21.09.17
Lyon – Paris
15 darjah
celsius
Amazing Race
Gare de Lyon
Perrache - Gare de Lyon Part Dieu
Jam 8.30 pagi
kami check out. Episod tarik-tarik luggage berulang kembali. Uhuk2..sebab dah
tahu di mana terletak nya lift, konon-konon dah selamat la daripada petaka
tarik-tarik luggage naik turun tangga. Semasa kami sedang menunggu train di
stesen Gare de Lyon Perrache, kami ternampak beberapa orang technician sedang
memeriksa landasan keretapi. Masa tu dah rasa tak sedap hati. Kami perlu ke
stesen seterusnya untuk menaiki tren yang akan ke Paris. Iaitu di stesen Gare
de Lyon Part Dieu. Tren ke Paris akan bergerak pada jam 10 pagi. Masa tu baru
pukul 9.15, so konon-konon masih ada masa lagi la. Tunggu punya tunggu tren pon
datang pada pukul 9.30 pagi. Tetapi tren itu tak bergerak, ia berhenti di situ
selama 5 minit.
Jarum di dinding terus berdetak..ar..aarr ..kaki ku juga terus
berjalan..eh tak..tak..kenapa tren ni tak jalan-jalan. Pintu tren pon di
biarkan terbuka. Nampak gaya memang landasan ini mempunyai masalah. Huhu,
kelihatan beberapa orang penumpang kelihatan gelisah. Tak senang duduk aku
tengok. Jantung aku pon dup dap dup dap
je. Aku perasan,ada seorang makcik, dia bertanya kepada conductor yang berada
di luar tren. Aku tak pasti la dia cakap apa. Tapi sejurus selepas itu, tren
conductor tersebut memberitahu yang tren ini tidak dapat bergerak buat masa sekarang,
ada masalah teknikal. Kalau nak cepat kena pergi ke platform sebelah dengan
segera(macam tumpang tren la, bleh eh camtu, ya memang boleh). Aku suspek
makcik tadi tu pon tengah kejar tren to Paris. So kami pon berlari-lari bapak
(bukan berlari-lari anak ye) ke platform sebelah sambil menarik luggage, turun
naik escalator. Ada pulak satu escalator tu rosak, petanda apakah ini??.
Dan makcik tadi,
eh dia di hadapan sekali, dah macam ketua larian marathon gaya nya. Conductor
tren tersebut menghantar kami ke tren yang akan menuju ke Part Dieu.
Semasa kami
asyik berlari mengejar train, jam sudah menunjukkan 9.45 pagi. Ada member jatuh
tergolek bersama-sama dengan luggage nya. Cedera ringan, sedikit calar di
lutut. Tapi apa kan daya. Masa tidak menunggu kita.
Selamat la kami masuk ke
dalam perut train yang menuju ke stesen Part Dieu. Eh belum… belum selamat
lagi, kami perlu rush ke platform A sejurus tiba di stesen Part Dieu nanti.
Masa tu aku berdoa banyak-banyak..banyak…banyak sangat ok. Semoga semua
berjalan lancar. Walaupun tahu yang kami hanya mempunyai masa kira-kira 8 minit
sahaja sebelum 10 pagi. Atau lebih tepat 9.52 pagi. Dan miracle happen, tren
yang kami naiki sekarang ini memang berhenti di Platform A and tren yang kami
tumpang sememangnya ialah tren to Paris. Ternyata ia nya tren to Paris! Masa tu
macam tak percaya. Syukur sangat doa di makbulkan.
So sekarang ni ialah masa
untuk tarik luggage untuk ke sekian kali nya menuju ke coach yang tertera di
ticket. Fuh peluh-peluh jantan mula berjejeran walaupon suhu pada ketika itu
ialah 15 darjah Celsius. Saat paling mendebarkan ialah apabila kami sedang
bertungkus lumus mengangkut luggage ke dalam perut tren, dan kelihatan tren
attendan membuat isyarat tangan menunjukkan tren telah bersedia untuk berlepas,
maka pintu tren akan di tutup bila-bila masa sahaja. Itu la dia cerita Train to Paris! Giler
thrill. Ok lepas ni dah boleh masuk rancangan amazing race. Haha.
