KLIA – DUBAI – BARCELONA
Day 1
16 September 2017
10.30 p.m – KLIA
Ini bukan kisah travel budget.
Perjalanan bermula dengan menggunakan
perkhidmatan UBER ke KLIA. Dari Shah Alam cuma RM65.00 je. Sesampai nya di KLIA
aku bersama seorang lagi rakan pergi ke kaunter Flexiroam untuk activate sim
kad roaming. Malang nya sim kad kepunyaanku sim kad lama yang di potong saiz
nano. So tak dapat la guna Flexiroam.huhuhu sedih... So untuk uols yang nak
guna Flexiroam, make sure sim kad tu dah nipis. Apa itu Flexiroam? Boleh la
google. https://www.flexiroam.com/
Flexiroam adalah antara yang
termurah dan mudah untuk di gunakan, sesuai untuk mereka yang ingin travel ke
negara-negara Eropah. Jika takde internet jangan risau kerana kebanyakan
restoran dan butik-butik mewah mempunyai kemudahan wifi percuma.
Selain itu untuk menjimatkan
data, sila la download offline map from google map dan juga METRO map. Namun
kebiasaannya pihak hotel ada menyediakan pamplet mengenai tempat menarik untuk
di kunjungi, di dalam pamplet tersebut terdapat METRO map. Jadi anda tak perlu
risau. Cara- cara nak naik METRO dan cara membeli tiket METRO juga anda boleh
study kat youtube je. Sekarang ni semua pon di hujung jari.
Setelah selesai check in luggage
dan melepasi pintu imigresen dan sebagai nya, maka bertambah la semangat
berkobar-kobar kami nak terbang. Al maklum la naik Emirates buat kali pertama.
Haha.
Ok la, Emirates ni seat nya besar
sikit dari Etihad. Entertainment sistem nya nampak baru upgrade. Ada 3 kamera
kat badan pesawat, and kita boleh monitor 3 kamera tersebut. Hihi kiranya tak
duduk tepi tingkap pon boleh tahu keadaan cuaca and tengok permandangan kat
luar sana.
![]() |
Kamera pandang bawah. |
Selepas 6 jam perjalanan,
sampai la kami di Dubai International
Airport untuk transit.Kami transit untuk 3 jam. Yeah jalan-jalan cuci mata,
takde shopping apa-apa pon, sebab tak sabar untuk flight seterusnya. Tapi
sempat la teman member cari perfume
Ajmal. Ohoi takde pon kat sini, kat Abu Dhabi International Airport bukan main
banyak lagi.
![]() |
Dubai International Airport |
![]() |
Tak sabar dah nak sampai Barcelona. Rasa macam tak percaya.. |
Perjalanan udara seterusnya
memakan masa lagi 7 jam. Masa tu mula la semangat2 tengok peta kat tv kecik
depan tu. Layan2 movie, sampai la kami di Barcelona Airport El-Prat pada pukul
2.45 p.m, suhu pula 24c, nyaman2 je. Semua orang pon seronok je sebab untuk ke hotel pihak penganjur ada menyediakan bas.
Masa tu syukur sangat, sebab ikutkan plan kami kena naik tren. Hihihi.
16 September 2017
2.45 p.m - Barcelona
24 darjah celsius
24 darjah celsius
La Rambla – Christopher Columbus
Monument - Port Vell
Selepas check in hotel, kami pun
berjalan kaki beramai-ramai ke La Rambla. Jalan kaki 15 minit, sampai la kami
kat La Rambla. Oleh kerana semasa di dalam flight tadi dah makan heavy
breakfast, so kami decide untuk skip lunch. Ramai betul manusia kat La Rambla.
Kebetulan masa travel tu ada insiden terrorist berlaku di La Rambla lebih
kurang sebulan sebelum itu. Patut la ramai yang mati, jalan kat situ pon kecil
dan padat dengan pelancong. Nasib baik semasa kami pergi tu tiada apa yang
berlaku. Jalan-jalan kat La Rambla, tengok-tengok souvenir and human statue.
Kedai-kedai souvenir di monopoli oleh peniaga dari India. Kalau nak beli,
tunggu malam-malam sikit, nanti dapat la murah sikit and boleh la tawar
menawar.
![]() |
Orang beratur nak makan kepci, kedai kecik sangat kot. |
![]() |
Macam bangunan Sagrada Familia, tapi bukan.. |
![]() |
Di hadapan Hotel |
![]() |
Di belakang adalah monument Christopher Columbus, ahaks tapi member ambil gambar tak habis atas tu |
![]() |
We are at La Rambla |
Singgah sebentar di kedai Souvenir |
Eh-eh boleh pulak letak sebelah-sebelah |
![]() |
Sa,mpai la kita kat Port Vell |
![]() |
Bangunan cantik berdekatan Port Vell |
Lepak-lepak tepi laut |
Malam tu dinner at La Fonda,
sedap la jugak. Macam biasa la Paella menu utama(kita tak minat paella).
![]() |
Squid Ink Paella |
![]() |
Traditional Paella. |
Balik dinner tu lalu kat La
Rambla lagi, meriah jugak malam2. Yela malam minggu kan. Jika ingin berjalan
pada waktu malam disini, ok je. Takde la bahaya or scary, tapi kena la
berhati-hati juga, make sure ada lelaki dalam group uols. Masa naik tren kena
hati-hati, perhatikan sekeliling, pastikan tiada orang/remaja yang mencurigakan
follow uols. Kalau perasan ada yang mengikut, pandai2 la uols lari.
![]() |
Suasana La Rambla di malam hari. |
Ok tak sabar nak jalan-jalan esok hari. End of Day 1.
Taik pon ada jual. |
No comments:
Post a Comment