nuffnang Ads

Tuesday, 2 May 2017

Spring in Korea Day 2

16 April 2017

Suhu : 15 Darjah Celsius


Insadong Cultural Street

Pagi ini cuaca cerah, kami menikmati brunch pada pukul 10.30 pagi. Makanan di tapaukan dan kami makan di Guesthouse sahaja. Memandangkan kami mempunyai room mate yang masih tidur pada pagi itu, maka kami makan di pantry. Pantry guesthouse mempunyai dapur gas, peti ais, periuk nasi dan microwave. Pada pagi itu kelihatan seorang kakak(orang Malaysia) sedang masak nasi goreng. Oh ya, room mate kami pula ialah warga Korea. Akibat homesick aku tak dapat tidur dengan lena. Maka aku tersedar semasa room mate balik pada pukul 2 pagi. Hehe berbisik2 mereka masa nak tidur tu, apa ke lama sangat persiapan mereka sebelum tidur.


Bulgogi Beef - biasa-biasa je rasa makanan korea ni


Pantry Itaewom Inn

ada kakak tengah masak nasi goreng





amboi sedap sangat keee

Pada pukul 11 pagi kami gerak ke Insadong Cultural Street dengan menaiki tren. Lepas sampai di stesen yang berdekatan, kami berjalan kaki pula menuju ke Insadong. Kami di beri masa satu jam setengah untuk merayap. Benda pertama yang kami Nampak adalah aneka beg berharga 10 000 won. Wow memang berbaloi. Tapi kualiti tu takdela tip top sangat(made in China).  Aku dengan kawan aku siap borong 3 beg. Di situ macam biasa mesti ada orang Malaysia tengah memborong. Haha. Mula-mula kami berdua dan seorang makcik je kat kedai tu, tapi lama kelamaan makin ramai pula orang datang. Lepas tu satu lagi kedai yang tour guide kami recommend ialah manisan gula tarik, rasa nya boleh tahan macam kacang tumbuk. So aku pun beli la 1, berharga 5000 won sekotak. But you know what, bila sampai Malaysia je gula tarik tu dah kejung liat2. So aku dengan rasmi nya, sila la jangan beli. Haha. jahat. Kalau nak beli jugak sila makan kat Korea je. Kerana tekstur gula tarik tu ternyata tidak sesuai untuk cuaca di Malaysia. Huhu sama la dengan baklava turki, bila dah bawa balik Malaysia tekstur nya berubah. Tak menyelerakan langsung untuk di makan.

On the way to Insadong








Kedai beg 10 000 won di serbu pembeli


monyet nakal

Maskot Cat Cafe di Insadong




Kemain borong beg😁😁😁😁

Namsangol Hanok Village



Bunga Sakura













Namsangol Hanok Village terletak berdekatan Insadong, so kami pon berjalan kaki je ke sana. Kat situ terdapat rumah tradisional orang korea, tapi kami lebih teruja dengan pohon sakura yang berbunga lebat. Lebih-lebih lagi bila angin bertiup, wahh it’s a petal shower. Memang moment sangat masa tu. Kat situ boleh cuba pakai hanbok, tapi kena bayar la. Lagi pun masa yang di peruntukkan tak memungkinkan kami  untuk mencuba. Lepas ambil gambar 2-3 keping kami pun keluar dari Hanok Village, lepak minum susu, cuba perisa tembikai susu pulak.

Bila angin bertiup so ready for petals shower!!

Kita minum dulu

Namsan tower

Kemudian kami menuju ke Namsan tower pula, separuh jalan kami berjalan kaki sambil bontot tertonggek, pergh boleh tahan. Terketar2 lutut kami. Selepas 15 minit mendaki, kami beratur untuk naik kereta kabel pula. Yeah seronok nya!!! Lega sikit ingatkan kena mendaki sampai ke atas menara. Kebanyakan pelawat adalah orang korea sendiri, mereka pon teruja mahu melihat sakura di atas sana. Akibat ramai sangat orang kami tak jalan-jalan sangat pon kat atas tu. Sibuk tengok gelagat pelancong yang kebanyakan dari china. Kurang kelihatan orang Malaysia di situ. Musim terbaik untuk ke namsan tower adalah musim bunga dan luruh.


