18 september 2017
Barcelona
Camp Nou Stadium – Placa
Catalunya - Ingles Cortes – Casa Batlo - Passeig de Gracia - Mercado de
La Boqueria, La Rambla
Hari ni ialah hari free and
easy..oh yeah! Aku dan seorang lagi teman sudah menyiapkan itinerary untuk hari
ini, seminggu sebelum bertolak ke Barcelona.
Print peta siap-siap. Jangan lupa
download peta METRO.
Pengalaman menggunakan METRO kat
Barcelona ni, senang je. Cuma kena hati-hati la dengan pick pocket. Kat youtube
ada tunjuk cara nak naik METRO and beli tiket semua.
Sebelum memulakan perjalanan,
kami breakfast di cafe 365 berdekatan hotel. Ada banyak pilihan muffin dan
roti. Harga pun ok2 la. Cappucino 2.50 euro, muffin 1.20 euro. Kami makan di
tingkat atas, feeling-feeling orang local gitu. Padahal kat malaysia pon tak pernah
breakfast kat stabak..huhuhu. Mahal!
Destinasi pertama ialah ke Camp
Nou stadium. Di luar stadium tu nampak macam biasa je. Kalau nak best, kena la
masuk stadium iaitu Camp Nou Experience – Tour and Museum. Bayaran yang
dikenakan ialah sebanyak 25 euro. Semasa kami tiba di situ, kaunter tiket belum
dibuka lagi, so kami mengambil gambar diluar stadium dahulu. Pukul 9.30 pagi
kaunter di buka, and tak ramai orang masa tu. Seronok sakan la kami. Member
siap ambil gambar banyak-banyak kat kaunter tiket.hihihi. Over excited!
Satu stadium kitorang jelajah,
ingatkan kat sini takde jumpa tangga, rupanya ada jugak. Hadoi hari-hari
exercise la camni. Dalam stadium ni juga, terdapat cafe. Tapi kami tak lepak la
kat situ, selain harga yang mahal, kami pon nak kejar masa. Tour stadium tu
memang takde short cut, kena habiskan semua. Dari padang rumput hingga ke tempat
duduk VIP yang berada di tingkat teratas sekali kami teroka. Fuh penat jugak.
Tour berakhir di kedai menjual baju jersey dan bola. Baju jersey Messi
bernombor 10 la paling glamour dan mahal. Iaitu 99 euro sehelai. Yang lain-lain
mungkin dalam 89 euro sehelai.
Keluar daripada stadium, kami
patah balik ke stesen Metro tadi. Ada banyak kedai souvenir di luar stadium dan
ianya lebih murah daripada kedai souvenir yang terletak di LaRambla. We ols
borong sakan la.
![]() |
Maskot FC Barcelona |
Selepas menghabiskan duit, perut pun
dah lapar. Aku dah survey siap-siap masa kat Malaysia, terdapat sebuah kedai
makanan halal Istanbul berdekatan stesen Metro Les Corts. Uols kalau nak travel
mana-mana jangan lupa study dulu google map. Ia menjimatkan masa dan data
semasa travel nanti.
![]() |
Dua hidangan kongsi makan 3 orang |
Selepas membeli perfume and coklat, kami pun keluar dari bangunan tersebut. Fuh lega. Kami lepak kedai kopi berdekatan Passeig de Gracia. Sebab teringin punya pasal, terbeli la kopi ais segelas berharga 4.95 euro. Uhuk2..sedapppp nya, ia ada bubuh serbuk kulit kayu manis sikit. Di Passeig de Gracia terletak nya butik-butik jenama mewah, antara nya LOEWE, LV, Burberry, Furla, Chanel, Gucci and korang google sendiri la. Casa Batlo dan Casa Mila pon terletak di Passeig de Gracia. Tapi kami tak masuk pon dalam casa Batlo tu. Kena bayar, barisan pon panjang masa tu. So kitorang jalan-jalan je la. Seronok sebenarnya nak jalan-jalan kat Passeig de Gracia. Tapi malang nya kaki rasa nak tercabut dah masa tu, akibat berjalan sakan kat dalam stadium. Then, i realize..Oh yeah energy bar or drinks is a must. Haha.
Lepas tu kitorang lepak-lepak
tepi fountain di Placa de Catalunya, mengejar burung merpati, sembang petang, ambil tenaga sebelum berjalan kaki pulang. Oh
yeah, La Rambla ni dekat je dengan Passeig de Gracia. Hotel kami pula is just
walking distance from La Rambla. So masa kami lepak tepi fountain tu, ada la
beberapa orang peminta sedekah berpakaian compang camping dan kelihatan orang
gelandangan mengorek tong sampah, mengharapkan ada sisa makanan di dalam bekas
makanan.
![]() |
Lepak-lepak kedai kopi |
![]() |
Terpengaruh dengan iklan, terbeli air kopi ais mahal |
Selepas moment-moment yang
mengharukan, kami pun meneruskan perjalanan pulang ke hotel. On the way nak
balik hotel tu, kami singgah di Mercado de La Boqueria yang terletak di La
Rambla. Menarik gak market ni. Boleh la kalau uols nk beli kekacang or
buah-buahan segar. Coklat2 tu tak pasti la halal tak, tapi dapat cuci mata pon
ok dah. Syok!
Akibat keletihan, kami mengambil
keputusan untuk dinner di restoran makanan morocco di La Rambla sahaja. Konon
nak lari daripada makanan Istanbul. Sudah la harga mahal, portion pon sikit je.
Aku tak order apa-apa pon, rembat roti pita member je. Niat di hati nak makan
megi je la malam ni. Memandangkan malam ni pon malam terakhir di Barcelona. So
kena la kurangkan sikit stok makanan.
Sebelum balik, kami jalan-jalan
kat La Rambla. Beli souvenir apa yang patut. Balik bilik, kemas beg, esok nak
ke Lyon. Pukul 5.30 pagi kena check out. Aduhai nak bangun pukul berapa pulak
tu.
No comments:
Post a Comment