7 jam waktu Malaysia. Pening2…

 

Airport Milan Malpensa tak cantik sangat, Airport Abu Dhabi cantik la jugak,KLIA paling cantikkk!

 

Kat Abu dhabi airport sempat ler shopping perfume buat kenangan.hehe.. Suweeeeet memories. Kat sini memang terlalu banyak kedai perfume. But takde teman lak nak shopping masa tu, so next time la ye kita shopping. Kedai jual souvenir juga tak banyak sangat, nasib baik sempat beli masa on the way ke Rome last week. Kedai souvenir cuma terima duit arab and us dollar je, manakala kedai perfume terima jugak duit euro. So better la standby duit us dollar kalo nak cepat, sebab money changer kat airport mahal. Satu lagi perkara tentang Abu Dhabi Airport, ia nya kelihatan di konker oleh pesawat Etihad Airways dan anak2 nye serta pesawat dari Negara eropah sahaja seperti KLM dan Air Berlin. Tak Nampak pulak pesawat MAS. So MAS memang takde transit kat Abu Dhabi .ohohooo. Then, untuk naik pesawat dari gate kena naik bas, bas pulak asing2, bas untuk business class dan economy class, begitu jugak sebalik nya. Jika kat LCCT dulu kita kena jalan kaki pergi kat pesawat tersebut(naik AA la), kalau kat KLIA pulak naik tren, tu pun kalo kapal terbang tu parking jauh la. 

Ok setakat ini sahaja coretan yang mampu ku kongsikan buat anda diluar sana. Semoga anda terhibur dan dapat memberi inspirasi serta idea.

 

 Tidak salah berimpian kerana  Impian itu milik kita.

Arrivederci!

:D

FBLelaSakuragmailnorlela.ahmad85@gmail.com
Bas pick up from plane to the gate

No comments:

Post a Comment