Milan Italy Day 7
Tinggal 2 hari je lagi kat Itali ni, hati dah mula rasa sedih, tapi
dalam masa yang sama rindu jugak kat Malaysia. Rasa tak puas lagi jejalan kat
Venice. Padahal kalau di fikirkan Bandar air ni cuma ada banyak jambatan dan
terusan kecil. But bila dah jejak kaki di sini rasa macam setiap terusan dan
jambatan ada view nye yang tersendiri, oh how I wish to stay 2 more days here.
![]() |
Morning Venice! |
Ok pagi tu memandangkan train ke Milan bertolak pada pukul 1150
pagi. Memasing nampaknye balas dendam bangun lewat, sebab selalu nya pukul 8
pagi memang kena standby untuk bertolak ke destinasi yang telah di
rancang. So hari tu semua bangun pukul
830 pagi. Tak pasti la orang lain, my room mate semua bangun lewat..hehe. Bagi
yang bangun awal, boleh la pergi pasar pagi kat Venice, ada jugak yang
berjalan2 sekitar hotel sahaja, bukan apa, takut sesat je. Jalan kat sini bukan
lurus, belok sana belok sini, jambatan sana, jambatan sini. Dapat tengok water taxi n gondola lalu lalang
pon best jugak.
Venice LoveLoveLove |
So pagi tu cuma jalan2, ambil gambar waktu pagi di Venice. Di Venice takde motor atau kereta, yang ada cuma bot, water taxi, water bus and gondola. So udara kat situ memang fresh. Cuaca pagi itu pun agak sejuk.
Pada pukul 11 pagi tu kitorang dah kena bertolak ke stesen keretapi,
sebab di fahamkan akan ada rombongan orang2 dari US akan sampai ke hotel kami
menginap. Mereka akan drop luggage di lobi dahulu. Di
sebabkan lobi hotel tu kecik bebenonye, bagi mengelakkan pertembungan antara
beg2, pihak hotel menasihatkan kami check out hotel awal sedikit, memandangkan
kami mempunyai train pada pukul 1150 pagi.
![]() |
Hensem jugak |
Yeah naik keretapi laju lagi, lajuuuu sangat sampai pokok kat luar train tu kelihatan senget2. Tataw la kamera sape yang boleh snap gambar objek kat luar. Byee Venice, till we meet again.
Lepas 2 jam setengah naik train, sampai la kami di Milan. Di Bandar
Milan kelihatan beberapa bangunan tinggi, kereta pun besar2. BMW, FIAT,MERZ , MASERATI,
ALFA ROMEO memenuhi jalan berbanding di Rome kebanyakannya membawa kereta coupe
two jenama tempatan. Kami menginap di
Hotel Soperga. Terletak agak jauh dari stesen keretapi. Perjalanan ke Hotel mengambil masa 15 minit
berjalan kaki. Aku perhatikan seperti
tiada apa yang menarik di sini. Cehh berlagak.
Destinasi hari ini, ialah ke Piazza Del Doumo. Sebelah piazza del
doumo tu ada Galleria, di mana terletak nya kedai berjenama, seperti Prada, LV,
Versace dan sebagai nya. Difahamkan hari itu dijangka akan berlaku rusuhan di
kawasan sekitar piazza del doumo. So perkhidmatan Metro akan di berhentikan
pada jam 7 malam. So kesimpulan nya nak balik ke hotel dari Piazza Del Doumo tu kena la jalan kaki. Hah??
Jam menunjukkan pukul 4 petang, kami dinasihatkan kalau tak mahu
berjalan kaki. Better la balik awal ke hotel. Tapi semua orang pun gagah, tak
kisah konon jalan kaki balik nanti.

Jalan2 window shopping kat Milan, rasa macam tak percaya pon ada. Kat sini barang yang di jual agak mahal berbanding di The Mall Florence, but still murah dari Malaysia. Then follow my friend masuk butik Ralph Lauren, mak aiii macam masuk kedai barangan antic, macam masuk galeri seni pon ada. Interior design nye…wahh sangat, siap ada lif diperbuat dari kayu jati (mungkin) taw, bukan besi. Usha2 barangnye takde pulak price tag. Nak tanya, kang takut terpengsan. Dalam butik tu didendangkan dengan alunan lagu2 menenangkan hati, ala macam kat mydin tu, ada buka radio. Surprisingly kedegaran lagu Yuna dimainkan, tajuk tak ingat pulak, yeah its Yuna. Terharu la pulak dengar lagu Yuna kat dalam butik Ralph Lauren Milan Italy tu.
![]() |
bajet2 model |
Dah penat jalan2, kami pun
decide nak balik hotel. Balik hotel guna GPS je. Hehe punya la banyak jalan
short cut kitorang lalu, celah bangunan lama la, taman rekreasi la, scaryyy,
sebab jalan agak lengang. Tapi kat Milan ni tak nampak orang kulit hitam
berlegar2, so kitorang anggap je jalan yang kitorang lalu tu selamat. On the way
nak balik hotel tu singgah dinner jap, kebetulan lalu kat Chinese restoran. Ada member lapaq nasi. Nak jadikan cerita, cehh cerita aje. Kami berjalan berlima, salah seorangnya ialah
Chinese, so dia pon tanya la meja ada kosong lagi tak kat restoran tu sebab
macam dah penuh and ada yang reserved. Dia cakap la dengan reception restoran
tu dalam bahasa cina. Sebab memang clearly muka dia muka orang cina. Pastu
punya la menyombonng cina Italian tu, dia balas balik cakap dalam bahasa
inggeris siap ada slang2 itali kononnn. Huh…pandang kitorang sebelah mata je la
camtu. Huk aloh macam la kitorang heran sangat nak makan kat restoran nii. Tapi
dia bagi jugak kitorang makan kat meja reserved tu, tapi dengan syarat kitorang
kena siap makan pukul 925 malam. So ok la, masa tu baru pukul 8 malam. Ala tak
ingin pon nak makan lama2 kat restoran ko nii. Yang paling menyampah tu, masa
dia hantar makanan kat meja kitorang siap berpaling muka pandang tempat lain.
Macam la hina sangat kitorang ni. Padahal ko masak nasi goreng dengan mihun je
ponnn… alahaiii berlagak sangat ko kenapa. Ntah2 kampung ko kat xinjiang je
kot. Berbulu je rasa.
![]() |
Naik beskal Di Milan? |

Night at Milan City
By the way, Syukur sangat sebab sampai jugak kat hotel dengan selamat setelah 30 minit berjalan kaki. Sebelum naik bilik berehat, sempat lagi makan pizza dan minum kapucino kat kedai sebelah hotel. Duduk kat luar restoran, bajet2 cam orang itali la. Lepak2, gosip2, yela malam terakhir kat Itali beb.
![]() |
Pizza Fruti Di Amare |
Malam tu before tido, kemas2 beg dulu. Esok last day in Milan.
End of day 7
Milan Day 8 bersambung kat 2016..hehe.selamat membaca
ReplyDelete