nuffnang Ads

Thursday, 25 April 2013

KURUS TANPA SENAM

Assalamualaikum every body..(anda-anda yang mahu kurus tapi malas senam).  Makan apa hari ni?  Ada yang makan banyak ada yang makan sikit kan.

Hari ni saya akan beritahu anda rahsia bagaimana menurunkan berat badan/maintain tanpa senaman or supplement, malah menjimatkan duit!.  Tetapi sebelum memulakan diet ini, diingatkan bahawa setiap usaha memerlukan pengorbanan.  Pengorbanan daripada menikmati makanan yang sedap-sedap bangat setiap hari.

Untuk pengetahuan anda, dalam diet sihat seharian, pengambilan makanan terdiri daripada tiga fasa :

1. Detoxification phase - 6 a.m - 12 p.m

2. Digestion phase - 12 p.m - 8 p.m

3. Absorption phase - 8 p.m - 4 a.m


Detoxification phase - 6 a.m - 12 p.m

Detoxification phase ialah waktu sarapan,  Sarapan perlu di ambil dalam masa 1 setengah jam selepas sahaja bangun dari tidur.  Contohnya anda bangun pukul 6 pagi untuk solat subuh, lepas solat subuh jangan tidur semula, tapi terus sahaja sarapan, kira-kira jam 6.30 pagi.






Justifikasinya, mengapa perlu sarapan antara 1 setengah jam selepas bangun tidur ialah untuk menstabilkan gula dalam darah dan mengelakkan "sugar cravings".  Jika sarapan diambil 2 jam selepas bangun tidur, contohnya sarapan pada jam 10 pagi(kalau bangun pukul 6 pagi la kan) kadar metabolisme akan jatuh 5%.  Which is NOT good.


Menu sarapan pagi pula:

a. Yogurt, buah kiwi, buah epal merah, air jus/kosong, atau
b. 2 keping roti wholemeal, minuman bercoklat (roti boleh digantikan dengan 4 keping biskut hi-fibre jacobs)

So amacam, relakah anda bersarapan tanpa nasi lemak sambal kerang, karipap dan segala macam kuih muih.?

Dalam diet tanpa senaman ini, makanan bergoreng, bersantan dan fast food TIDAK digalakkan sama sekali.



Digestion phase - 12 p.m - 8 p.m

Digestion phase ialah dimana waktu kita mengambil lunch and dinner.  Let say uolss dah ambil sarapan pada pukul 6.30 pagi(kalau bangun subuh pukul 6) but lunch hour pukul 1, within 6.30 a.m until 1 p.m uols kena ambil at least one time snacks. Snacks yang dimaksudkan bukan lah twisties, pringles, coklat cadbury dan etc.

Menu snacks:

a. 1 biji epal merah, atau
b. 2 keping biskut jacobs hi-fibre/biskut tanpa krim ditengah, atau
c. Minuman bercoklat, atau
d. Yogurt (tidak digalakkan untuk orang gemuk air)

Snacks perlu diambil 3 jam selepas sarapan. So kira sendiri la eh.  Amacam, jimat kan, dah tak perlu beli coklat2 or jajan2, beli buah2 je. So lepas ni beli je biskut jacobs satu tin, letak kat opis, lepas makan 2 keping biskut kalau lapar just minum air kosong, kerana meminum air kosong yang cukup akan membuang lebihan air dalam badan.  Sila refer blog kevin zahri.http://kevinzahri.com/blog/


Waktu lunch ialah antara pukul 12 tengah hari hingga 2 petang.  

Menu Lunch:

a. 1/2 magkuk nasi (segenggam nasi)
b. satu mangkuk sayur sayuran (at least 3 colour)
c. tauhu/telur
d. Ayam/Ikan








Apa yang perlu di highlight ialah make sure nasi segenggam sahaja, lauk takpe banyak - banyak pun boleh.  Dan ayam tersebut bukan ayam goreng KFC.  Amatlah digalakkan kalau anda masak dengan menggunakan cara stim, rebus, or bako je.  I mean bakar dalam oven.  Pengambilan nasi segenggam akan memberi impak yang cukup besar kepada anda yang sudah biasa makan nasi 2 -3 pinggan siap tambah.









Snacks perlu diambil 3 jam selepas lunch.  Menu still sama seperti di atas.


