nuffnang Ads

Friday, 3 November 2017

Bercuti ke Barcelona dan Paris Day 5

20.09 17


Village Blanc – Oingt, Lyon

10 Darjah Celsius




Pagi yang gelap kini sudah terang

Pagi ini kami akan ke Village Blanc, antara kampong tercantik di Perancis. Kampung sangat uolss. Kami menyewa kereta ke sana. Keluar dari Bandar Lyon dan memasuki hiway menuju ke kawasan berbukit-bukit, wah cantik sangat. Semasa melalui hiway, ada tol, haha masa tu gelabah la kan, takut termasuk lorong touch n go ke apa, sepatah haram tak paham apa yang membezakan lorong di kiri dan kanan. Kami tak diberitahu yang laluan ini mempunyai tol. So kitorang gamble je la masuk lorong yang paling tengah sekali. Nasib baik ia bukan lorong touch n go or smart tag. Tetapi ada mesin mirip mesin membayar parking di situ. Ahaks, camni pon boleh ke. Bayar tol macam bayar parking gitu. Menggagau la jugak nak bayar tol tu, main tekan-tekan je, nasib stok duit syiling masih banyak, cas tol dikenakan ialah 3.30 euro. Perjalanan yang aku kira jarak diantara KL dengan Seremban. Nasib baik la pemandu yang menunggu di belakang kami tak membunyikan hon macam orang gila. Kalau kat Malaysia tu mau bertumbuk.

On the way balik kampung


Lyon terkenal dengan prosess pembuatan wine secara tradisional. Kami ke Ladang anggur yang terletak di atas bukit. So permandangan disitu amat lah sejuk mata memandang. Macam ala-ala Switzerland gitu. Tapi rasa nya permandangan di situ tak boleh kalahkan permandangan di atas bukit Pamukkale Turki. Hehe..








Walaubagaimanapon ia tetap mempunyai keunikan yang tersendiri. Kedatangan kami di kilang membuat wine di sambut mesra oleh seekor anjing hitam bernama Gipsy. Ia seperti mengalu-alukan kedatangan kami. Sewaktu rakan-rakan lain sibuk menikmati wine testing, aku pula sibuk bermain kejar-kejar dengan gipsy. Ia sangat jinak dan manja, dan sangat sopan, kerana ia tidak sesuka hati menggeselkan badan nya ke badan manusia yang tak di kenali. 

Gipsi si anjing jinak


Selepas itu kami ke village blanc untuk makan tengah hari. Memandu di sebelah kiri masih mengelirukan sampai roda ternaik divider. Haha. Janji tak kena saman sudah la. Sampai je di village Blanc, aku rasa sangat teruja, rasa nak lompat keluar dari kereta je masa tu. Lawa sangat kampong ni. Feels like home.cehh.  Kami makan di sebuah restoran Michelin 3 star, erm masakan traditional perancis. Bagi yang non muslim boleh la rasa escargot, foie gras dan katak goreng tepung. Tapi yang glemer kat sini tentulah ayam dada mereka. Tapi tak dapat rasa pon ayam tu, sebab tak halal. So we ols makan makanan vegetarian dan benda rare. Memang amat rare. Dessert je Nampak normal.



welcome to my kampung






Sedap ni😋😋😋

Nasib baik ada nasi, boleh makan dengan serunding daging.😝😝😝


Sedap ke..haha

Apa benda yang ko makan tu??


Perut pun dah kenyang. Kami pun berjalan-jalan di luar restoran. Amat lah cantik, charming dan feeling-feeling fairytale gitu. Kalau lah dapat jalan-jalan kat kampong ni lebih lama. Namun perjalanan perlu di teruskan iaitu ke kampung Oingt pula. Ia terletak di atas bukit. Fuh yang ni pon cantik. Uols jamu mata la ye. Ambil gambar kat mana-mana pon cantik kat sini. Tapi macam bosan-bosan je sebab macam takde orang sangat.


Village Blanc















Oingt



On the way balik kampung mentua plak. 😁😁😁














Jom la kita balik

Sebelum pulangkan kereta sewa, kami perlu penuhkan tangki petrol terlebih dahulu. Aku sempat membeli sedikit makanan ringan di petrol station. Saje nak usha kedai mesra petrol station kat sana. Takde apa yang aneh pon. Haha. Cuma cashier tu mesra je manyapa kita. Yela, kita kan pakai hijab. Saje nak tengok reaksi mereka.


Tram berehat




Ok dah pulangkan kereta, opss cecomel jek kereta ni. Kereta kecil berwarna merah



Selesai memulangkan kereta sewa. Kami pun berjalan kaki pulang ke hotel. Dekat je dari tempat sewa kereta tu. Kami berehat dahulu di bilik. Pukul 8 malam baru la kami gerak ke restoran yang kami terjumpa semalam untuk dinner. Untuk pengetahuan portion makanan di kebanyakan restoran Istanbul di eropah ini adalah besar. Kiranya untuk orang asia ni, satu menu boleh kongsi makan 2 orang. So uols boleh la jimatkan duit tu. Satu dish berharga antara 7-10 euro. Akibat terlalu penat, kami ter order seorang satu dish. Nak habiskan French fries pon terkulat-kulat. Tapi French fries kat sini ternyata lebih sedap lagi berbanding di Barcelona. Yela kan kat France kan. Of course la French fries nya sedap bangat sih. Kalau rajin, bawa la bekas makanan sendiri. Kalau ada lebih boleh simpan untuk breakfast pagi esok. And lagi satu boleh la bawa serunding daging dan sos cili paket kecil yang kita selalu dapat kalau tapau KFC. Sebab kat Europe takde sos cili, serbuk cili ada la. Ada jugak restoran Istanbul yang offer kitorang “you want spicy?” yeah of course. But u know what, dia kasik tabur serbuk cili banyak-banyak. Ada jugak yang bagi sos cili, tapi rasa nya out la. So sape-sape tekak tu melayu sangat, bawa la apa yang patut ya.

Ntah kenapa, penat giler hari tu, bukan naik train or panjat bukit or tangga. So balik bilik terus pack barang cepat-cepat dan tidur.


Esok nak ke Paris! Oh my god. Macam tak percaya je nak pergi Paris esok. Teruja sangat-sangat. Yela nak tengok Eiffel tower la katakan. Haha. perasaan ini sama seperti masa nak ke Venice suatu ketika dulu. Come Paris amaze me!.Lebih-lebih lagi pernah belajar bahasa perancis masa study dulu, lecturer yang mengajar pula pernah menetap di Paris selama lebih 10 tahun. Semasa mengajar tu, dia selalu bercerita tentang kota Paris. Kotak memoriku giat melayarkan imej aku didalam kelas. Saat aku sedang belajar bahasa perancis… Bonjour…cest beau..cest magnifique…etc merci.. Lalu tertidur..zzzz

No comments:

Post a Comment