19.09.17
Barcelona – Lyon
15 Darjah
Celsius
Seawal jam 5.30
pagi, kami check out. Kami akan ke Lyon hari ni. Oleh kerana metro belum mula
beroperasi, so untuk ke stesen keretapi kami menaiki bas yang disewa khas.
Perjalanan mengambil masa selama 30 minit. Kami breakfast di train station,
terdapat beberapa buah café di situ. Aku tak minat nak beli apa-apa makanan.
Makan beberapa keping biskut bersama air mineral sahaja. Mungkin agak sedih nak
tinggalkan Bercelona.
Keretapi akan bertolak jam 7.30 pagi. 15 minit sebelum train bergerak baru lah gate di buka. Selepas scan luggage, kami menuju ke coach masing-masing. Tidak lama selepas itu train pun mula bergerak. Selamat tinggal Barcelona.
Perjalanan dari
Bercelona ke Lyon Perancis mengambil masa selama 5 jam. Di dalam train terdapat
café, tapi harga makanan dan minuman sangat mahal. So untuk orang yang cepat
lapar tu bawa ler makanan siap-siap eh. Lain la kita ni, perut unta. Ahaks.
 |
Ada muzik boleh cucuk tu. oh yeah nasib baik bawa Headphone sendiri. Earphone percuma boleh ambil kat area cafe. |
Semasa memasuki
border perancis – sepanyol, terdapat pegawai imigresen memeriksa passport kami.
Semakin kami menghampiri destinasi, iaitu Lyon. Permandangan di luar semakin cantik.
Selesai menjamu mata tiba lah kami di stesen Lyon part dieu. Bermula lah episod
tarik-tarik luggage. Hotel kami memang dekat je dengan tren stesen tersebut.
Tapi kalau asyik nak kelam kabut je memang tak jumpa jalan keluar. So
rileks-rileks je. Jangan sampai ada lif pon, tapi uols angkut beg turun
tangga. Nangis laaa.. so di sini tour guide yang bagus dia akan tahu di mana
exit dan membawa kita ke elevator/Lif.
 |
Ok sampai dah Lyon |
 |
Merenung nasib kena tarik luggage lepas ni |
Notre Dame de
fourviere, Lyon Perancis
Selepas check
in, kami ke Notre Dame yang terletak di atas bukit. Sebelum menaiki tangga
untuk ke puncak bukit, kami lunch dulu. Disebabkan tak jumpa kedai halal
Istanbul, maka kami makan di kedai bakeri je. Nak di jadikan
cerita..haha..waiter kat kedai bakeri tu tak reti cakap bahasa inggeris. So
nasib baik la aku ada hafal sikit dialog-dialog macam mana nak order makanan,
serta pernah belajar bahasa perancis masa study dulu. So nak ingat sikit-sikit
tu takde masalah la. Nasib baik la, gadis waiter tu paham apa aku cakap. Al
maklumla cakap perancis slang melayu campur English. Semasa kami menikmati
makanan, gadis waiter tu senyum-senyum pulak kat kita. Ececece. Mesti dia ingat
aku pandai sangat cakap perancis. Ahaks. Normal la tu, kalau kita jumpa ada
orang mat salih pandai cakap melayu, mesti kita rasa kagum kan.
 |
Nampak tak Notre Dame kat puncak bukit tu |
 |
Ko tak payah nak lari sangat |
 |
Ini la kedai bakeri tu,hm tengok dia buh baguette dalam bakul tu, takde orang curi ke? |
Ahah, untuk ke
restoran tersebut kami kena naik tram. Yuhu first time naik tram..ahaha. Tapi
uols kena hati-hati, sebab pick pocket di mana-mana. Ada seorang member tu dah
terkena. Kena copet passport pulak tu, nasib baik la member cepat tersedar.
Sempat la dia minta balik beg kecil berisi passport tersebut. Manakala pencopet
tersebut ialah seorang budak perempuan cantik, berambut panjang colour blonde,
mana kala usianya dalam lingkungan 18 tahun. Eh.. bukan nak buat report polis
ok.
Selepas lunch
kami memulakan perjalanan ke notre dame. Akibat tidak membuat research, maka
kami berjalan kaki ke sana. Fuh penat nya. Ada kira-kira 200 anak tangga kami
daki berserta jalan yang agak condong. Padahal ada je funicular untuk naik ke notre dame de fourviere. Tapi permandangan di atas bukit itu mengubat keletihan
kami. It is the highest point at Lyon.
Permandangan di
Lyon..cantik, dengan Rhone river sebagai icon.
 |
Rhone river, kalau tengok betul-betul awan tu seolah-olah nak jatuh ke bawah |
 |
Ok get ready daki tangga sebanyak beratus-ratus. |
 |
Sampai dah Notre Dame |
Kemudian kami
pulang ke hotel dengan menaiki Metro. Eh ada je metro berdekatan Notre Dame fourviere ni.
Haha.
 |
Ini la funicular tu, antik kan |
Malam tu pulang
ke hotel selepas dinner, baru lah kami perasan yang kawasan hotel tersebut agak
scary. Ada awang hitam dan teenagers lepak-lepak di dataran berhadapan hotel
kami. Siap ada member kena pau rokok lagi. Rasa nya Barcelona is more safer
than Lyon. Tapi kami bersyukur sangat masa tu, sebab ternampak ada sebuah
restoran Istanbul berdekatan hotel. Sebab esok malam kami kena cari makan
sendiri.
 |
Makan dan menang Mercedez, ko ada? |
No comments:
Post a Comment