nuffnang Ads

Friday, 3 November 2017

Bercuti ke Barcelona dan Paris Day 2

17 September 2017

Barcelona

24 darjah celsius


Park Guell – Sagrada Familia – Hard Rock cafe


Destinasi kami pada pagi ini ialah ke Park Guell. Kami menaiki Metro ke sana. Keluar dari Metro station, kami perlu berjalan kaki pula ke Park Guell. And jeng-jeng ada tangga menanti di hadapan. Pagi2 dah kena mendaki. Mak oii..perlu ke lalu jalan ni. Wuwuwuwu. Tapi kalau uols tak nak mendaki, boleh la naik bas ke atas tu. Ramai juga pelancong menaiki teksi ke situ, melambak teksi kat depan pintu masuk Park Guell. Tapi kena stanby la duit dalam 10 euro untuk satu teksi, ok la kan boleh kongsi 4 orang.

Setelah berpenat2 lelah sampai la kami kat Park Guell. Nak masuk kena bayar, jangan lupa beli tiket online kat malaysia.




Bersama gergasi, photobomb paling osem!



Erm kecik je Park Guell tu, takde la besar mana. Seni bina cantik yang pelik dan berwarna warni.  Terdapat terlalu ramai pengunjung pada hari itu, so tak dapat la nak ambil gambar at the famous spot kat situ. Huhuhu.

Notes : wifi free laju ada kat sebelah kedai souvenir.


Comel je rumah tu, ahaks raya jemput datang rumah

Untuk pengetahuan belakang tu kedai souvenir








Separuh hari kami habiskan di Park Guell, tiba lah waktu makan tengah hari. Kami menaiki teksi ke Sagrada Familia, tambang teksi ialah sebanyak 7 euro. Kami decide untuk makan di area Sagrada Familia, sebab di situ terdapat banyak restoran. Termasuk lah restoran Istanbul. Fuhh bes nya ada free wifi la restoran ni. Portion pon banyak. Kalau uols tak makan banyak, boleh la share 2 orang. Satu dish berharga antara 7 hingga 10 euro.


Mampu kah aku menghabiskan nya


Cappucino after heavy lunch




Selepas makan, kami menuju ke Sagrada Familia. Macam biasa, nak masuk kena bayar. Sila beli tiket online siap2 from Malaysia ye. Boleh tahan cantik interior design Sagrada Familia ni. Tapi exterior design dia memang hebat la. Menakjubkan...and a bit scary.


Jalan-jalan after makan lunch


Untuk pengetahuan, Park Guell dan Sagrada Familia di ilhamkan oleh arkitek Antoni Gaudi. Uols boleh google nama Antoni Gaudi. Kubur Antoni Gaudi juga terletak di bahagian bawah bangunan Sagrada Familia.

Tapi tak pergi tengok pon kubur dia. Hihi macam seram jek kat bawah tu. Pintu masuk nak ke kubur tu terletak berdekatan kedai souvenir.

Sagrada Familia yang masih dalam pembinaan




Di dalam Sagrada Familia



Bangunan sebelah kiri tu kedai souvenir

Pukul 4.30 petang kami pon pulang ke hotel dengan menaiki Metro. Penat semalam masih belum hilang lagi. Kami berehat-rehat, sebelum bertolak ke Passeig de Gracia untuk dinner pada malam itu. Kami berjalan kaki sahaja untuk ke restoran, melalui La Rambla, Placa Catalunya dan seterusnya ke Passeig de Gracia. Di Placa Catalunya, kami singgah di Hard Rock Cafe Barcelona. 






Sotong goreng tepung



Paella again, macam biasa


Moh kita balik..udah malam


No comments:

Post a Comment