Dinner time!. The best time to be taken within 5.30 p.m until 6.30 p.m.  Pada waktu ini sistem penghadaman kita masih bagus dan aktif. Jadi plan lah dinner nak makan apa. (jangan balik keje singgah mcd drive thru).
Menu dinner still sama macam lunch, cuma if uolss nk lebih cepat kurus, jangan makan nasi, makan lauk je.hehe. Masakan apa yang sesuai terpulang la. but no deep fry cooking.

Selepas pukul 7 p.m., TIDAK digalakkan mengambil karbohidrat seperti nasi, tepung..etc(google sendiri)



Absorption phase - 8 p.m - 4 a.m.

Peraturan fasa ini ialah selepas pukul 8 p.m tidak boleh mengambil solid food seperti snek, biskut..etc. hanya boleh MINUM sahaja.(minuman bercoklat, barli, delima, ribena, air kosong)

And after 10 p.m no more drinking or eating, kira macam dah start puasa la(baik tido je).  Even petua kecantikan menyarankan supaya cukup kan tido and rehat.  Relevan nya mengapa tidak boleh minum selepas pukul 10 p.m ialah badan kita pada ketika itu tidak boleh lagi menerima apa-apa atau proses penghadaman tidak berlaku lagi, akibatnya badan akan menyimpan lebihan air ketika tidur, maka perut akan buncit, boroi, takde cutting and tak cun la. Selain itu uolls akan ada eye bag(beg dibawah mata) dan mata kelihatan kembung di sebelah pagi.







Saya tak sure sama anda boleh tahan or tidak dengan diet ni.  Tapi frankly honestly, saya pernah cuba.  Dalam masa sebulan berat saya turun 3 kg, itu pun takde la strict sangat ikut diet.  Selalu je makan karipap la, nasi lemak ke.  Tapi bukan setiap hari la.  Yang penting nasi segenggam in every meal, lunch or dinner.   Itu je saya mampu amalkan sampai sekarang.hehe.  But if uolls nk ikut betul2 pun ok.  Tapi dalam seminggu uolss kena ada hari TANPA DIET. Iaitu uolls makan la apa nak makan on that day.  Let say on Saturday or Sunday(biasa nye ada kenduri time weekend ..toksah diet sgt la sgt)


Bila lagi nak diet? Fast Action Fast Result!


Cadangan saya untuk lebih umphh lagi, uolss bleh la sapu krim kurus, seperti Felinna Inch Loss or Losyen sejuta Rahsia Anugerah.  Memang TERBAIK.  Waist trimmer pulak untuk mengcuttingkan body.huhu. 

































Saturday, 20 April 2013

Skin Care LelaMerveilleux Style

Assalamualaikum

Hari ni nak cerita pasal kisah silam yang agak tak best.
Aku dulu2 ada banyak giler jerawat kat muka. Sampai kawan aku cakap jangan sebut perkataan "jerawat" if jerawat naik kat muka. So, dia buat teori tersendiri, kalau ada jerawat tumbuh kat muka, jangan cakap "adoii ada jerawat la pulak!", tapi sebalik nya, berkata la begini "adoii ada sakit bontot la pulak!" adakah sakit bontot itu kurang bahaya? itu aku tidak pasti, yang pasti bontot kat bawah, muka kat atas.

So memikir kan masalah tersebut aku telah mencuba banyakkkk jenama. Finally tercuba produk Bio Essence.


Produk tersebut ternyata berkesan terhadap kulit aku, kulit menampakkan perubahan, jerawat pon dah kurang tumbuh. Namun..namun..namum begitu jerawat still tumbuh lagi..eh kenapa ye? Mahal2 aku beli Bio ess tapi jerawat still tumbuh.


Ada la sedara, cousin2 cakap jangan makan seafood..so aku pon stop makan seafood, but jerawat still tumbuh lagi.


Aku kecewa sangat..wuwuwuwuwu



Pastu aku pon buat teori sendiri, aku cuba stop makan ayam, time lunch hour kat opis, pon aku bawa bekal masak sendiri.  


Imbas kembali 

Menara Exxon Mobil tingkat 20
December 2007

Sebab aku baru teringat masa aku praktikal kat KL dulu, aku suka sangat makan ayam goreng berempah dan yong tau foo.  Almost everyday i had chicken for lunch. Masa tu memang kulit cam hawaw je, di tambah2 udara kat KL tu tak berapa bersih. Sampai kan satu hari tu aku jumpa doctor minta ubat kurangkan jerawat. Doktor tu bagi ceramah "jangan makan kat luar selalu, derang masak tak bersih" tapi.... masa tu aku terlalu mentah untuk fahami apa maksud doktor itu. 