Baca komik tak habis-habis |
Daripada Lyon to
Paris mengambil masa selama 2 jam sahaja. Kadang-kadang dapat rasa tren tu laju
sangat, sampai telinga rasa berdengung. Tapi lepas speed kejap, ia slow la
balik.
Pstt orang kata,
doa orang tengah travel ni di makbulkan. Kenapa la aku tak doa aku kaya raya
dapat travel satu dunia..hiks..or doa dapat jodoh masa tu😆😆😆.Haha berangan.
Paris
Musee du lourve
– Eiffel tower – Champ Elysees
2 jam perjalanan
sampai la kami di Paris Gare De Lyon. Eh..eh dah sampai Paris ke kita! Jangan
buat-buat tak percaya pulak. Yang kelakar nya tak tahu nak keluar ikut pintu
mana. Banyak betul exit nya. Stesen keretapi ini agak besar. Selain keretapi laju,
ada juga stesen Metro dan RER di bawah tanah. Memang agak mengelirukan kalau di
bandingkan dengan system Metro di Barcelona. Encik google memang banyak
membantu, so kitorang dapat jumpa pintu keluar selepas tawaf satu pusingan.
Haha.
Hotel kami terletak
berhampiran dengan train station. Tidak jauh daripada hotel, terdapat sebuah
kedai kebap. Selesai proses check in, kami tapau je kebap kat kedai yang dekat
tadi. Menu nya ternyata berbeza dengan apa yang terdapat di Barcelona dan Lyon.
Harga masih sama seperti di Lyon iaitu antara 7-10 euro satu hidangan. Portion
nya amat besar,boleh kongsi 2 orang. Ada seorang perempuan berhijab menjadi
tukang masak di situ. Orang berhijab
pertama yang aku Nampak di Paris. Tersenyum-senyum dia melihat aku. Mungkin jarang
dapat jumpa wanita berhijab. Selain itu ada juga kelibat wanita berhijab di
sekitar Universiti of Paris. Mungkin student.
Kemudian kami
menaiki Metro untuk ke Musee Du lourve. Cantik-cantik bangunan di situ. Tak
puas rasanya bergambar. Tetapi berhati-hati dengan awang hitam yang menjual
selfie stick. Elakkan kelihatan
berseorangan. Jika anda rasa dalam bahaya, lari la macam orang gila, pasti anda
tidak di dekati.
Lokasi awang hitam jual selfie stick |
Seterus nya kami menaiki Metro sekali lagi untuk ke Eiffel Tower. Lalala. Tak sangka nak pergi Eiffel Tower. Hati gumbira, teruja. Keluar sahaja dari stesen Trocaredo, kelihatan Eiffel Tower yang tersergam indah. Mercu tanda yang terkenal, dan Berjaya menarik pelancong daripada seluruh dunia untuk datang ke Paris. Kota cinta? Mungkin, lihat sahaja couple-couple yang berbaring-baring di dataran rumput berlatar belakangkan Menara Eiffel. Tetapi suatu keanehan ialah, apabila aku melihat Eiffel Tower di depan mata, ia tidak menyuntik rasa ketakjuban di dalam hati. Tidak seperti aku melihat Colosseum, Great Wall of China mahupun Menara Kembar Petronas. Aku ingat aku sorang je rasa Eiffel is biasa-biasa je, but my friend also felt the same way. But the pictures taken still look gorgeous. It looks beautiful only in pictures? It’s a mystery. Kalau tak percaya mungkin boleh datang ke Paris sendiri. Tapi aku percaya tak semua orang berasa begitu. Walaubagaimanapun, hati ini rasa sangat gembira tika itu, kerana cuaca yang cerah, langit nan biru. Berlari-lari anak membuat video slow motion menggunakan Iphone 7. Berjalan-jalan di tepi sungai Seine, melihat cruise berlayar sambil makan aiskrim perisa strawberi yang berharga 3 euro di temani bayu petang.
Metro Station kat Paris di hias cantik |
Akibat tak teruja, so ambil je la gambar kat mana-mana, tapi memang ramai umat manusia ketika itu. tak syok ambil gambar pon. |
Bersantai ala-ala Parisian |
Jalan-jalan makan aiskrim |
Destinasi
seterusnya ialah ke Champ Elysees. Kami menyeberangi satu jambatan. Kelihatan
deretan Ferrari di atas jalan raya. Wah Nampak bergaya betul, memandu Ferrari
di Kota Paris. Rupa-rupanya memang ada perkhidmatan menyewa kereta Ferrari di
situ. Ia mengenakan bayaran serendah 90 euro selama sejam. Aduhai kereta siapa
la ni.
