Day 6
Bolu - Istanbul
19 March 2015
Temperature : 0 - 4 darjah Celsius
Pagi itu seperti yang telah di bayangkan, kawasan luar hotel
dilitupi salji memutih. Wah tak saba pulak nak keluar main salji. Tapi kena la
breakfast dulu. So after breakfast, masih ada masa lagi sejam sebelum bertolak
ke Istanbul. So kami semua tidak melepaskan peluang untuk mengambil gambar dan merasai
sendiri berjalan di atas salji. Hihi.
On the way to Istanbul |
Bagi yang pertama kali, mestilah teruja
kan, kalau yang pernah study oversea tu takde la nak heran sangat. Hehe.
Aku..aku memang tak tahan la nak lama-lama kat luar time salji2 ni. Tahan
setengah jam je pusing-pusing sekitar hotel. Pastu masuk balik hotel..sejuk gila
kot. Memang kena pakai coat and glove for winter untuk bertahan lama di luar
sana. Aku punya winter coat just beli kat downtown je, sib baik la pakai long
john mahal, so takde la menggigil sangat.
Tibalah masa nya untuk ke Istanbul! Oh yeah. “Istanbul aku datang”.
Ingat lagi masa tengok cerita Istanbul Aku Datang, tengok kat tv je masa hari
raya ke 2. Ceh. Macam best je kan Istanbul ni. Dalam hati masa tu ada la
terdetik “kalau la dapat p Istanbul kan best”.
Rumah-rumah di atas bukit.. wahh mesti owsem view dari rumah tu |
Pelabuhan di Istanbul |
Owsemm view |
Sampai dah Istanbul |
On the way to Istanbul, view nya cantik sangat. Istanbul terletak
berdekatan laut marmara. Sesampai di Istanbul hari sudah pun tengah hari.Kami
pun semua ke sebuah restoran. Lepas makan, solat di sebuah masjid Ayyub Al
Ansari. Di situ terletak makam ulama terkenal turki. Hmm ingat kepada saudara
Ammar? Dia juga telah di kebumikan di sini. Semasa solat di sini rasa syahdu
je. Satu lagi keanehan ialah terdapat terlalu banyak kucing. Kucingnya pula
gemuk-gemuk belaka. Jinak pula tu. Mereka di dapati bermain di celah celah
kubur. Ada juga yang hanya duduk di tepi kubur seperti meratapi pemergian
tuannya.
Pintu masuk masjid |
Now, tibalah masa yang di tunggu-tunggu selama ini, iaitu ke Spice
Bazaar. Masa yang di beri hanya sejam sahaja. Masa kat kedai jual karpet,
tembikar and barang kemas tu, boleh
pulak si Eve ni bagi masa ber jam-jam. Kat Spice Bazaar ni sejam je.Huh.
Di Spice Bazaar paling banyak di jual, semestinya Lokum dan Baklava.
Ada juga di jual lampu hiasan. Semasa melalui kedai-kedai menjual manisan, ada
jugak mereka bagi kami rasa sedikit manisan dan kekacang yang mereka jual.
Sedap betul baklava fresh kat situ. Nyum2.
Selain manisan dan kekacang terdapat juga kedai menjual pakaian dan
cenderhati. Eve memberi pesanan agar kami membeli manisan di sini, kerana ianya
tidak banyak di jual di Grand Bazaar. Ada sebuah kedai kecil menjual
cenderhati, aku pun beli je la.hehe. Kalau nak beli baklava atau Lokum
dinasihatkan untuk membeli di kedai yang di pilih oleh tour guide. Ini kerana,
kebanyakan manisan di situ telah di campur dengan minyak babi semasa
penghasilan nya. Tak tahu la boleh percaya atau tidak. Adakah Eve berkata
begitu untuk mendapat komisen?
Di luar Bazar |
Lepas shopping dalam masa singkat, Seterusnya kami ke jeti untuk
Bhosporus Cruise!Oh yeah jangan lupa beli teh turki kat spice bazaar,
especially teh perisa epal. Sedap taw!
Untuk melihat keindahan Istanbul, naik lah Bosphorus Cruise. Ya anda
pasti tak menyesal. Ketika itu suhu mencatatkan 4 darjah Celsius. Naik cruise
pulak, wah sejuk mencengkam tulang la, sampai kebas jari jemari, tak rasa apa.
Permandangan dari atas bot ternyata lebih indah. Wah besnya. Teringat pulak
masa naik water bus di Venice. Hmm lebih kurang la. Cuma bangunan di venice
kecil-kecil.
Bajet2 model |
Romantika sangat |
Ok tak tahan sejuk sangat, selepas ambil 100 keping gambar(haha just
joke). Kami turun ke tingkat bawah ke bahagian bertutup. Di situ kalau nak
mengada2 boleh la order air kopi ke kapucino. Mahal la harganya kan. Minum air
panas sambil menikmati permandangan petang Bandar Istanbul. Romantik sangat.
Banyak-banyak bot, bot toyol yang aku naik...ish2, eh Turyol..typo!..ahaks |
View masjid biru dari belakang. |
View masjid biru dari hadapan |
Selepas itu, kami menaiki bas semula ke masjid biru, Landmark
Istanbul yang paling terkenal. Kami Cuma berada di luar sahaja, sementara menunggu waktu dinner. Esok baru kami akan
bersolat di dalam masjid biru. Berhadapan masjid biru pula terletak nya
Ayasofya, juga terkenal sebagai destinasi wajib untuk dikunjungi. Lepas posing
sana sini. Kami pun berjalan kaki ke restoran. Malam ini kami tidak dinner di
hotel, mahal kata nya buffet dinner kat hotel Istanbul.huhu.
Berlatar belakang kan Aya Sofya |
Its Selfie time |
Boleh Tahan, majalah derang |
Semasa dinner, semua Nampak keletihan. Perasaan rindu pada masakan
Malaysia kian terasa. Cewah. Lepas dinner terus gerak ke hotel. Kami menginap
di Holiday Inn Istanbul. Agak jauh dari pusat Bandar. Jika jalan raya tidak
sesak, perjalanan dari restoran ke Hotel Cuma mengambil masa 20 minit. Tetapi
pada malam itu, ia mengambil masa selama hampir 2 jam. Fuh ada tram ada metro,
jalan still jammed?
End of day 6.