Aku tak peduli nasihat doktor, yang penting doktor dah bagi aku pil antibiotik, yang ternyata berkesan mengurangkan masalah jerawat.



Tapi sejak kebelakangan itu, banyak pula artikel keluar di akhbar2 tempatan malahan luar negara tentang bahayanya pengambilan dan kebergantungan terhadap antibiotik.

Lalu aku pon stop mengambil antibiotik. Jerawat datang lagi pada usia lewat 20an.

Tetapi sejak aku berhenti consume ayam, jerawat dah stop tumbuh...wahhh
ada jugak terbaca dalam blog dia tulis camni:

" Mereka yang kerap memakan daging ayam kini perlu lebih berhati2, berikutan kadar hormon gemok yang tinggi pada haiwan itu.... Kekerapan memakan ayam khususnya daripada jenis 'ayam daging' akan membawa kepada ketidakseimbangan hormon dalam tubuh"

source http://r3xsixth.blogspot.my/

Makanya aku pun berazam mengurangkan pengambilan ayam. Memang ternyata jerawat dah kurang tumbuh,Yeahhh!!

Dengan bantuan produk Bio-essence, kulit menampakkan perubahan positif!




Daily Skin Care Routine

1. Bio essence Deep Exfoliating Gel Royal Jelly with ATP

Sangat bagus untuk buang sel kulit mati dan kotoran.  Balik keje je. Sebelum cuci muka guna cleanser, gosok muka guna ni..rasa bes je..




2. Bio essence Hydra Tri-Action Aqua Foamy Cleanser.


Untuk Cleanser, saya gunakan set Hydra Tri-Action kerana lebih ekonomi..hehe
Tidak di nafikan set Royal Jelly with ATP lebih bagus, but ia nya agak mahal. Kalau nak downgrade boleh la guna set Hydra Tri-Action ni.





3.Bio essence Hydra Tri-Action Aqua Refreshing Toner

Toner pun guna set Hydra Tri-Action




4.Bio essence Hydra Tri-Action Aqua Moisturising Gel


Yang ni paling bes. sbb ia balancekan kekeringan and keminyakan  kulit muka kita.  I means kalau kulit terlalu berminyak tak la muka kita terlalu berminyak...and it works with my complex skin!



5.Bio essence Hydra Tri-Action Aqua Droplet Sleeping Beauty Mask

Untuk malam pula sebelum tido, cuci muka then sapu sleeping mask, Bangun pagi tu memang kulit rasa so supple..wow! tak caya? kesah pulak aku. Takpe la.. tak caya sudah.




Tips membeli belah produk Bio essence:

Hah tengok gamba kat atas tu harga asal kalo tengok betul2 ialah RM 73.00 la kan lebih kurang, masa offer ia akan menjadi serendah RM44.34, sometime penah jugak perasan ia offer RM59.00. So untuk Sleeping Mask ni harga memang agak mahal, jadi beli lah masa Watson tengah buat offer. Jadilah member watson, ada dapat point apa for every purchase, Zaman-zaman inflasi campur GST ni kena la berjimat cermat sikit. Beli masa tengah ada offer barulah pengguna bijak! namanya.


Apabila jerawat dah tak singgah kat muka after like 2 years...haha. Tiba-tiba macam rasa nak kulit flawless macam princess. (Itulah nama nya manusia, tak pernah puas)


Skin Food

For Skin Food pula, dua produk kat bawah ini menjadi pilihan hati. 

1. Kinohimitsu Prowhite



Ingredient paling penting yang terkandung di dalam produk ini ialah glutataion (haha eja tak betul), Glutataion itu berasal daripada Ekstrak Torula Yeast. Bahan ini la yang menjadikan kulit bertambah putih sehingga 3 tona....hehe pepandai je.

Ok mitos tentang pengambilan glutataion ini ialah (melalui pembacaan blog2 orang lain) :

A. ia dipercayai menggemukkan badan - bagi aku macam agak betul lah, macam cepat gemok je sejak dua menjak ni..haha tah2 aku yang malas bersenam.

B. ia di percayai mengecutkan rahim - aku memang ada perasan ada beberapa jenama produk yang mengandungi glutataion ni tulis warning camni "tidak sesuai untuk ibu mengandung" atau "dapatkan nasihat doktor...." mesti ada sebab kan kenapa tulis camni.


2. Flavettes Vitamin C 1000mg with Calsium Time Release




Vitamin C pula pilih lah yang time released or buffered released.



