nuffnang Ads

Tuesday, 2 May 2017

Spring in Korea Day 1

15 – 19 April 2017

Day 1

KLIA2


Trip kali ini aku naik penerbangan Air Asia, join backpacker. Aku bersama seorang lagi rakan, and another 12 orang yang aku tak kenal. Akibat di momokkan strict luggage rules limit 7kg oleh Air Asia, maka seawal jam 3.30 pagi aku dah ada kat KLIA2. Padahal flight pukul 8 pagi. Hihihi kemain semangat. Selepas buat self tag bag, kitorang lepak jap kat Mcdonald sambil borak2. Nasib baik tour guide kitorang ada bersama untuk flight pagi ni. So aku follow je la sampai gate. Hehe, selepas gate di kenal pasti maka kami pon solat subuh dan sarapan pagi nasi lemak di restoran berdekatan gate P4.

Actually semua nya tidaklah smooth seperti yang di jangka. Nak dijadikan cerita member yang tak beli luggage 20 kg tu, so means dia takde check in luggage, so sepatutnya boleh la terus ke gate pelepasan antarabangsa. Tapi masa kat gate pertama itu, member aku tu kena tahan sebab takde cop apa benda tah. So dia kena verify document dulu kat kaunter V1. Maka kena la beratur lagi. Fuh nasib la kitorang datang awal, kalo tak mungkin terkejar2 kerana orang mulai ramai pada masa tu.



Masa self tag bag pon ada perkara yang pelik berlaku, iaitu secara tak sengaja ter scan terbalik code kat mesin tersebut. You know what! Nama orang lain pulak yang muncul kat skrin “Thanga****li  A/L maniam ke apa tah, destinasi nya pula ke Jakarta. Fuh nasib baik tak teruskan ok ok ok.. kang ke Jakarta luggage aku ni. Haru!

Persoalan nya kenapa scan terbalik pon mesin tu boleh baca??

Sampai kat gate P4 maka kami pon berkenalan dengan peserta trip yang lain, derang sume bawa geng. Satu geng dari Penang dan lagi satu geng dari Kedah, aku je la berdua dengan kawan aku.

Maka terbang la kitorang ke Korea selatan, mengambil masa selama 6jam setengah. Sampai kat Incheon International Airport benda pertama yang kitorang beli opkos la susu pisang..hihi. Harga nya 1300 won. Boleh tahan mahal. Tapi buat2 macam murah huhu boleh ke camtu. Rasa nya lebih fresh daripada susu pisang dalam kotak tu.

Matlamat utama ke Korea
muka gembira minum susu pisang


Hongik Universiti shopping street.

Suhu 15 darjah celsius

Sampai kat Airport selepas sedikit taklimat, kami pon menaiki bas ke guesthouse yang terletak di Itaewon street. Ianya mengambil masa selama 1 jam. Bas nya selesa betul, tapi kuat sangat pula pakcik driver ni pasang heater. Berpeluh2 di buatnya. Di sepanjang jalan kelihatan  beberapa pohon sakura berbunga lebat. Kami sampai di guesthouse kami iaitu Itaewon Inn pada pukul 5 petang. Masa tu matahari hampir terbenam, kami di beri masa sejam untuk cek in dan solat. Selepas itu kami dinner di restoran Makan Restoran, menu ikan panggang, semangkuk sup dan sedikit ban chan, om nomm nom. Fuh mencabar jugak jalan kat itaewon ni, berbukit bukit.

Masa kat dalam bas, muka penat masing- masing(yang lelaki tu En Uzair, tour guide kitorang)
Bilik kami hujung sekali, erm takde picture lagi untuk guesthouse ni,. hihi uols google la ye. tapi over all ok la.(pintu banyak-banyak tu toilet and shower.


Tapi apa yang menarik nya lokasi Guesthouse kami yang sangat happening, dah la banyak giler kedai menarik, kosmetik, baju, macam2 restoran pon ada,hmmm pub disko dan sebagai nya, adohai mencabar keimanan betul. Stesen bas dan subway pon dekat je. Itaewon Inn ialah milik seorang Serbia Kristian. Aku dan kawan aku ditempatkan di bilik yang boleh memuatkan 4 orang, ada dua katil double decker di dalamnya, macam dorm mini la. (..murah sikit duduk dorm) Cuma risiko nya akan dapat room mate yang tak di kenali.

Dinner time!!


bila makanan nak sampai ni...






Selepas dinner, destinasi seterusnya ialah ke Hongik University shopping street. Untuk ke sana kami perlu menaiki tren, tour guide pon mengagihkan T money (macam touch n go) untuk kemudahan kami.  Kami menaiki tren di stesen Itaewon. Aku tak ingat la nama stesen nak tukar line tu, tapi memang kena tukar line la. Hehe. Malam tu malam minggu, malam muda mudi katanya, ramai giler orang. Aku dan kawan aku pon jalan-jalan kat situ tapi tak dapat nak focus untuk shopping sebab terlalu pack. Kami berehat kejap kat Watson. Beli la lip balm sebab lupa nak bawa. 






uolss memang kalau belum sampai nak masuk semua kedai, tapi bila dah sampai rambang mata uolsss,




untuk hidung seperti babi mungkin (at watson)

Banyak kafe hipster kat sini

Selepas tu sambung jalan-jalan, sambil tengok2 dressing and fashion mereka. Tengok derang dressing mula la nak terpengaruh, jaket yang aku bawa dari Malaysia ternyata agak tebal untuk musim spring maka terbeli la jaket kat situ. Hehehe.. Harga jaket yang cantik2  tu agak mahal sekitar 40 000 won. Kebanyakan jaket berharga sekitar RM 100 – RM 200. Beli dan terus pakai, baru la konfiden sikit nak jalan di kelompok student2 ni. Ternyata pada masa itu kami je la orang Malaysia bertudung. Banyak kedai menarik kat sini, kebanyakannya menjual baju dan jaket spring. Cantik2 semuanya, harga pon cantik2 belaka.huhu. Hello Kitty café juga terdapat di sini. Tapi kena jalan agak jauh sedikit. Kami di beri masa selama satu jam setengah untuk meneroka kawasan ini.



Tunggu driver datang

Ok driver dah sampai

Jom balik, dah-dah next time kita datang Hongik Universiti lagi

Balik dah malam, takde orang



Nak naik tren, sila beratur siap-siap




Untuk makluman perkhidmatan tren untuk malam sabtu dan ahad ialah sehingga pukul 1 pagi, kebanyakan kedai pon akan tutup pukul 1 pagi, so ok la kalo nak lepak2, café hipster pon banyak kat area ni.


Dalam pukul 11 malam, kami pun balik ke guesthouse.  Masuk je bilik, kami dah dapat room mate. Sebab ada barang kat atas katil tersebut, tapi kami tak tahu siapakah mereka.
Guesthouse terletak di hujung simpang, selepas pub and disko

Pukul 11 pagi hari Ahad jalan agak lengang

Siap-siap untuk berjalan hari kedua

No comments:

Post a Comment