nuffnang Ads

Tuesday, 2 May 2017

Spring in Korea Day 3

17 April 2017

Suhu : 16 darjah Celsius

Masjid Itaewon




Bajet2 penyanyi nasyid

Pada pagi itu sebelum brunch, aku dan 4 orang peserta trip lain pergi ke masjid Itaewon. Kawan aku tu dah sakit kaki sangat, nak rehat kata nya.  So kami berlima je berjalan kaki pergi masjid. Takde la jauh sangat pon.  Ambil gambar sekeping dua, sambil berborak-borak kat situ. Actually sepatutnya hari pertama we should pergi masjid ni after dinner, tapi boleh pulak tour guide terlupa. Ish3…





Ada sekolah agama kat sini





Seberang sana adalah bandaraya Gangnam.

Gamba Lee Min Ho pon jadi la

Ada banyak restoran dari pelbagai negara di Itaewon Street.

Ojingeobokkeum nama nya, sotong masak kimchi. Ada sedikit tteobokki, erm rasanya biasa2 je...hahaha ( macam ko masak sedap sangat)

Gyeongbokgung palace

Destinasi seterusnya ialah ke Gyeongbokgung palace, kami menaiki tren untuk ke sana. Hari ni hari isnin so pada pukul 11 pagi itu, keadaan agak lengang di tren station, sebab semua orang dah sampai office. Oh ya nasihat tour guide kalau dalam tren tak boleh buat bising seperti berborak gaya mak jemah dan ketawa mengilai seperti Pontianak. Huhu. Sesampai nya kami di istana tersebut hujan pun turun. So semangat nak ambil gambar agak terjejas, kelihatan pelancong asing dan Korean sendiri jalan-jalan pakai hanbok. Perfect view! Lama kelamaan hujan turun agak lebat, kami pon lepak cafΓ© je. Sejuk2 minum kopi panas,heaven!




Hmm buat apa tu...(Line tren di Seoul)

On the way to Gyeongbokgung palace

Jalan-jalan pakai Hanbok
































Selfie bersama sakura

Member lapar...makan jajan mak buat..hihihihi






Gwanghamun square and Cheongyecheon stream

Hujan masih turun, sejuk nya, ambil gamba sikit2 je. Kami berjalan kaki dari Gyeongbokgung palace ke Gwanghamun square dan seterusnya ke Cheongyecheon stream. Selepas itu kami teruskan perjalanan ke Korean tourism organization untuk solat dan mencuba hanbok secara percuma. Selain hanbok ada macam2 lagi dalam bangunan 6 tingkat ini, seperti kpop experience, sejarah korea serba sedikit dan makanan- makanan tradisi korea. Tapi masa amat terhad so kami dinasihatkan untuk terus ke hanbok experience je dahulu. 

Tah pape je posing










Spring experience dalam bebola kaca


Sungguh jernih air nya



Hanbok at Korean Tourism Organisation



Ada story sikit masa nak cuba pakai hanbok. Macam pagi tadi group budak masjid, kami berlima je nak try pakai hanbok tu, yang lain2 tu macam tak excited je. Sampai je kat bangunan Korean tourism tu, mereka terus je nak berehat dan solat. Memang kami semua penat sangat since semalam, tapi aku dan lagi 4 orang peserta tu sangat la teruja nak cuba hanbok. Haha kami berlima je yang bergegas ke tingkat 5 untuk book pakai hanbok tu. 

Tapi malangnya pekerja kat situ beritahu slot dah penuh, pukul 4.30 petang baru ada slot free. Huh kecewa betul. Terkilan sangat masa tu. So kami pon berjalan-jalan kat situ tengok la apa yang ada. Belek – belek  tanpa perasaan. Masa tu jam menunjukkan pukul 3 petang. 





Tiba-tiba pekerja yang cakap slot dah penuh tu approach kami semula samaada nak cuba hanbok tak, tapi kami di beri masa 10 minit je untuk bergaya-gaya dan ambil gambar. Maka kami dengan pantas terus tanggalkan jaket dan pekerja di situ pakaikan hanbok di badan kami. 



