nuffnang Ads

Tuesday, 11 February 2014

Beijing Day 3

Beijing Day 3

Jomm bekfess

Today bangun awal coz nak gerak ke Great Wall. Dah 2 hari breakfast kat Traders Hotel ni,makanan sedap, and banyak pilihan.  Bakeri, pancake, waffle, muffin are my favorites. Ada jugak Nasi goreng vegi, sib baik la.  Darurat leh la makan..huhu.Selain itu terdapat juga basic Japanese food and dimsum. My choice are bakeries and Nasi goreng (tawar and tak "kick").

Up Up here we gooo
 Great Wall tu terletak agak jauh dari Traders Hotel, it took about 2 hours to reach there.  Memasing sambung tido dalam bas.  Sampai je kat kaki bukit Great Wall tu, kene jalan kaki pulak untuk sampai ke stesen kereta kabel.  I mean kaki bukit it's about 45 degree, so imagine la ye, memasing bontot tonggek naik bukit.  Along the way up, ada jual souvenirs, which is more cheaper than in capital Bejing. Tapi memandangkan sales girlnye semua garang, main paksa-paksa beli, ramai patah hati tak jadi beli, termasuk la diri sendiri.  But balik tu dapat la beli jugak, kat nenek tua. Murah je.


Hehehe  dah sampai...dah jejak kaki baru la rasa LUASSSSSNYE! saujana mata memandang


   Great wall yang kitorang pergi called Mutianyu, the famous one is Baddaling.  Mutianyu Great Wall kurang sesak sikit (no wonder RUNNING MAN shoot kat sini). Kereta kabel nya lebih pendek kalau nak banding kan kereta kabel kat Genting Highlands. So perasaan gayat tu kejap je la.  Sampai je kat atas, ingatkan Great Wall ni jalannya lurus je, tapi rupa- rupanya bengkang- bengkok, curam, banyak anak tangga yang tak sama saiz.  So challenging walking namanya.  Sure beribu-ribu kalori terbakar. Rasa penat, jantung nak tercabut, sakit kaki, berpeluh-peluh, lapar pun ada, nasib baik lah tapau croissant blueberry masa breakfast kat hotel pagi tadi. Bolehla isi perut.


Muka penat tapi best..lalalala


Untuk Turun dari Great Wall ni, kita ada 3 pilihan. 1) Jalan kaki je, macam tak mungkin kot sebab Great wall ni atas bukit. So kalau ada pun, sure makan sehari untuk turun. 2) Turun guna tobbogan(sila google)  macam naik roller coster, thrill. 3) Guna kerusi parachute, dua kerusi digantung kat tali kereta kabel..haha macam scary je kan bunyi nye, tapi memang gayat pun.  So kitorang semua cancelled naik toboggan akibat hujan renyai-renyai. Naik je la parachute chair.


Turun guna parachute chair..peace..uih gayat
Scenery at the Mutianyu Great Wall sure la awesome, merehatkan minda melihat gunung ganang.  Macam berada dipuncak bukit (memang punn).  Padahal masa pergi tu memang sakit kepala ter amat akibat makan kaki kambing bakar, yang super delicious kat restoran Arab tarian gelek.  But after jalan-jalan kat Great Wall ditambah permandangan yang mendamaikan, sakit kepala terus hilang. Subhanallah and Alhamdulillah.



macam jauhh je..macam jauhh je..


  Lunch at the schoolhouse mutianyu great wall (sila google), restoran western. But we all amik vegetarian food sahaja, sebab takde cert halal jakim, hehe.  Makan kenyang tapi macam tak puas coz dah biasa makan daging. Restoran sangat cantik, decoration nya membuatkan pengunjung seperti berada di sekolah rendah kat london. Eceh.
Schoolhouse Restaurant


crayon + paper = asah bakat, hilangkan rasa bosan sambil tunggu makanan, CrEaTiVe kan?


  On the way back tu semua tertido dalam bas, jem bapak lama kat hiway, but tak terasa langsung, sebab sleep like a baby.  Akibat jem teruk, destinasi seterus nya iaitu ke galeri seni 798(sila google) terpaksa dibatalkan.  Tak silap, hari tu ada art festival kat 798, padan lah jem semacam.


Bangunan beso-beso
Tunggu kete sapu amik..alo2


Dinner malam tu again kitorang di bawa ke " local beijingers" restaurant.  Restoran tu tak jauh sangat dari hotel, but nak Jalan kaki memang agak memenatkan sebab bangunan kat china besar besar belaka tak seperti di Jepun kecik kecik  comel je.   Masalahnya malam tu susah nak dapat teksi.  So kitorang naik "kete sapu" je...hehe nasib baik ada. Menurut kata tour guide kami, sebuah rumah hanya boleh memiliki sebuah kereta sahaja, dan hanya boleh memandu kereta 4 hari seminggu. So..means, kalau pegi keje tu, boleh bawa kereta dari hari isnin hingga hari khamis sahaja, hari jumaat pepandai la ye, naik tren ke, teksi ke, bas ke, Lori ke. Fuhh.
Dinner at the restoran paling bising

  Sampai je kat restoran tu, kitorang di bawa ke tingkat 2. Tingkat satu suasana meriah dan agak bising.  Tingkat dua pula teramat BISING.  Nak order makanan pun kitorang kena jerit-jerit.  Bisingnya seperti 10 kali ganda bising pasar ikan kat Malaysia,  Nak makan pun tak selesa, ditambah pula ada pelanggan restoran yang buka baju sambil merokok, sambil borak-borak (bercakap perlu jerit-jerit ke?) but makanan  sedap. Nasib baik..yeah.. Nyummm...nom..nommm...nom

End of day 3.

No comments:

Post a Comment