Tibalah hari
yang dinantikan iaitu ke lake Kawaguchi. Nak tengok mount Fuji. Harap-harap ada
lagi la bunga sakura.
Kemas-kemas beg,
cek out. Malam ni nak balik Malaysia dah (kau pasti?). Luggage kami letakkan
dalam locker di Shinjuku station. 500 yen 1 locker.
Kami menaiki bas
selama 2 jam dari Shinjuku station untuk sampai ke lake kawaguchi. Hujan
renyai-renyai. Ada 3 pilihan untuk meng explore sekitar kawasan lake kawaguchi.
1 . Naik bus,
ada private and sightseeing biasa.
2. sewa basikal.
3. jalan kaki.
Kami memilih
menaiki sightseeing bus. 1500 yen. Kena keluar duit poket sendiri. Yang ni tour
guide tak inform, kalo korang takde duit, pepandai la hutang dengan sesiapa,
tak pon jalan kaki. Haha. Ok tiket dah beli. Kami pon menaiki bas dan berhenti
di bus stop no. 22. Katanya view paling cantik kat sini. Namun mount fuji tidak
kelihatan, terlalu banyak awan. Hujan baru sahaja berhenti. Usha-usha kedai
souvenir, erm mahal tak berbaloi nak beli.
Tiba di stop no. 10 pada jam 3 petang. Kami menuju ke restoran halal. Namun hampa, mereka tidak menerima sebarang pelanggan. Mereka teramat sibuk menyiapkan tempahan makanan. Adakah kami yang terlepas waktu makan tengah hari? Akibat terlalu leka mengambil gambar bersama bunga sakura. Tak pasti. Maka kami berlalu dalam keadaan kelaparan. Nasib baik aku ada bawa bekal roti bersama serunding daging.
On the way to Kawaguchi station. Cak! |
Kami tiba di
stesen kawaguchi pada jam 4.15 petang, rush ke 7E membeli onigiri dan air
mineral(again!). Cukup la buat alas perut.
![]() |
Sedap ni, roti tembikai susu |
![]() |
Teman sejati seorang musafir |
Maka pulang lah
kami dari kawaguchi dengan hati yang gembira dan berbunga-bunga sakura.
Sehingga waktu kami di dalam bas meninggal kan kawasan pergunungan kawaguchi,
puncak gunung fuji masih kelihatan. Main cak-cak gitu. Dan tidak lama selepas
itu. Jauh dan hilang dari pandangan. Fuji, i will remember this moment forever.
It was a beautiful day.
Tidak sampai 2
jam sampai la kami di bandar shinjuku. Kelihatan rakyat jepun pulang dari kerja
beramai-ramai, mak oii macam semut kat luar tu. Sebelum bertolak ke Haneda
Airport, kami sempat singgah di kedai 300 yen. Apa yang boleh di beli? Tote
bag, cosmetic pouch, semua berharga 300 yen campur VAT 8% jadi 324 yen. Untuk
pengetahuan harga yang di pamerkan di kedai adalah tidak termasuk VAT(GST).
Process claim
VAT di jepun adalah yang paling mudah setakat ini. Tiada borang yang perlu di
isi dan tidak perlu ke refund kaunter di Airport. Kebanyakan kedai yang
bertulis “Tax Free” itu telah memulangkan VAT yang perlu di bayar di cashier,
kita hanya perlu simpan resit dan memulangkannya di kaunter kastam di Airport.
Tetapi ada syarat, iaitu total minimum spending 5400 yen (inclusive VAT) dalam
satu resit. Jadi pastikan kalau nak shopping bagai nak rak tu pastikan ia nya
kedai “Tax Free”, baru la hassle free travel.
Semasa menunggu
tren di Shinjuku Stesen, aku perasan luggageku kurang satu roda. Eh mana pula
pergi roda nya ni. Huh ok dah jumpa. Aku sempat mengutip roda yang tertanggal
itu sebelum tren tiba. Aduh kenapa nak tercabut roda pula ni? Is this a sign? I
just can feel it.
Sampai airport
perut dah lapar, yela lunch makan onigiri sebiji je. Tiba waktu untuk cek in,
walaupun belum dapat booking no. Masa itu. Aku redha. Beratur berbekal kan
passport sahaja.
Segmen membawang
Haneda Airport
L : weh apasal
tadi tu, dia suruh kita tunggu kat sini, pastu blah camtu je.
W : laki pon ada
mood swing ke?
L : aku perasan
la, tadi dalam tren, gaya-gaya macam gaduh dengan gf dalam telepon.
W : itu pon tak
boleh nak control ke? Perlu ke nak emo-emo depan kita.
L : Entah nya.
Takpe la kita beratur je, nanti dia datang la tu, bila dah stabil sikit.
Dah la tak boleh
connect wifi airport, dengan booking no. takde lagi. Tour guide buat tantrum
budak wicet, can you feel me?
Haneda Airport, Tokyo
Nak di jadikan
cerita, booking no. hanya di beri 3 jam sebelum berlepas melalui aplikasi
wasap. Aku dan kawanku satu booking no. with that tour guide. Al kisah bermula,
di mana tiket akak 2 orang tu takde di tambah luggage. So kena la beli luggage
time tu jugak.