Our photographer, En Uzair




Opss mok mok sangatπŸ˜–πŸ˜–πŸ˜–πŸ˜–
So semasa kami sibuk posing2 di mural, kami telah di halau untuk bergaya di bahagian barang pameran. Pada ketika itu limit masa 10 minit sudah pon habis, huu tak kisah lah, kami teruskan dengan jalan-jalan ala catwalk pula. 



Tiba-tiba kelihatan dua orang mat saleh datang, seorang dari mereka membawa kamera besar untuk shooting gitu. Oh baru lah kami faham, mereka halau kami ke tempat lain supaya tidak mengganggu proses rakaman yang sedang di jalan kan oleh lelaki mat saleh tersebut. Semasa kami sibuk ambil gambar catwalk, si reporter mat saleh mahu interview kami, wah terkejut betul campur excited. Pekerja Korean tourism, pon jemput kami untuk di interview. Hihi. Pergh apahal kami pulak yang di interview, padahal pekerja Korean tourism semua tu bapak cun ala2 model.

Antara soalan yang di tanya reporter tersebut ialah “korang semua dari mana?” “ korang ni bercuti bersama kawan-kawan ke?” “ dah berapa hari kat korea ni”, “suka ke pakai hanbok?” “ Best ke negara korea ni?” jawapan positif je kami bagi.  Selepas habis shooting tu, baru la pekerja di situ beritahu kami, lagi 8 jam rakaman tadi akan on air kat tv Brazil. Mak oii Brazil kaw..pengsan.




Sesi rakaman bersama tourism dari Brazil

Gwangjang Market

Selepas solat di bangunan Korean tourism, kami singgah di Gwangjang Market. Untuk siapa2 yang nak beli kain pasang. Tapi aku tak beli pon sebab tak cantik pon, macam outdated sangat coraknya. Dah tour guide pon lelaki, apa la dia taw sangat pasal fashion ni (macam la aku ni expert sangat!haha) but serious tak lawa. Tapi ada la yang beli jugak sebab ada orang kirim. Tapi memang lengang je area situ. Nampak sangat dah tak laku. Huhuuu.

Sunyi sepi




Doota Mall (Dongdaemun)










Geram je tengok gelang-gelang ni..uii tapi mahal semua pon RM80.00 ke atas


Selepas itu kami berjalan kaki ke Doota Mall. Sampai je kat situ tour guide membawa kami ke kedai souvenir Arirang yang berada di tingkat 6. Erm harga boleh tahan, cantik2 je semua. Aku beli la sikit2. Tapi masa tu macam motif sangat tour guide tu suruh beli souvenir kat kedai tu. Padahal Doota Mall tu banyak jual baju cantik2 dan accessories je bukan tempat jual souvenir pon. Satu je pon kedai jual souvenir. Hmmm apakah agenda nya(padahal esok nak pergi Namdaemun Market). So aku nasihatkan kalau ada masa jangan focus lama sangat kat kedai souvenir tu, kalau boleh beli cepat-cepat and teroka lah doota mall tu(bagi yang minat fashion). Sangat menarik dan cantik untuk window shopping. Tapi harga mahal la. Tapi apa salahnya kan tengok2 dulu, mana la taw ada duit lebih boleh datang lain kali.haha.




Kedai souvenir Arirang


Satu kotak paling murah dalam RM 80.00 😣😣😣


Semua pon rambang mata









Selepas itu aku dengan kawan aku pergi merayap di sekitar Dongdaemun Design plaza. Alaa bangunan yang lengkok2 tu.  Jadi la ambil gamba sikit-sikit. Ingatkan nak usha tulip LED. Tapi tulip tu dah cabut untuk upgrade kata nya. Oh kecewa sikit. So kami ambil gamba kat perkataan I seoul U je,itu pun jumpa yang lama je. Jadi la kan.











Selepas itu kami pulang ke guesthouse. Malam ni kami dinner makan kebab. Tapi kebab kat sini bukan makan dengan roti tapi bersama nasi. Boleh la sedap. Portion pon banyak.


Alamak ada yang dah rindu Malaysia. Makan megi je..πŸ˜›πŸ˜›πŸ˜›

No comments:

Post a Comment