Kami akan dinner
di sebuah restoran yang terletak di Champ Elysees. So sebelum dinner kami
window-window shopping dahulu. Macam biasa la kan, banyak butik mewah di sini.
Selain itu terdapat juga department store untuk orang macam aku ni la. Hehe.
Ada je kedai yang affordable untuk di kunjungi. Seperti ZARA, NIKE dan SEPHORA.
Di hujung jalan Champ Elysees, terletak nya Arc De triomph. Tetapi kaki rasa
nak tercabut masa tu. So aku menemani member masuk butik Longchamp, nak beli
souvenir untuk Emak kata nya. Besar betul butik nya, seronok tengok-tengok,
tertengok pulak harga nya. Alamak. Haha. Apa yang menyeronokkan ialah free wifi
nya laju sangat. Ada pulak kerusi di hadapan kedai. So aku duduk sahaja di situ
sambil melihat gelagat Parisian, erm boleh la berkongsi gambar yang aku ambil
di Eiffel tower sebentar tadi di laman facebook untuk tatapan rakan-rakan di
Malaysia.
Apa yang mencacatkan permandangan ialah terdapat gelandangan atau
mungkin pelarian Syrian meminta sedekah berhadapan kedai Longchamp.
Semasa
berjalan kaki ke Champ Elysees juga terdapat beberapa peminta sedekah, siap
bawa anak-anak kecil bersama mereka. Aku di sapa oleh seorang budak perempuan
berumur dalam lingkungan 5 tahun di dalam bahasa perancis, aku tidak memahami
apa yang di tuturkan, lalu aku menghulurkan sahaja kebap yang aku tak habis
makan tadi. Merci! Gembira betul budak perempuan itu. Terus dia berlari
mendapatkan ibunya. Tak sangka akan mengalami perasaan hiba seperti ini, di
Kota Paris.
Selesai memborong souvenir kami lepak di kedai makanan lebanis. Ia nya halal. Tapi tiada kopi di jual di situ. So aku beli kopi kat kedai menjual crepe bersebelahan restoran tersebut. Ada juga sebuah restoran halal di hadapan restoran lebanise tersebut. Ia Nampak moden menghidangkan pelbagai jus buah-buahan. Tapi keadaan di situ ternyata amat sunyi, dan kami lah satu-satunya pelanggan disitu. Mungkin hari itu adalah hari berkerja. Harga mestilah mahal, Champ Elysees kan.
Kemudian kami memasuki ke salah satu department store di Champ Elysees. Dari luar ia Nampak ekslusif, pada mulanya kami ter agak-agak untuk masuk ke dalam. Tapi papan tanda di luar menunjukkan terdapat nya kedai souvenir dan sebuah kedai makan lebanise, so kami pon terjah la. Ternyata ia tak mengecewakan. Ada sebuah kedai souvenir, dipercayai milik orang china. Sebab ada pakcik tua berbangsa china menjadi cashier di situ. Finally jumpa jugak fridge magnet berharga 1 euro sebiji. Harga cederahati lain pon agak murah. Kalau kita beli banyak, nanti uncle tu kasi free gift. Yeay. Jangan lupa untuk tawar menawar. Dapat la murah 2 – 3 euro.
Kami sambung berjalan-jalan lagi. Kemudian dinner di restoran istimewa.
Malam itu
sebagai penutup, kami ke stesen Trocaredo sekali lagi untuk melihat lampu kelap
kelip pada Eiffel Tower. Hehe agak scary, tapi keindahan Eiffel Tower pada
waktu malam masih mengujakan sesiapa sahaja. Oh ye, masa kat dalam Metro on the way balik
hotel tu ada buskers menyanyi, mereka bawa mikrofon dan pembesar suara. Sempat
ler campak seposen dua kat dalam tabung amanah raya mereka tu. Sedap gak derang
menyanyi. Hiburan di kala keletihan, berjalan dari pagi sampai ke malam.
No comments:
Post a Comment