Jelajah Turki March 2015
KLIA
11.00 pm, 13 March 2015
Tiba di KLIA seawal jam 1030 pm.
Alamak terawal plak. Hihi excited terlebey-lebey๐๐๐.
Pukul 11.00 malam berkumpul kat counter A. Selepas buat group check
in. Ketua rombongan En Basir namanya, beri taklimat. Kitorang akan menaiki
pesawat Etihad Airways. Ini kali kedua naik Etihad…hehe best nyerr. Taklimat
kejap je. Pembantu En Basir, tataw nama dia apa, beritahu perjalanan kat Turki
nanti akan makan masa berjam2 lamanya
dari satu negeri ke satu negeri. Seperti di Itali, contoh nya perjalanan dari
Florence ke Venice cuma makan masa 2 jam lebih je dengan menaiki keretapi laju.
Tapi di Turki nanti perjalanan dari satu negeri ke negeri yang lain hanya menaiki
bas dan akan memakan masa antara 3 jam hingga 5 jam. Masa tengok itinerary ada
gak perasan, hadoi sehari berjalan beratus-ratus kilometer. Wow tak dapat
bayangkan camna nanti. But surprise sangat bas tu nanti ada wifi..haha baru nak
perasan. Orang lain dah taw dah. Tula sape suh tak baca itinerary betul-betul.
Alamatnya novel dan buku motivasi sebagai bekal perjalanan takkan di baca la
gamok nya.
Selepas sedikit penerangan kitorang pon pergi minum-minum dulu,
sebab boarding pukul 1.30 pagi hehe lama lagi. Perjalanan selama 7 jam dari KL
ke Abu Dhabi, Transit selama 3 jam dan akan meneruskan perjalanan ke Istanbul
yang mengambil selama 5 jam.
Abu Dhabi International Airport.
Di Abu Dhabi sempat solat subuh. Tapi betul-betul dahaga masa tu.
Almaklumla Negara arab..Nak beli air mahal giler plak. Ada sorang akak tu
terbeli air mineral. Sekali bayar ha amik kaw 3usd sebotol kecik tu 500ml. Dah
memang taw dah kat sini sume mahal. So nak tak nak tahan je la kehausan tu.
Minum masa lunch je la nanti.Anggap je la tengah puasa.hihi. Ahah nanti dalam
flight nak sambung tengok citer deremon. “Stand by me”
No comments:
Post a Comment