nuffnang Ads

Friday, 12 June 2015

Jelajah Turki 2015 Day 3

Day 3
Pamukkale – Konya - Cappadocia
16 March 2015
Temperature :  2 darjah Celsius

Morning call seawal 5.30 pagi. Breakfast pukul 7.00 pagi. Subuh pukul 4.47 pagi. Kami menginap satu malam sahaja kat Richmond Hotel ni. So pagi ni turun lobi bawa luggage. Kelihatan driver bas dan porter hotel siap sedia untuk mengangkat beg2 kitorang. Breakfast kat situ sedap. Nyum3. Kat sini pon ada banyak salad,buah and yogurt. Macam nak rasa semua makanan tapi perut kecik.hihihi.

Hari ini juga merupakan perjalanan paling panjang sekali iaitu sejauh 625km dan akan melalui Silk Road. Dalam perjalanan kami akan singgah di Konya untuk lunch and tea time. Sepanjang perjalanan kami dihidangkan dengan permandangan dan lanskap yang indah sekali, manakala Eve, our tour guide sibuk sambung cerita pasal Pamukkale dan seterusnya pasal Cappadocia. Perasaan dalam hati ketika itu sangat tidak sabar dan berkobar-kobar nak sampai Cappadocia. Nak naik belon panas katanya. Cas untuk menaiki belon panas adalah berharga 200 usd dan akan berada di ruang udara Cappadocia selama sejam la lebih kurang. Huhu mahal tak. tapi yela bila lagi nak ada peluang kan.. fikir macam tu je la, nak sedapkan hati.

Sesampai di Konya kami lunch kat restoran purba bernama caravanserai. Restoran persinggahan pedagang-pedagang semasa zaman dahulu yang melalui silk road. Oh ya, semasa melalui Silk Road tadi, jalan kat situ ada 2 lane sahaja, lampu jalan pon takde. Masa makan kat dalam restoran tu, dapat la rasa feel pedagang-pedangang yang keletihan menghilangkan lelah dengan hidangan yang agak “rustic”. Suasana dalam restoran tersebut membuat aku terbayang cerita Hercules zaman dahulu.

restoran purba

roti kat sini keras belaka


sup labu agak nya


main menu, amacam rustic tak?


Puding Coklat..sedap gak..nyum2



After lunch, kami ke muzium Mevlana. Mevlana atau dikenali di Tanah Melayu sebagai Maulana. Mevlana muzium tu dahulunya adalah tempat menuntut ilmu untuk menjadi seorang Maulana. 

Semasa zaman pemerintahan Mustapa Kemal, tempat tu dijadikan muzium. Kami juga sempat solat di situ, terdapat masjid lama yang boleh di gunakan untuk pelawat. Ini adalah masjid pertama di Turki yang kami singgah untuk solat. Tempat mengambil air wuduk bagi wanita agak jauh sedikit. Pintu masuk ke dalam masjid juga tidak diasingkan, bercampur antara lelaki dan perempuan. Kasut pula kena bawa masuk dalam  masjid. Di pintu masuk masjid ada disediakan plastic untuk memasukkan kasut.







aktiviti wajib macam biasa. selfie melfie













Oh yeah tanpa sedar, selesai solat baru la perasan ada alunan muzik sufi rupanya kat muzium ni. Maulana akan berzikir dengan alunan muzik. Mereka juga berzikir sambil menari pusing-pusing. Huhu..


nampak tak bekas kaca 4 segi tu, dalam tu la ada tersimpan janggut Nabi Muhammad

Di dalam museum tersebut juga dipamerkan janggut Nabi Muhammad. Janggut tersebut mengeluarkan bau harum. Ia nya diletakkan di dalam  bekas kaca. Di tepi bekas kaca itu terdapat lubang kecil. Kami semua berebut-rebut untuk menghidu bau wangi tersebut.

Perjalanan seterusnya kami singgah minum-minum di satu lagi Caravanserai, namanya Sultanhani Caravanserai. Caravanserai kali ini lebih besar dan tidak dijadikan restoran. Disitu juga terdapat kedai menjual souvenir. Tapi Eve kata kat situ mahal.  Ok tak jadi beli..



opss.. aksi terlebih gedik





Konya, Sultanhani Caravanserai





Finally sampai jugak Cappadocia. Masa tu hari dah gelap, so tak Nampak lanskapnya yang unik tu. Kami menginap di hotel Ramada Cappadocia untuk 2 malam. Oh, malam ni ketua rombongan akan kutip duit untuk naik belon esok. Pukul 530 pagi esok kena ada di lobi, nanti van belon tu datang jemput. Hoih excited sangat ni. Tido sambil senyum-senyum.



End Of Day 3

No comments:

Post a Comment