nuffnang Ads

Friday, 5 June 2015

Jelajah Turki 2015 Day 1

Jelajah Turki 2015
Day 1
Istanbul – Bursa
14 March 2015
Temperature :  10 darjah Celsius

Wah2 dah sampai la..wah..wah ..Alhamdullillah  sampai sudah. Keluar je dari perut kapal terbang, woo sejuk nya kat luar, wah rasa dah lama tak rasa sejuk-sejuk camni. Teringat plak masa first time menjejakkan kaki ke Negara 4 musim iaitu Jepun. Yeah Jepun, negara yang aku dah terjatuh cinta tu.

Kat airport tu kitorang berkenalan dengan tour guide, nama dia Evrim, tapi dia suruh panggil Eve. Eve tu macam ok la. Bahasa inggerisnya pon ok la. Takde la pelat2 turki. Masa kat airport tu sempat la tukar duit Lira. Nanti senang kot2 nak beli makanan ke souvenir ke. Kalo uols datang turki, bawa je duit USD and tukar duit Lira kat Airport Istanbul, jangan tukar duit Lira kat Malaysia. Takut duit yang di tukar kat Malaysia tu tak di terima di Turki.  Selain di airport, anda jugak boleh tukar duit kat Grand Bazar, kat 2 tempat je la yang murah kata nya.



So selepas sesi ramah mesra kat Airport tu, Eve bawa kitorang pergi ke Bas. Hehe dalam bas aku duduk sorang je, tempat duduk sebelah letak beg isi telekung and ada biskut sikit.
So bas akan menuju ke Bursa terlebih dahulu, ok cerr up peta sikit.




Kalo tak nampak, zoom sendiri


So perjalanan akan bermula dari Bursa selepas itu ke Pamukkale kemudian ke Cappadocia,  seterusnya Ankara , singgah di Bolu dan berakhir di Istanbul. Kalau perhatikan kat peta tu kitorang berjalan dalam bulatan, lebih kurang la kan.






Untuk ke Bursa kitorang akan menaiki feri merentasi Selat marmara. Ala macam naik feri kat penang la lebih kurang. Besar jugak la feri tu. Dalam feri tu ada la café kecik, boleh la beli air panas sambil menikmati permandangan laut kat luar. Aku yang teruja ni takdek la nak dok dalam feri manjang, dok kat luar la amik angin laut. Kat atas feri dalam 20 minit je, so after turun dari feri ada lagi baki perjalanan lagi 3 jam. Huhu..masa tu Eve sibuk cerita2 pasal negara dia. Ahah aku pun tak bape ingat dia cerita apa. Tertido2 dalam bas, akibat tak dapat lena dalam flight.

Yeah dah sampai Istanbul






Sampai kat Bursa, kami singgah kat grand mosque, masjid tertua kat Bursa. Kononnya nak singgah solat kat situ. Tapi Eve cakap tak payah pulak, takut lewat sangat sampai Hotel.  Sebab masa tu memang dah nak masuk waktu dinner kat hotel tu. Tapi sempat la masuk jap dalam masjid tersebut. Ada satu keanehan(mungkin aneh bagi aku la sebab first time jejakkan kaki kat Turki ni) iaitu ruang solat kecik je, Jemaah pon ada dalam 3 baris lelaki, manakala jemaah perempuan ada dalam 2 baris je. Ruang solat lelaki berdekatan mimbar, ruang tengah adalah untuk pelawat dan bahagian belakang dekat dinding adalah ruang solat wanita. Ruang solat wanita tiada penghadang pon. So masa masuk dalam masjid tu, diorang tengah solat. Uhuk tiba rasa bersalah pulak jalan kaki kat ruang tengah masjid. Yang pelik nya  (aku je ke yang rasa pelik.) after diorang solat tu takde pon doa-doa ke apa, apatah lagi wirid.. memang tak la. Huih apa dah jadi ni..Memang terasa sangat..rasa apa ye..sedih kot.

Di dalam Grand Mosque







Perkarangan Grand Mosque



Kami di beri masa 15 minit sahaja untuk jalan-jalan sekitar masjid tu. Sempat la snap 2-3 pics. Pastu naik bas semula untuk meneruskan perjalanan ke hotel. Eve cakap lagi 10 minit sampai. Tup2 lepas 30 minit baru sampai..tak leh caya sangat minah ni..
Sesampai kat hotel, terus dinner. Buffet. Makan-makan sambil jet lag. Goyang beb kepala. Ayoyoyo..ia terjadi lagi. Tapi tak seteruk masa kat Itali. Masa dinner tu rasa macam nak tumbang je kepala tu. Kat Malaysia masa tu pukul 2 ke 3 pagi camtu la. Haish dah la jarang tido lambat. Adohai…Lepas dinner, mandi solat-solat..tido..zzzz

Welcome to Bursa



No comments:

Post a Comment