Untuk foundation pilihan pula :

Perfect Skin One Shot Cover Stick Foundation

Actually terbeli akibat terpengaruh dengan iklan. Iklan kat IG plak, dah la kita suka layan IG.huhu. Yang best tentang produk ni sbb ada brush kat bontot dia. So senang sangat la kalau nak travel tu. Takde la nak pegang span2 bagai.

Ada dua kod warna, kod 23 adalah lebih gelap, manakala kod 21 lebih cerah. Brush nya adalah dari polyester bukan daripada bulu haiwan.

Cuma foundation agak tidak lekat pada kulit. Maka liquid foundation adalah lebih bagus sebenar nya. 

Di sebab kan design nya dalam bentuk stick maka ia nya sangat sesuai untuk orang yang suka travel or selalu on the go!




Tudung hijau - without foundation
Tuding oren - with foundation




Kod 23


Sunday, 14 April 2013

The Other Khairul: Kenapa Ramai Hina Pengundi Atas Pagar Ni?

The Other Khairul: Kenapa Ramai Hina Pengundi Atas Pagar Ni?

Tuesday, 9 April 2013

Maajun Warisan Keluarga

TAJUK : MAAJUN WARISAN KELUARGA - AWET MUDA & PERANCANG KELUARGA
MAAJUN WARISAN KELUARGA adalah maajun perancang keluarga dan merawat segala masalah kaum wanita. Maajun ini adalah rumusan tradisional yang telah diusahakan oleh keluarga pembekal sendiri selama 30 tahun dan ia amat terkenal sekali.
Sebelum ini maajun ini hanya dijual secara kecil-kecilan sahaja dan baru kini saya pertengahkan ia di laman web untuk paparan anda semua bagi mengetahui khasiat dan kegunaan maajun ini kepada kaum wanita pada masa kini.
Cara penyediaan maajun ini adalah 100% dari bahan akar-akar kayu, rempah ratus tradisional dan tiada langsung penggunaan bahan steroid yang boleh memudaratkan kesihatan. Kandungannya pula dijamin halal, bersih dan suci dari segi hukum syarak. Jadi tidak perlulah anda merasa ragu-ragu untuk mengambilnya.
Oleh kerana ia adalah penyediaan tradisional jadi ia juga tidak akan menyebabkan bertambahnya selera makan jadi tidak perlulah merasa takut akan masalah kegemukan. Kerana ia juga dapat mengurangkan berat badan ke tahap yang optima.
Khasiat dan kegunaan Maajun Warisan Keluarga ini adalah:   
1. Sebagai perancang keluarga bagi yang ingin mejarakkan kehamilan / family planning.   
2. Merawat segala masalah dalaman wanita seperti masalah keputihan, kegatalan di liang faraj yang teruk dan bau yang tidak menyenangkan.   
3. Dapat mengetatkan kembali liang faraj bagi wanita selepas bersalin  
  4. Menegangkan dan memontokkan kembali otot payu dara agar menjadi gebu dan tegang   
5. Dapat menghangatkan hubungan suami isteri   
6. Dapat memanaskan badan terutama bagi wanita selepas bersalin.   
7. Melancarkan peredaran haid setiap bulan   
8. Membuang darah-darah kotor dan toksin dalam badan   
9. Menyihatkan badan disamping menambah tenaga sepanjang hari  
10. Dapat mencantikkan kulit selepas pengeluaran toksin-toksin dan darah-darah kotor yang terdapat di dalam badan
11. Mempertingkatkan kembali imum ketahanan badan, dimana badan menjadi sihat, segar dan kuat tiada lagi masalah seperti tidak bermaya atau tidak larat.  
12. Melegakan perut kembung dan masalah angin di dalam badan  
13. Melawaskan pembuangan air besar  
14. Mengawal selera makan dan menurunkan berat badan  
15. Mengurangkan kesakitan ketika haid (segugut)  
16. Mengurangkan risiko penyakit kanser dimana maajun warisan keluarga ini adalah 100% dari bahan tradisional jadi tiada langsung penggunaan bahan-bahan steroid dimana ia adalah salah satu kepada faktor penyebab penyakit kanser  
17. Dapat melangsingkan badan bagi yang mengamalkan diet. Ini kerana akar-akar kayu ini bertindak sebagai penyikiran bahan-bahan toksin di dalam badan. Jadi badan menjadi ringan dan segala lemak dapat disingkirkan.  
18. Dapat menambahkan air susu bagi wanita yang sedang menyusukan bayi  