Alkisah
seterusnya, semasa process cek in. Booking no. tour guide tu takde dalam
sistem. Staff di kaunter cek in dah cek banyak kali. Takde la weh! Yeah great, meaning that aku dan
kawan ku pon tak boleh balik la malam ni. Akak dua orang and adik 2 orang tu
selamat, takde masalah dah. Boleh la balik malaysia. Razlan call Hilmi, booking
no. tak wujud, “ada silly mistake, tiket korang esok” . Silly?
Kami pon
melambaikan tangan ucap selamat tinggal kepada akak-akak dan adik-adik. Selamat
pulang ke Malaysia.
So now what?
Mana kitorang nak tido malam ni. Kalau dah cek awal-awal tiket tu esok hari tak
perlu la nak bazir tambang tren untuk ke Haneda Airport. Sewa locker kat
Shinjuku lagi.
R: Jangan risau,
bos saya dah booked guesthouse. Dekat je dengan Haneda, tak perlu tukar tren.
W : Diam.
L : Diam.
R : so kita ada
satu hari extra (acah-acah gembira).
L : weh ko keje
tour guide bleh ar cakap camtu. Aku ni keje makan gaji. Nak cakap apa kat bos?
“ sori bos tak perasan saya book tiket esok, bukan hari ni? Camtu ke?
W : Blank. So En
Hilmi tu ada nak minta maaf ke apa ke?
L : Aku pandang skrin telefon, hampa. Tiada
sebarang wasap masuk.
Bagi mereka apa
yang terjadi mungkin “small the matter je”. Kenapa nak kecoh-kecoh. Tapi kalau
nak tahu, diorang dah block aku kat fb from comment, like, even share of their
fb page. Why? takut?
R : so korang
ada mana-mana tempat yang nak pergi tak?
L : cannot
think.
W : confuse.
Kami gagahkan
juga kaki ini mengikuti langkah tour guide tu. Menuju ke kedai kebab halal di
tingkat satu Haneda Airport. Seperti tidak percaya apa yang berlaku. Kami ke
locker menyimpan luggage. Ambil apa yang perlu untuk esok. Nasib aku ada beli
baju t-shirt hello kitty. Boleh la pakai esok.
Kami menaiki
tren menuju ke Kamata guesthouse. Pusing-pusing masuk ke dalam kawasan
perumahan. Senyap sunyi, seperti pukul 12 tengah malam suasananya. Akhirnya jumpa
juga guesthouse tersebut. Tetapi masalah nya guesthouse tu dah tutup pukul 10
malam. Kami tiba di lokasi jam 10.15 malam.
Tanpa di sangka-sangka muncul pasangan suami isteri tah dari lorong mana, menegur kami. “Are you looking for guesthouse?”. Yes. Mereka membantu kami. Kami perlu menelefon owner guesthouse tersebut untuk mengetahui apakah password untuk pintu guesthouse tersebut. Masalah nya takde sorang dari kami roaming. Haha. Si isteri membantu membuat panggilan telefon. Masak! Owner guesthouse tak tahu berbahasa inggeris. Amazingly si suami fluently can speak japanese. Nak di pendekkan cerita, kami berjaya membuka pintu guest house.
Tanpa di sangka-sangka muncul pasangan suami isteri tah dari lorong mana, menegur kami. “Are you looking for guesthouse?”. Yes. Mereka membantu kami. Kami perlu menelefon owner guesthouse tersebut untuk mengetahui apakah password untuk pintu guesthouse tersebut. Masalah nya takde sorang dari kami roaming. Haha. Si isteri membantu membuat panggilan telefon. Masak! Owner guesthouse tak tahu berbahasa inggeris. Amazingly si suami fluently can speak japanese. Nak di pendekkan cerita, kami berjaya membuka pintu guest house.
Terima kasih
sangat kepada pasangan suami isteri tersebut. Mereka berasal dari Shanghai. Si isteri
fluent in English, si suami fluent in Japanese. The thing is that until now, i
just can’t believe is, how we bumped into each other. Tula kawan aku cakap,
kalau Allah nak tolong tu, memang agak aneh caranya. Yang aneh pon jadi
possible. its a miracle!
SS : where are
you from? Are you try to find guesthouse?
R : we are from
malaysia. Yes Kamata guesthouse.
SS : you just
landed? Where is your luggage? Bag?
L : aku nak
tergelak masa ni. Akak panjang cerita nya.
Melalui
perbualan singkat antara Razlan dan si akak shanghai tu, mereka rupanya
mempunyai beberapa unit guest house di kawasan Kamata. Mereka suami isteri
tengah jalan-jalan amik angin malam katanya. Lalu terserempak dengan kami yang
sedang keliru. Sesat?
R : so where is
your guesthouse may i know the name? Maybe next time we can book with you.
SS : (sambil
ketawa) you will found us one day.
L : bulu roma
naik masa tu. Macam mana dia boleh cakap “you will found us one day”. Giler
goosebump. I ask my self. Are you really guys, from Shanghai?
No comments:
Post a Comment