Day 8
Istanbul – Abu Dhabi – Malaysia
Hari ini bangun dengan perasaan yang bercampur baur. Gembira dan
sedih, rindu kat Malaysia dan sedih meninggalkan negara Turki.
![]() |
menaiki tram pada malam sebelum balik ke Malaysia |
Selepas breakfast kami mempunyai masa lebih kurang 3 jam sebelum
bertolak ke Airport. Kami mengambil kesempatan untuk berjalan-jalan sekitar
hotel. Kami ternampak ada sebuah pasaraya Carrefour Mini, tidak jauh dari
hotel. Pagi itu hujan, ya hujan, seperti menangisi kepulangan kami sebentar
nanti.
Di Carrefour Mini, aku memborong coklat buatan turki yang boleh di
dapati dengan harga serendah 1 Lira. Kemudian ahli rombongan cik kiah yang lain
juga ikut aku memborong coklat. Ada juga yang membeli set cawan dan mug. Nanti
kat Airport tak perlu la kami membeli coklat lagi, sudah tentu harga nya mahal.
Di Airport, aku sempat membeli lagi satu souvenir untuk rakan
sepejabat. Harga cenderahati di Airport tidak jauh beza dengan harga cenderhati
di Grand Bazaar. Kami berkesempatan solat zohor di Ataturk Airport. Surau yang
di sediakan agak selesa, apa yang menarik nya ialah dinding kaca surau itu
menghadap landasan kapal terbang di mana ia berlepas.
Maap Selfie terlalu banyak |
Penerbangan selama 5 jam ke Abu Dhabi. Di situ kami solat magrib dan
isyak. Waktu transit adalah selama 5 jam. Lama kan. Kami semua tertidur-tidur
ayam di lobi. Nasib baik ada water cooler, boleh la ambil air free. Ada juga di sediakan majalah.
Ia nya percuma. Aku mengambil 3 majalah berkaitan travel untuk ku bawa pulang ke
Malaysia sebagai kenangan. Hmm tiba-tiba lapar, nasib la ada tapau muffin dan
pai semasa breakfast di Hotel pagi tadi. Hehe.
![]() |
From left:Kak Kama, Middle:Eve, Right:En Nasir |
![]() |
Unta sesat di Abu Dhabi Airport |
![]() |
Goodbye Istanbul! |
Terdapat Pameran seni di situ, lukisan dan hasil seni di jual pada
harga ribuan USD. Arthub at Abu Dhabi.
Telor Dinasour tunggu menetas |
Sekali tergolek telur ni..hamik ko bayo la ribu2 USD |
Pukul 2 pagi waktu Abu Dhabi, kami berlepas ke Malaysia. Ianya
adalah waktu yang paling tidak seronok sekali. Namun masa lalu tidak akan
berulang lagi. Udah2 leerr sedih tu.
Pendapat aku tentang trip kali ini ialah, hmm macam nak datang
Istanbul lagi, sebab masa yang di berikan untuk Istanbul hanya 2 hari sahaja.
Kebaikan melancong dengan agen untuk trip jelajah turki seperti ini, bagi aku
memang jimat dan kurang hassle, tetapi tourist guide tempatan akan utamakan untuk kami berkunjung ke tempat2 shopping di
mana mereka akan mendapat komisen jika kami membeli barang di situ. Contohnya
kedai karpet dan leather shop. Bagi aku, tak perlu pun nak spend masa lama2 kat
situ, kerana harga jualannya yang terlalu mahal. Dah standard handbag LV harga
nya, memang idok la teman nak beli. Ok la setakat ini sahaja coretan untuk
entry pada kali ini. Semoga bertemu lagi di lokasi seterusnya.
Selfie terlebih gedik bersama Evrim(Eve) |
Thanks for reading, hope uols enjoyed. Maaf lah sekiranya ayat macam
cacamarba. Karangan bahasa melayu dulu tak pernah dapat A,hihihi tapi gigih
sungguh tulis blog.
Sekian.
Jurnal pengembaraan Turki 2015.
![]() |
See you next Location! |
No comments:
Post a Comment