nuffnang Ads

Friday, 12 June 2015

Jelajah Turki 2015 Day 4

Day 4
Cappadocia
17 March 2015
Temperature :  0-2 darjah Celsius

Pada pagi itu morning call seawal jam 430 pagi. Room mate pun semua tak saba2 nampak nya. Dapat call je, semua rebut-rebut nak mandi. Aku sebagai peserta termuda(muda la sangat) kena la beralah sikit. Namun tepat pukul 530 pagi, nak turun lobi, kami dapat call lagi. Belon cancelled!!!..oh my god….alasannya sebab cuaca terlalu sejuk (mungkin kalau cuaca sejuk sangat, belon tak dapat nak kembang kot.. aku berkira-kira..haha tah ye tidak) .

 Oh yeah, now tak tahu nak buat apa. Breakfast lambat lagi..ohh sedihnya. So tengok je la tv, layan ler drama turki ni, tak paham la ia cakap apa. Pelakon perempuannya agak seksi la jugak. Pelakon lelaki, aku tengok semua sepesen je, ada misai, ada jambang. 

Tengah syok2 layan drama, tiba-tiba room mate tertengok tingkap. Haha ..kelihatan seperti ada bintik-bintik putih berterbangan di luar. Masa tu pukul 6 pagi kalau tak silap. Waktu tu sudah terang seperti pukul 8.00 pagi di Malaysia. So macam seriously its snowing? Hehhe tak cek pulak weather forecast. Eve pon cakap dah, memang rare lah kalau salji turun bulan 3 ni. Ok lah wateva, aku dengan roommate dah siap-siap pakai jaket and glove nak main salji..lalala. Nampak nya kitorang bertiga je la yang perasan salji turun. Wah2 terujanya. Makin lama makin lebat salji turun. Hihi tapi tak tahan la lama-lama kat luar, sejuks sangat.

Hoyehhh..snow fall 









Sejam selepas itu bumi Cappadocia di selimuti warna putih. Masa tu memang dah terlupa pasal kesedihan tak dapat naik belon udara panas. Hmm pagi tu yang teruja salji turun of course la warga Malaysia, terdapat juga warga china, tataw la dari belah mana diorang datang. Mat saleh je la yang tak teruja dan kelihatan sedih, mungkin sebab tak dapat naik belon kot.

Breakfast...nyum3

Salji turun selama satu jam sahaja. Huhu puas gak la main salji pagi tu.

Pukul 9.00 pagi baru bertolak ke destinasi pertama di Cappadocia iaitu ke Open Air Museum. Turun sahaja daripada bas kesejukan masih lagi terasa. Kelihatan snowflake kecil berterbangan. Wuwu sejukk nya..tahan je la. Apa ada di Open Air Museum?. Mungkin anda boleh google sendiri. Kalau bahasa senang yang boleh kita Nampak di sini, ialah rumah gua. Bukit-bukit kecil berbentuk chimney di tebuk untuk di jadikan rumah atau tempat berlindung dan di gunakan sebagai rumah kebajikan orang kristian Byzantine. Tapi ianya lebih kelihatan seperti busut anai-anai gergasi.

( At the Open Air Museum takde pulak salji bertompok2 kelihatan, adakah salji hanya turun sekitar hotel? Wow, kalau ikutkan Cappadocia tidak lah sebesar mana)









selfie di bumi Cappadocia





Haa kann macam rumah anai2 gergasi.





Oh yeah.pasal hot air belon tu, katanya esok kitorang akan cuba lagi, sekiranya cuaca mengizinkan, boleh le tengok sunrise atas belon esokkk..wowww romantis nya..ahaha(geli2)

Destinasi seterusnya ialah ke Underground city. Jika di Open Air Museum ia nya lebih kepada rumah gua biasa, lain pula underground city di mana ia nya adalah rumah bawah tanah. Ada banyak keluarga yang tinggal didalam nya pada zaman dahulu. Ok la uols bayangkan je macam rumah semut bawah tanah camna, hah begitulah rupanya. Semasa berada di bawah tanah, suhu terasa tidak begitu sejuk dan tidak begitu panas, cam ngam2 je la. Ruang bawah tanah agak terhad, orang yang mempunyai masalah asma dan lelah tidak di galakkkan masuk ke situ.



Selfie dalam gua la pulak









Di luar underground city juga terdapat kedai-kedai menjual cenderamata. I  nasihatkan kalau ada masa untuk beli, beli la ye. Sebab ia lebih berkualiti daripada yang terdapat di Grand Bazar. Walaupun harga agak mahal sedikit.  Lagi satu, fridge magnet Cappadocia juga berlainan daripada yang terdapat di Grand Bazar.

