nuffnang Ads

Thursday, 27 November 2014

Venice Italy Day 6


Venice Italy Day 6


Yeah hari ni bangun dengan penuh semangat sebab nak naik keretapi laju, selaju 245km/j ke Venice.  Tapi dalam masa yang sama sedih la jugak nak tinggalkan Florence yang banyak sangat benda menarik yang boleh di beli.  Hehehe..Pagi tu suhu agak rendah, 5 darjah mungkin. So merasa la pakai jaket poyo kat itali hari tu.

 Perjalanan ke Venice mengambil masa 2jam. Apabila train hampir sampai ke Venice, dah boleh nampak air laut kat luar tingkap. Semua pon excited la kan.  Tapi kegembiraan itu agak terjejas sedikit, sebab untuk ke Hotel kitorang terpaksa tarik and angkat beg melalui 2 jambatan. Yelaa Venice ada beratus2 jambatan..ahah. Jambatan pertama tu pulak adalah antara jambatan termoden kat Venice, so agak panjang dan tinggi. So masa tu la datang 2 orang lelaki Bangladesh(porter), bawa troli yang boleh memuatkan 10 beg luggage la lebih kurang.  Mereka offer untuk bawa beg kitorang ke Hotel dengan bayaran 5 euro/beg.  So aku tanpa berfikir panjang terima je la tawaran mereka, termasuk la beberapa orang lagi yang tidak berapa gagah untuk mengangkut beg ke Hotel.  So senang la nak ke hotel tu, sebab tak payah tengok peta dah, ikut je porter service tu.



















View from tingkap hotel



So destinasi hari ni di Venice ialah ke San Marco. Berjalan kaki ke sana, melalui celah bangunan, melalui lorong2 kecil dan jambatan. Jalan-jalan cuci mata la.  Sepanjang perjalanan kelihatan banyak kedai cenderhati. Terlalu banyak rasanya. Paling famous sekali ialah cenderhati yang diperbuat daripada Murano Glass.  Sepengetahuan aku, murano glass yang aku pernah nampak cuma ada kat Pandora,(kat Malaysia). So aku kira mungkin Pandora borong murano glass kat Venice. Berlambakkkk kot kat sini. Kat Venice pon ada gak gelang style Pandora tu. Tapi jenama lain la. Tak ingat pulak jenamanya.  Sebiji charm yang aku kira macam lebih lawo dari Pandora dijual sekitar harga 6 euro hingga 12 euro sahaja. Itu bukan yang ada jenama la. Kalau ada brand tu mahal la sikit. Yang takde brand pon lawa, apatah lagi yang ada jenama..pengsan! Lagi satu yang berlambak kat sini ialah, mask. Sesuai di jadikan cendermata dan hiasan dinding.












Soooo cuteee











































posing with pinocio
murano insects

Harini special sangat rasa nya, sebab lunch kat restoran tepi terusan Venice. Makan seafood and sikit spageti. Harga makanan kat sini mahal!. So makan la sikit je. Dalam kepala otak terfikir2 on the way balik nanti nak singgah beli pizza or kebab kat kedai Pakistan.  Hehehe.








Setelah menjelajahi 3 buah negeri kat Itali ni, takde langsung masalah untuk mendapatkan makanan halal, kat setiap negeri mesti terjumpa 2-3 buah restoran kebab.




So lepas lunch tu sambung lagi perjalanan ke San Marco. Hui macam jauh beno San Marco tu ye.  Mana tak nye. Semua orang asik bergamba sana sini, shopping sana sini. Dari tengah hari sampai la ke lewat petang baru sampai San Marco. Tapi terlalu ramai la orang kat dataran San Marco tu, So tak dapat la nak amik gamba nice2. So amik je la gamba sunset kat terusan Venice.  Cantik, satu permandangan yang unik, masa ni la rasa macam feeling2 romantic gitu. Nak naik gondola tak mampu, (80 euro satu kepala..hmmm)






















Lepas puas bergambar, tibalah masa untuk balik ke hotel. Sebab macam dah malas nak jalan kaki balik and takut sesat plus penat, kitorang decide untuk naik bas. Water bus ok. 7 euro je tambangnya..hmm ok la, new experience. Kalau naik teksi (water taxi) fare 24 euro per head. Naik gondola pon boleh. Ceh. Cuma kalau naik water bus tu, kena jalan kaki sikit la untuk balik ke hotel from bus stop.

Lepas bayar tiket untuk naik water bus, aku pun scan la tiket kat mesin di pintu masuk. Lepas dah scan , penghadang di depan ku pun terbuka, Lalu aku pun masuk ke sebuah kotak berwarna kuning terapung, (lebih kurang macam kotak la) see picture below.  Ku tinjau2 mengapa ada sedikit sahaja tempat duduk, aku pun duduk je la akibat kepenatan, sambil menikmati permandangan sunset yang indah di luar sana.  Semakin lama, semakin ramai pula orang masuk dalam kotak ni. Mereka itu terdiri daripada orang tempatan dan juga beberapa pelancong dari Korea. Mereka seperti membuat barisan di depan ku. Eh mengapa? Selepas itu aku ternampak seperti Feri kecil menuju ke sini, ke kotak ini lah,pada ketika itu aku baru tersedar, kotak ini hanyalah bus stop!.. Arghh kenapa la blur sangat ni. Tula orang tua2 dah cakap magrib2 jangan duduk luar rumah.  



Kotak warna kuning itu rupanya bus stop!
In the water bus.

Tu diaaa water bus cik kiah oiii
Sampai hotel, rileks2, and bersiap untuk dinner.  Malam tu sejukkk sangat. Mungkin suhu 5 darjah seperti di Florence pagi tadi.  Malam tu makan banyak2 la, sebab lunch tadi makan sikit je.

Black ink spagetti

























Jauh juga jarak antara hotel dan restoran tersebut (Ristorante Casa Bonita Venezia). Tapi ok la, secara tidak langsung dapat la jalan malam2 kat Venice ni. Tidak sesak, dan kelihatan kedai menjual cenderhati lebih menyerlah dan meriah.  Malam tu after dinner, before tido kemas2 beg, esok pagi nak ke Milan!


End of day 6.




Breakfast ala Venizia
 











Bridge of Sigh. Konon nye kalau naik gondola pehtu kiss2 masa lalu bawah jambatan tu, maka cinta pasangan tersebut akan kekal abadi...mitos?
 
 
Loveee. Sunset in Venice
Kalo ada boifren cakap camni: "ayangggggggg.. nak yang tu.." dushh 


 
 

Jam matahari
 

 
In front of Hotel

5 comments:

  1. Gondola tu €80 per head ke per gondola ye?

    ReplyDelete
  2. rasa per head....ada jugak terjumpa gondola kat celah bangunan dia cas 40 euro. Hehe tp better tanya kat stesen gondola la. lagi terjamin.

    ReplyDelete
  3. Owh ok.. thanks for the reply ye..

    ReplyDelete
  4. Salam, ingat tak nama hotel venice? dekat dgn Piazzale Roma / mestre? tq -Yat :)

    ReplyDelete