19. Melambatkan proses menopous bagi golongan wanita yang sudah berumur.  
20. Merawat segala penyakit sakit-sakit sendi,sakit pingang dan lenguh-lenguh badan terutama bagi golongan wanita yang telah berumur.
Kandungannya adalah
Akar-akar kayu
Kacip Fatimah
Senduduk Serapat
Rempah ratus
Madu Minyak zaitun
TIADA BAHAN STEROID
Aturan makan
1. Cara pengambilan bagi kali pertama adalah perlu diambil pada hari ketiga datang haid. Makan sebiji sehari sahaja bersama air suam. Makan selama 21 hari sahaja. Apabila telah habis 21 biji rehat selama 7 hari dan sambung botol yang kedua. Begitulah seterusnya Contoh: sekiranya ubat habis hari ahad perlu rehat 7 hari dan sambung botol ke dua pada hari ahad depan
2. Bagi yang lepas berpantang perlu diambil pada hari ke 44 lepas bersalin. Makan sebiji sehari juga selama 21 hari dan rehat 7 hari untuk sambung ke botol yang seterusnya.
3. Oleh kerana maajun ini adalah dari akar kayu adalah dinasihatkan mengambilnya pada malam hari sebelum tidur. Dinasihatkan meminum air yang lebih dan mandi dengan kerap untuk mengurangkan kepanasan badan.
4. Sekiranya terlupa untuk diambil pada malam hari jadi perlu diambil pada awal pagi ke esokannya sebiji sahaja dan apabila malam ambil sebiji lagi bagi hari itu. Tidak perlu makan 2 biji sekali.
5. Adalah dinasihatkan makan dengan teratur untuk mendapat kesannya.
6. Apabila mengambil maajun ini segala ubatan tradisional yang lain adalah tidak digalakkan kerana rumusan kandungan yang terdapat di dalam maajun ini sudah cukup lengkap bagi kesihatan seseorang itu.
7. Bagi gadis-gadis yang belum berkahwin dan mengalami masalah seperti keputihan dan kegatalan yang teruk adalah di nasihatkan agar mengambil maajun ini selama 5 hingga 7 hari bagi merawat masalah yang di alami.
Setelah itu berhenti dan ambil pula di bulan hadapan. Begitulah seterusnya sehingga masalah yang di alami itu hilang.  
Tindak balas di awal pengambilan Maajun Warisan Keluarga ini adalah ia bergantung kepada ketahanan badan individu seseorang itu seperti:   
1. Haid mungkin menjadi banyak dan berwarna hitam. Ada juga haid datang 2 kali dalam masa sebulan. Janganlah khuatir kerana ini adalah di sebabkan oleh proses penyikiran darah kotor dan toksin yang berlebihan di dalam badan dengan pengeluaran haid yang banyak, proses ini tidak mengambil tempoh masa yang lama cuma 2 hingga 4 bulan sahaja bergantung kepada tahap ketahanan badan seseorang itu   
2. Sesetengah orang juga mengalami sakit pingang. Ini disebabkan oleh pengeluaran haid yang banyak. Tidak perlu merasa khuatir teruskan pemakanan maajun ini insyallah kesakitan ini tidak akan berlanjutan kerana selepas habis proses penyikiran bahan toksin di dalam badan, badan anda akan menjadi sihat, ringan dan bertenaga.  
Maajun ini terdapat 21 biji didalam 1 botol dan diambil selama 21 hari sahaja.
Price RM16.00 exclude postage.
Whatsapp/Line 017-2845791
email norlela.ahmad85@gmail.com
untuk self pick up : boleh jumpa sekitar shah alam. seperti  kg jalan kebun, johan setia, restoran pak li kopitiam.pkns.atau  dimana2 mercu tanda shah alam.

Saturday, 6 April 2013

berbelog

Assalamualaikum

Setelah bertahun2 takde blog. Akhirnyee..
Last ada blog masa zaman friendster dulu...masa tu masih belaja Kat uitm.so agak byk masa..he he

Kalau nk update blog je kena p cc (cyber cafe).bayar sejam 3 ringgit. Coz uitm dah block frenster.cenggitu la idup zaman purba dulu Kala.

Well now I'm working..hmm agak susah la nk Cari keje idaman ni.  Macam2 interview da pegi. Tapi sume mcm nk offer gaji as low as possible.  So nasihat I pada fresh grad diluar sana, klu takat nk keje mkn gaji tak yah le nk mimpi yg indah2. Gaji cukup2 je.Ok la.

Sampai sini saje..bye see u next time.