So sempat la juga membeli sedikit cenderamata di sini. Kemudian kami menaiki bas semula untuk ke Pusat pembuatan tembikar di Cappadocia. Cappadocia terkenal dengan barangan tembikar. Kami di bawa menyaksikan bagaimana tembikar dihasilkan. Cantik jugak hasilnya, ada yang dijadikan mangkuk, mug, frame gambar, latar belakang jam dinding dan juga pasu. Manakala harganya pastinya sangat mahal. Fenngsann. Kalau uols teringin nak beli mangkuk2 kecil, dinasihatkan tunggu je masa shopping kat Grand Bazar nanti. Lagi murah tetapi kualiti agak rendah.





Bersebelahan kedai menghasilkan tembikar pula, terdapat kedai barang kemas. Kebanyakan barangan kemas yang dijual, bertatahkan batu berwarna turkois. Batu tersebut hanya terdapat di turki sahaja. Orang roman pada zaman dahulu menamakan negara turki sebagai negara batu turkois, oleh kerana batu tersebut hanya terdapat di Turki. Batu berwarna turkois itu akan berubah warna seiring dengan usianya. Jika batu tersebut masih muda, ia nya akan lebih kehijauan, manakala jika ianya sudah berusia ia  bertukar menjadi biru gelap. Biru juga adalah warna kebangsaan bagi negara Turki. Harga nya juga pasti mahal, semua transaksi di sini menggunakan USD. Dan kebanyakan harga barang kemas berharga serendah 600USD. Cuci mata je la. Hehe. Nak ambil gambar pun macam acah2 berani je. 







Masa tengah cuci mata tengok keindahan batu tersebut, aku di tegur seorang sales girl dalam bahasa melayu. Wow, hebat, ada jugak orang cakap melayu kat Cappadocia! Dia beritahu kami, dulu dia pernah duduk di Indonesia selama beberapa tahun, untuk belajar mungkin.

Di dalam kedai barangan kemas
curi-curi ambil gambar

perhiasan bertatahkan batu permata biru (it's turkey's identity)


Selepas cuci mata, tiba la masa untuk makan tengah hari, restoran terletak hanya beberapa ratus meter sahaja, Kami berjalan kaki ke sana. Cuaca kelihatan bertambah baik, suhu sudah naik sedikit. Tidak seperti semasa kami mula2 sampai di sini tadi sejuk sangat.
Masuk je dalam restoran tersebut kelihatan seorang gadis genit manis bertudung berbangsa melayu berpakaian chef menyambut kedatangan kami. Salam di beri, kami semua agak terkejut sedikit, (eh budak ni keje kat sini ke?) Ok lah apa2 hal, perut kena isi dulu. Nyum2…makanan tradisional turki. Dessert pon ok la boleh tahan, it’s a lunch buffet, so puas la sikit makan, hahah leh makan banyak2 siap sorok2 tapau lagi. Ish2 tak patut. Ada seorang akak tu sempat tanya budak Malaysia tadi tu, hmm gadis genit tadi tula;

Cik kiah: Adik keje sini ke?
Adik manis: ye kak, keje sini.
Cik Kiah: Oh orang Malaysia, asal mana?
Adik manis: Orang PJ…hehehe.
Cik Kiah: Dulu belaja kat sini ke?
Adik manis: Ye kak, amik engineering kat sini. Pastu macam teringin nak keje kat Cappadocia. Rezeki..dapat pulak. 

Wow.. hebat2. Amik course engineering, tapi keje restoran, lain la amik course tourism ke, ada la jugak kaitan. Itu la namanya rezeki. Tak keje engineer tapi kat sini tiap2 hari leh tengok belon, makan free la kot.:O…


diet konon nya, tak nak makan nasi..(haish malam  nya masuk angin, padan muka kan)

ohooii cedap nya dessert


Semasa lunch, Eve tiba2 buat announcement. Oh yeah! Kawannya dari syarikat belon, called. Dia beritahu, cuaca sedang elok. So molek la kiranya kita naik belon hari ni. Takut esok turun salji lagi kan mana la tahu. Lallalalala..  makanan kat sini bertambah sedap pulak…yayayay hati riang gumbira. Tapi jauh di sudut hati, cuak gak nak naik belon. Selamat ke?


But before that ada lagi satu destinasi untuk di kunjungi, iaitu kilang karpet. Kami di tunjukkan bagaimana handmade carpet di hasilkan. Karpet2 yang dijual di situ amatlah mahal bagi golongan marhaen seperti kami. Apakah orang turki ingat kami ini semua jutawan atau bini2 pak menteri? Okla dapat tengok, pijak karpet mahal pun jadi la.


menenun karpet, satu karpet 3 tahun baru siap oiii







semua orang mendengar penerangan dengan penuh khusyuk sekali, kecuali aku.ehehehe












tengok2 karpet mahal sambil minum teh epal.

Mari-mari beli karpet, abang salesman sume segak2 belaka


Keluar je dari kedai karpet, kelihatan van kappadokya ballon sedang menunggu kami. Wow bertambah excited pulak. Nak naik belon ni, kena la sehelai sepinggang,di nasihatkan tidak membawa hand bag or back pack. Kamera tu gantung kat leher. Bukan apa, supaya mudah untuk kita panjat bakul nanti. Ahaks bakul apa?..