On the way to Namsan Tower








Bunga Sakura at Namsan Tower







Susu perisa Honey Dew 


Myeongdong street

Antara sebab kenapa kami tak teruja kat Namsan tower, ialah kerana destinasi seterusnya adalah ke Myeongdong street,haha. sebab aku nak pergi tengok kedai Line and friends dan hello kitty café. Kat sini sempat la merasa 1 food street mereka iaitu donut telur rebus namanya. Hello kitty café pula kecil je. Kepada die hard fan hello kitty dinasihatkan untuk ke Hello kitty café yang terletak di Hongik University  shopping street.  Syok gak jalan kat sini, masa tu waktu dah malam, so memang menarik la lampu warna warni. Kebanyakan kedai di situ ialah kedai kosmetik dan produk penjagaan kulit. Di sebabkan aku macam dah loyal dengan jenama bio essence. Maka takde apa nak beli kat situ. Just jalan-jalan je tengok masyarakat korea yang stylo dan berpakaian cantik dan kemas.  Tapi terbeli gak baju tidur cam comel2 je. Ada juga kedai menjual kasut dan baju. Tapi mahal2 belaka.



LINE merchandise shop



kena beratur kot nak ambil gambar dengan bear ni











Wah ada durian la




Apa ke nama tah, donut telur kot, yang bahagian kek tu sedap la, bila dah makan telur tu rasa cam kenyang semacam








Myeong Dong, pasti di rindui

Sebelum balik ke guesthouse, kami shopping kat stesen bawah tanah meyeongdong. Kat situ ada banyak kedai baju, kedai barangan k pop merchandise, dan kedai menjual cd. Sempat gak aku rembat 1 jaket untuk pakai esok. Kat sini harga mahal sedikit berbanding di Hongik University shopping street.

Kat korea ni some of the tren station bawah tanah tu ada kedai2 jual macam-macam. Huhu nasib la barang nya mahal2, takde la nak membeli je, orang Malaysia la katakan, pantang Nampak murah sikit, mula la nak beli.

Geng - geng lain ada yang beli kpop merchandise dan stokin 1000 won sepasang (another shopping trademark kat korea ni)

Lepas tu kami pon pulang ke guesthouse. Dinner pula akan di tapaukan dan makan di guesthouse sahaja. Oho nampaknya kami dapat room mate baru, sebab ada 2 beg luggage besar kat dalam bilik tu. Semasa kami bersiap nak makan dinner kat pantry, pintu bilik kami di ketuk, ada 3 orang mat saleh di muka pintu. Dia minta kami tukar ke bilik sebelah sebab dia nak satu bilik dengan kawan mereka yang baru check in satu bilik dengan kami. And my answer is no!. suka hati ko je kan nak suruh kitorang tukar bilik. Dah la kitorang dah sepahkan barang kitorang, eh tak kuasa yaw. Mula-mula mereka berkeras, nak jugak kitorang pindah tapi kami kata la kami stay sampai malam rabu je. Lepas tu mereka pon blah sambil berkata-kata dalam bahasa jerman kot. Huhu. Pasal room mate  baru akan di ceritakan later part.

Dinner....nama makanan ni Dakdoritang, erm boleh la. Rasanya macam ayam masak merah kurang bahan.



Ok nak jadikan cerita malam tu, orang sebelah (Korean la opkos) buat party kat roof top, masa tu kami nak tidur dah. Dalam pukul 12 malam, punya la bising, makin lama makin bising. Ish2 bila nak habis party ni. 10 minit kemudian kedengaran ahjumma dan ahjussi menjerit dari bawah memarahi muda mudi kat rooftop tu. Tah cakap apa tak paham la. Lepas tu budak2 tu pon cakap josonghamnida banyak kali, hah lepas tu baru la nak senyap.


Oh ada lagi benda lupa nak cerita, masa spring ni guesthouse tak buka heater or aircond. So kalo panas buka la tingkap. Masalah nya malam tu 5 darjah celsius kot.  

No comments:

Post a Comment