Beijing day 4
Destinasi hari ni ialah ke Summer Palace dan Wangfujing. Untuk ke summer palace kami perlu menaiki bot. Bot pertama yang kitorang naik tu penuh dengan warganegara China sahaja, hehe and masa naik bot tu dalam pukul 9 pagi. So jejak je kaki masuk dalam bot tu, hoihhh bau dia, (nak muntah beb) diorang ni semua ni tak mandi ke hapa..? Kalau aku tak mandi pun wangi je kot?.., tapi kejap je la naik bot tu, sebab sampai satu jeti tu, Jalan kaki sikit tukar bot lain pulak. Total semua, tukar dalam 3 bot, means berhenti kat 3 jeti. Perjalanannya seperti naik boat sepanjang sungai pahang. Di setiap perhentian tu ada banyak bangunan lama, macam taman taman di raja la. Hasil seni mereka memang cantik, teliti dan bersejarah. Nampak la ketekunan dan kerajianan mereka. Kat summer palace ada boat besar yang di buat daripada batu marmar/marble, nampak macam English style pun Ada. Boleh cuba google untuk maklumat lanjut. Kat sini jumpa la jugak beberapa orang rakyat Malaysia. Suasana di sekitar summer palace seperti berada di alam fantasi, kerana kelihatan fog (seperti jerebu ) agak tebal. Tetapi apabila kita bernafas, takde pulak rasa particle- particle melalui rongga hidung. Seperti berada di alam mistik, bunian pun ada. And kat sini lah, saya rasa ada " sesuatu" mengekori saya, tanpa sedar.
 |
Sesuatu sangattt..euww creepy |
 |
Alice in Wonderland |
 |
marble boat = not exactly a boat that can sail. |
After that, kitorang ke Wangfujing. Tempat shopping yang happening kat Beijing. Macam ala-ala pavillion, but lebih besar and best! Kat sini yang istimewanya terdapat makanan eksotik. Selain jade, macam-macam souvenir pun ada. Yang paling geram tu jacket winter, cantik-cantik yang berharga RM100++ bersepah-sepah. Huhu. Makanan eksotik seperti, kale jengking, Labah-Labah, lipan, dan segala macam serangga di jual di sini. I lalu je lorong eksotik tu, dapat cium bau pun jadi la. Uwekk nak muntah. Kitorang lunch mc donalds je kat salah sebuah shopping complex kat sini. Hehe and guess what I found, PANDoRa beb. Wa tengok Ada sale, bracelet silver with three simple charm RM 150++ jeeee.... Oh geram nya. Macam tak percaya pun ada, al maklum lah china kan famous dengan barang fake, but this one look original. But tak beli pun sebab nak simpan duit beli handbag kat Shenzhen. Wangfujing ni luas, nak jalan tapi tak larat, sebab dah jalan half day kot kat Summer Palace!
 |
Luas sangat..patah kaki la.. |
 |
mai mai.. borong jed |
Oleh kerana malam tu is the last night we're in Beijing. So dinner pun special sikit. Dinner at the China World Hotel. Hotel tu dekat je dengan Traders Hotel, it took 10 minutes walking. So sampai je restoran hotel tu, memang semua muka lapar. Makan buffet, ada fresh seafood, Japanese, dessert, dimsum, bakeries and also some local food. My friend all of them amik ketam..beso gak la ketamnya. My choice of course the dessert, panacotta..nyummy. Scene paling terkejut ialah masa berebut-rebut amik ketam (macam tak penah makan ketam je kan), ada chef tegur "orang Malaysia ke?", Yup (muka terkejut,sebab chef tu muka cam iras cina, but I thought he's Japanese) "Malaysia kat mana?", "Saya orang Shah Alam", lalu chef tu pun menjawab, "Saya orang Subang, Malay". Eceh pastu borak-borak la sikit. Nampak chef tu cam excited lak jumpa orang Malaysia makan kat hotel tu.. Kih3. And lagi satu terkejut kat hotel tu Ada mee kari..yeyeyeyeye..boleh request udang nak bape ketul, awesome lahh. Terbaik!, rasa macam kat Malaysia. So kalau nak makan mi kari kat beijing, makan kat China World Hotel.
 |
Wangfujing Street |
End of day 4
No comments:
Post a Comment