Jelajah Turki 2015
Day 2
Bursa - Pamukkale
15 March 2015
Temperature : 10 darjah
Celsius
Hari ini bangun awal sangat,
Seawal jam 4.30 pagi dah terjaga. Jetlag punya pasal. Pukul 7.00 pagi
breakfast. Banyak giler sayur, cheese, buah zaitun and minyak zaitun. Wow pagi2
makan salad ke derang ni. Nasib baik la
ada roti dengan baked beans. Roti nya pun lembut la, tak macam kat Itali, roti
semua keras. Lenguh betul nak kunyah pagi-pagi.
Destinasi pertama di Bursa sebelum meneruskan perjalanan ke
Pamukkale ialah ke Green Mosque. Scenery
sekitar green mosque lebih mirip eropah masa zaman dulu2. Padahal Bursa terletak di sebelah asia Turki.
Bersebelahan Green Mosque ialah Ottoman House. Dalam Ottoman House ada makam…
err.. alamak lupa. Ops sori la ye, masa Eve beri penerangan, sibuk sangat ambil
gambar. Uols jangan jadi macam I okay! Kalau pergi trip camni, dengar tour
guide bagi info pasal satu2 tempat tu betul-betul.huhu.
![]() |
Rehat sebentar |
Green Mosque |
Selepas tu, kami meneruskan perjalanan ke Pamukkale yang di jangka akan mengambil masa selama 5 jam dan sejauh 435 kilometer. Uols cuba la bayangkan, bapak jauh kaw. Kalau dari KL jalan 400km lebih bukan ke boleh sampai Thailand. Nasib baik la bas selesa dan ada wifi. Tapi yang paling tak membosankan ialah landskap dan permukaan muka bumi yang sangat cantik.Rasa macam kat Switzerland pon ada. Bursa adalah kawasan pertanian di Turki. Wheat farm sangat luas. Seluas mata memandang. Apabila bayu bertiup mengenai daun wheat , ia kelihatan seperti melambai-lambai . Oh indah nya dunia. Bukit- bukau yang landai berwarna hijau menemani perjalanan kami ke Pamukkale.
Separuh perjalanan, kami singgah sebentar untuk lunch, wc dan solat. Di Turki tiada RNR macam kat Malaysia. So penduduk tempatan mengambil inisiatif sendiri mendirikan restoran di tepi Jalan, sambil mempromosikan makanan tradisi mereka. Kat restoran tersebut, where we have lunch, terkenal dengan masakan daging lembu panggang, nyummm sedap je..lapa kan. Eh ada nasi pulak kat pinggan ni ( Nampak sangat la derang taw orang Malaysia lapa nasi) tapi…sejemput je ko bagi. Tapi takpe, daging nya besau. Ada roti and salad. Ok la kenyang.
Lepas makan, solat. Mencabar gak masa ambil wuduk, air sejuk gila,
macam air batu. Lepas solat sambung lagi
perjalanan.
Semasa dalam bas, kebanyakannya terlena siap berdengkur-dengkur
pulak. Haish annooyingg. Dalam pukul 4 petang tu sampai la kat Pamukkale. Masa
sampai kat Cotton Terrace tu rasa macam tak percaya je. Permandangan kat situ
cantikkk sangat. Tapi kolam-kolam kat cotton terrace tu kosong takde air,
mungkin sebab sekarang ni ialah musim late winter. Seingat aku la kan, ada
blogger kata kalsium karbonat kaler putih tu lembut-lembut je kalau di
pijak.Tapi time aku pijak tu, keras je, mungkin sebab cuaca sejuk kot. Tapi air
panas kat tepi bukit tu still keluar la. Wow syok nye rendam kaki dalam air
panas. Untuk pengetahuan korang, nak jalan sekitar cotton terrace tu kena
berkaki ayam. Takleh pakai kasut, tapi ada gak la satu bangsa tu degil, bawa
seliper getah masuk kawasan tu.
Permandangan dari atas bukit tu memag cantik sangat. Taw tak, cantik
macam kat syurga agak nya. Rasa macam tak nak balik je.
Jalan-jalan kat situ dalam 1 jam setengah je. Kat situ ada jual
souvenir. Aiskrim yang leh tarik-tarik pon ada. Tapi tak sempat beli, sebab eve
dah suruh naik bas cepat-cepat. Tapi ada gak akak tu sempat p beli. Hehe dapat
la rasa sikit. Hmmm sedap lagi eskrem gelato kat Itali tu. Nyum2.
Nampak tak aiskrim tarik2 kat belakang tu |
Baiya jual eskrem |
Sampai hotel, dinner. Kami menginap di Richmond Thermal hotel. Sejuk
weh kat sini, restoran tu macam takde heater je.
Maka lengkaplah perjalanan hari ini sejauh 435km. Penatnyaaaa. Eh
esok nak p Cappadocia…lalalala.
End of day 2.
No comments:
Post a Comment