23.09.17
Paris – Dubai –
Malaysia
Pagi itu, rasa
macam tak sabar nak balik Malaysia, rasa macam dah sebulan di perantauan. Tapi
bila di ingat-ingat, sedih jugak nak tinggalkan Kota Paris dan Barcelona.
Barcelona ternyata lebih tenang jika nak di bandingkan dengan kota Paris. I
think I love Barcelona more. Pagi itu juga aku demam sedikit. Terasa risau
juga, sekiranya demam tak kebah, alamat kena tinggal kat Dubai la jawab nya.
Kami bertolak ke
airport pada jam 10.30 pagi dengan menaiki coach. Huh nasib baik la ada coach. Berakhir
lah azab tarik-tarik luggage di tren stesen.
Perkara paling
syahdu bagi seorang traveller ialah semasa on the way to the airport untuk
pulang. And you know what is reality?
Reality is once tayar kapal terbang menyentuh tanah Malaysia di KLIA or
KLIA2.
Apa pun, saat-saat
manis berada di benua eropah ini akan ku ingat sampai bila-bila, walaupun tak
sempat pun pergi ke mana-mana kedai pastry di Paris. Haha kelakar kan. Apa yang di
sibukkan sangat tak tahu la. Takpe la kan, mungkin lain kali ada chance sampai
Paris lagi, honeymoon ke…(jangan nak berangan!)
Sampai di Paris
Airport, masa tu rasa nak pengsan, maka cepat-cepat makan panadol. Ini panadol
ke 3 since pagi tadi. Hehe. Di Airport, aku jalan-jalan window-window shopping,
sempat la beli macaroon. Beli yang murah-murah je. Yang mahal tu ada dekat RM10
sebiji. Seratus kali fikir nak beli ke tak.
Perjalanan ke
Dubai, tak sempat pon nak layan movie. Akibat telan panadol banyak sangat. Lagi
2 jam nak sampai Dubai, baru la ok sikit. Layan cerita kartun futurama. Wah ada
lagi cerita ni. Nostalgia betul. Sempat layan sampai episode ke 4 je. Dah
sampai Dubai.
Dubai
International Airport
Perkara menarik
kat Dubai International Airport ni, ada di pamerkan hadiah lucky draw berupa
kereta Ferrari berwarna biru. Hah ko ada? Kat Malaysia ni. Dapat lucky draw
Myvi pon bersyukur sangat dah.
Sebab kan demam,
so misi pertama ialah mencari air mineral. Jangan nak gatal-gatal beli air
mineral Evian, lagi mahal daripada di Paris. Beli air mineral kat Vending
machine 2 Dirham je.
So lepas makan
ubat, tengok kedai-kedai mengerlip sana sini, terus je sihat. Hihi duit euro
pon masih berbaki. Boleh la berlagak kaya kejap. Haha. Sempat la beli souvenir
from Dubai. Bak kata pepatah “Berjimat cermat membawa berkat”. Berkat di Dubai.
Maka pulang lah
ke Malaysia dengan riang gembira. Demam pon terus je baik. Tak dapat la nak MC esok
hari nya. Jet lag? Ada sikit, selama seminggu aku asyik bangun lewat untuk
pergi kerja.
KLIA
24.09.17
2.45 p.m
Welcome back
khatulistiwa! Ke temu lagi di destinasi seterusnya. Aurevoir!




















No comments:
Post a Comment