Jom naik belon!

Kemudian, van tersebut membawa kami ke lapangan terbang hot air belon. Wah banyaknya belon di sana  sini. Macam pesta belon putrajaya pulak. Bezanya di sini sejuk dan aku akan menaikinya!. Sebuah belon udara panas boleh membawa seramai 20 orang dan seorang pilot. 20 orang itu pula diasingkan kepada 4 bahagian seperti partition. Ada tali pinggang keledar perlu di pakai. Pilot pula berada di tengah2. Semasa udara panas di gunakan untuk mengembangkan belon, kami pun apa lagi sibuk posing sana sini. Yela first time tengok. Huih macam bahaya gak tengok api besar yang keluar tu. Sesudah belon di kembang kan, kami semua pun masuk dalam bakul. Agak tinggi la bakul tu, kena panjat, ada lubang kecil untuk memasukkan kaki bagi memudahkan orang kecik macam aku masuk ke dalam bakul.



Oiihh jangan main2. keluar api weh















 berada di awan awanan...awan nano nano




selfie...!


mendarat dengan selamat


Aku berdiri di sebelah kokpit, ahah cewah. Kira sebelah pilot la. Di sekeliling pilot terdapat 4 buah tong gas besar dan tali-tali tergantung di sana sini. Pilot akan mengawal aliran udara dan arah menggunakan tali-tali tersebut.


Pergerakan angin dan tempat berlepas memainkan peranan sejauh mana belon itu boleh terokai bumi Cappadocia. Terdapat beberapa buah belon yang melewati kawasan pekan dan ada juga yang hanya melewati kawasan berbukit.

Situasi mendebarkan apabila kami terlihat ada sebiji belon memasuki awan, lalu ia berada di situ hampir 15 minit. Tengok pun dah cemas. Huhu. Tidak kesemua belon akan naik setinggi awan, ya tidak kesemua, tetapi belon kami tidak terkecuali. Ini lah pengalaman pertama berada di dalam awan, ehehe…putih belaka, tak Nampak darat mahupun juga langit. Pilot agak cemas,menarik2 tali sana sini, serta walkie talkie tak lepas dari tangan. Apa yang dia cakap pun, tak paham la. Huhuhu.


Setelah menjelajah ruang udara Cappadocia selama hampir sejam, tiba lah masa untuk mendarat, di atas bukit yang landai. Lompat keluar dari bakul, pilot suruh stay kejap. Kelihatan ada pakcik2 yang menyambut kami landing tadi melipat2 belon. Ada pula yang sibuk menghias bakul, setting meja. Hmm ada apa ni?.  Ada celebration minum2 ke apa ni. Siap ada botol wine ke champagne! Walaupun hati tertanya-tanya, kami semua sibuk posing amik gamba dengan bakul gergasi Kapadokya Ballon. 

Selamat mendarat

Ehhh...????

Mari-mari minum

Muka budak puas hati dapat naik belon





Kemudian, pilot kami bernama Serkan Evirgen (ceh poyo siap taw nama..hahaha) membuka laptop. ( tah la tataw la apa motif dia on laptop kat atas bukit ni). Sejurus itu, pilot datang ke depan meja, membuka botol champagne. Ala macam orang putih buat lepas bagi medal kat acara sukan F1 tu. Bagi kami yang muslim, kami diberi minum air jus rasberi, ada juga kek walnut dan butter. Suasana ketika itu agak meriah la. Sambil cheers2 and ucapan selamat dari pilot dalam bahasa inggeris campur pelat2 turki nya. Kemudian pilot membuka envelope sedehana besar, lalu mengeluarkan beberapa keping kertas tebal, lalu nama kami di panggil seorang demi seorang. Ohoi siap ada sijil. Ok2 dah bayar, kan. Kira berbaloi la ada bukti..ahaks. 





Lastly pilot ajak kami lihat apa yang terpapar di skrin laptop nya. Makk aiii. Ada cctv rupanya belon tu, melalui pemerhatian aku, kamera tersebut di pasang di atas kokpit. So perjalanan udara kami telah Berjaya di rakam, dan di jual kepada kami dengan harga 60 lira per cd. Ok la not bad. Beli satu, kemudian buat cetak rompak.haha jahat betol.
(ops aku berdiri sebelah pilot tadi, so memang dalam video tu aku la jadi watak utama..alahaiii..morale: jangan berdiri sebelah pilot)


Cheeerss..la sangat

Selepas ceremony tadi, van kapadokya belon menghantar kami pulang ke hotel. Rehat sebentar, solat dan terus dinner. So esok tidak perlu bangun awal sangat. Boleh la packing baju dengan tenang, untuk meneruskan perjalanan ke Ankara.


At the Hotel..not bad huh


baiii duit
post wajib dgn bakul


No comments:

Post a Comment