Day 5
Cappadocia – Ankara - Bolu
18 March 2015
Temperature : 2 darjah Celsius
Pagi itu langit Cappadocia dihiasi belon udara panas berwarna-
warni, wah sungguh indah dan comel je. Patut la ada orang boleh jatuh cinta
dengan bumi Cappadocia.
Selepas breakfast, kami menaiki bas meneruskan perjalanan ke Ankara
dan seterusnya akan bermalam di Bolu.
Good bye Cappadocia! |
Di Ankara kami akan melawat muzium tamadun awal turki dan ke memorial tomb of Mustapa Kemal Ataturk. Sampai di Ankara waktu itu sudah tengah hari, kami pun lunch dan solat terlebih dahulu.
![]() |
Nasi Ayam Ala Turki |
![]() |
Bergambar di depan restoran |
Ankara adalah ibu negara Turki. Di sini mereka amat menyanjung
Mustapa Kemal. Majoriti bangunan koperat di Ankara menggantung poster gergasi
Mustapa Kemal. Eve juga memberitahu, gambar Mustapa Kemal di gantung hampir di
semua premis perniagaan dan pejabat. Seperti di Malaysia, kita akan menggantung
gambar PM dan YangDipertuan Agong terkini sahaja. Itu pun hanya di premis
kerajaan. Begitu lah obses nya rakyat turki terhadap Mustapa Kemal.
Idola Turki |
Selepas Lunch kami pun bertolak ke Ataturk Musoleum. Dipercayai
mustapa kemal was buried there?yeke? ada yang cakap mayat nya tidak boleh di
tanam lalu disimpan di dalam sebuah gua di Turki. Mungkin gua tersebut berada
di bawah memorial tomb tu la. Hishh tak berani nak cakap lebih la pasal idola
Turki ni. In Wikipedia itself, ada isu yang tidak diterangkan secara jelas. Di
dalam bangunan memorial tomb tu, terdapat sebiji batu berbentuk octagonal,
dipercayai kubur mustapa kemal berada di bawah nya. Hmm terkedu sekejap, nak
baca Alfatihah kah? Ada beberapa orang berkemungkinan rakyat turki membaca2
sesuatu di depan kubur tersebut. Nak baca apa ye? Entah la.
Selepas melawat kubur. Kami melawat ke Muzium Mustapa Kemal pula, ia
nya berada di bangunan yang sama. Di dalam muzium tersebut, ia banyak
mengisahkan tentang kejayaan Mustapa Kemal di dalam beberapa siri peperangan,
kemuncak kegemilangan karier politik dan juga barang-barang peninggalan nya
seperti pakaian dan alat tulis. Di dalam nya juga terdapat patung saiz sebenar
Mustapa Kemal.
Semasa berada di memorial tomb itu juga, kami berkesempatan melihat
sesi pertukaran pengawal keselamatan, yang agak unik. Ianya mirip seperti di
Eropah. Tetapi cara berkawad mereka agak berlainan.

Ada suatu perasaan aneh ketika berjalan-jalan di sekitar Ataturk Musoleum. Walaupun memorial tersebut terletak di atas bukit yang cukup indah, suasana suram dan sedih seperti menyelubungi kawasan itu.
Kemudian kami ke Muzium tamadun awal turki. Iaitu Anadolu Museum
ataupun Museum of Anatolian Civilizations. Nak cerita pasal sejarah ni tak
berapa nak reti sangat. Boleh le baca kat Wikipedia. Eve ada cerita-cerita pasal
muzium tersebut. Tapi lupa dah. But I have my own review:
1)
Kebanyakan patung berbentuk
manusia di situ tidak mempunyai kepala,kelihatan seperti dipenggal, apabila di
tanyakan kepada Eve, dia macam refuse nak jawab soalan tersebut.
Hehe satu je.
Banyak artifak yang di pamerkan di dalam muzium tersebut yang
berusia beribu-ribu tahun. Kat Malaysia Ada?
Kami meneruskan perjalanan ke Bolu. Suhu di Bolu diramalkan serendah
-2 darjah Celsius. Kali ini Eve confirm akan turun salji di Bolu.Weeeeehuuuu.
Tinggal beberapa kilometer sebelum tiba di Bolu. Kelihatan
tompok-tompok salji di atas bukit. Semakin kami menghampiri daerah Bolu, tompokan
salji semakin banyak di tepi jalan raya. Suhu pada ketika itu mencatatkan 0
darjah Celsius. Wah teruja la jugak, sebab kat Cappadocia semalam salji tidak
sebanyak ini.
Sampai di hotel hari telah gelap. Kami menginap di Koru Hotel. Di
kawasan sekitar hotel tiada salji, tapi sejuks sangat. Semua orang berlari
masuk ke dalam hotel. Nasib baik service porter hotel baik hati, menolong kami
mengangkat beg dari bas ke dalam hotel. Then dinner at the hotel. It’s a
buffet, makanan tradisional turki la macam biasa. Di turki mereka amat menyukai
terung panjang. Terung panjang akan di masak dengan pelbagai cara, sama ada
rebus, panggang atau isi nya di keluarkan lalu di jadikan kuah pekat. Rasanya
boleh tahan la. Lagi sedap terung masak kari!haha.
End of day 5.
No comments:
Post a Comment