nuffnang Ads

Tuesday, 2 May 2017

Spring in Korea Day 4

18 April 2017

Suhu : 18 darjah celsius


Nami Island

Rupa nya si Mail ada business bas kat Seoul


Baca buku teks dalam bas

So tiba lah masa yang di nantikan iaitu ke Nami Island. Hari ini, sekali lagi hujan turun membasahi bumi. Kami mulakan perjalanan awal pagi ini, iaitu pada pukul 8 pagi. Kami menaiki tren dari Itaewon ke Namdaemun station. Selepas itu kami menaiki bas untuk ke jeti Pulau Nami. Sejam dalam bas, kami pon sampai kat jeti. Untuk ke Pulau Nami, boleh lah naik feri atau guna zipwire. Harga untuk zipwire mahal gilos. Tapi kalau nak cuba boleh je. Pendek kata, datang korea ni kena bawa duit banyak giler, sama macam pergi Europe.










Snap2 picture sikit, then sebelum meneroka dengan lebih detail lagi Pulau Nami ni, lets we have brunch first. Brunch makan nasi goncang. Nasi goncang tu rupanya nasi putih campur kuah kimchi dan telur goreng je. Haha. tak luxury langsung ok(poyo je cakap tak luxury,dah ikut tour kan, makan je la). Tapi ada je makanan lain kat Pulau Nami. Ok next time boleh cuba. 







Ada musola, on the way to the Restoran nasi goncang


Nasi goncang ataupun Dosirak











Macam biasa focus utama ialah untuk cari pokok cherry blossom, Patung pelakon winter sonata and the lovely metasequoia lane. Haha lepas tu dah malas nak jalan2 sebab hujan.  Sejuks nya. Selepas beli souvenir sikit, kami pon balik ke tanah besar dan lepak kat café je.





Gambar wajib



Gambar wajib


Sakura at Nami Island




Petals berguguran selepas hujan








Feri ke Pulau Nami

Dalam Feri



Masa turun dari feri ada sorang nenek tu tanya aku dari mana? Siap pegang tudung yang aku pakai, kenapa nak pakai benda ni. Tapi aku tenang2 saje. Hihi. Korea selatan ni memang US dah serapkan mentaliti bahawa orang yang pakai tudung ni ada kaitan dengan pengganas.
Masa untuk pulang


Namdaemun Market

Destinasi terakhir kami ialah ke Namdaemun market, masa tu matahari hampir terbenam. Di sini terdapat banyak street food, so aku dapat la cuba 2 street food. Boleh la, takdela sedap giler pon. Jadi la kan alas perut. Harga pula bermula dari 1000 won sebiji hingga 3000 won sebiji. 





Hotteuk, boleh tahan sedap


Kedai brooch tak berapa best😅😅😅

Orang Malaysia siap duduk lepak dengan pakcik ni, sampai pakcik ni pandai cakap melayu sikit..kemainnn korang

Macam cucur udang je rasanya


Harammm

Kedai souvenir kat Namdaemun, tapi pelik gak tak ramai orang beli souvenir kat sini, semua pakat beli brooch pastu balik kot



So highlight utama kat sini ialah Brooch korea. Tapi ntah kenapa tour guide ber iya nak bawa kami ke tempat menjual t-shirt I love korea tu. Untuk makluman kedai brooch korea yang cantik tu tutup pukul 6 petang. Kalau la kami tak di bawa ke kedai t-shirt terlebih dahulu, mesti kami masih sempat untuk ke kedai brooch yang hebat tu. Tapi yela kan tour guide kami orang lelaki apa la yang dia tahu pasal trend fashion yang cantik and choices. Walau bagaimanapun, kami di bawa ke satu kedai brooch, tapi tak cantik sangat pon, boleh la nak buat syarat beli 1 ke 2 brooch. Tak pasti la ada yang kecewa atau tidak. Tapi selain brooch, ada je jual souvenir kat sini. Dan lebih murah daripada yang terdapat di Doota Mall. Haha. biasa la kan kalo travel dengan ada guide ni mesti ada je yang tak best. So di nasihat kan kalau travel dengan guide ni tak perlu la nak bercita-cita besar dan aim untuk beli barang2 tertentu. Just travel, go see and enjoy. Kat Namdaemun market ni jangan lupa untuk tawar menawar.



Moment-moment terakhir naik train😭😭😭😭



Then kami pon pulang ke guesthouse, dinner kebab lagi.
Kalau ada sesiapa yang nak ke Hardrock café Seoul, maka tour guide boleh bawa, tapi ada tambahan bayaran sebanyak 7000 won(tetiba rasa menyesal lak tak pegi, kalo tak, boleh la tengok area Gangnam). Aku tak pegi pon sebab nak kemas2 barang.



Ok maka berakhirlah perjalanan kami di bumi Seoul.

*****************************************************************

Lobi GuestHouse, nak balik dah pagi tu.


On the way to the Airport

On the way to the Airport



Syarat untuk refund VAT(GST) ialah kena belanja sekurang-kurang nya 30,000 won dalam satu resit

Susu Pisang pon boleh balik masuk luggage
Masa untuk pulang

Ok lah plane kita dah panaskan engine, kita balik dulu Seoul!! Itabayo!



Perasaan berada di bumi korea?

Erm masa mula2 sampai tu memang rasa teruja sangat, tengok pokok cherry blossom untuk pertama kali. Tapi lepas2 tu biasa2 je sebab Seoul ni dah terlebih expose kat tv, sebab Kdrama bersepah2. Ke aku je yang dah mengkaji terlalu dalam pasal korea ni? Lagi2 peminat Running man macam aku ni. Hihi. Kedai2 kosmetik bersepah-sepah and sama je di mana-mana. Kat Itaewon street pon ada je kedai kosmetik sama macam kat Myeongdong tu . Tapi istimewanya Itaewon ni sebab ada banyak restoran antarabangsa, Thailand ada, vietnam ada, western, arab turki dan banyak lagi.

 So aku sediakan point2 penting pasal rakyat korea melalui pemerhatian aku:

-  Dalam tren baru la perasan orang korea yang bercinta lovey dovey sangat. Berpegangan tangan dan berbual mesra. Macam la dia sorang tengah bercinta masa tu, penuh perasaan betul.

-     Orang korea pon jalan agak laju, lagi2 nak kejar tren. Haha masa kami nak tukar line, selalu je bagi korean balik keje masuk tren dulu.

-   Barang korea ni mahal-mahal belaka.Harga Americano segelas ialah serendah 3000 won iaitu di Hongik University dan semahal 5000 won segelas di tempat lain. So masa ini 1000 won bersamaan RM4.00. Selain itu, baju dan kasut pon mahal. Range harga adalah bermula dari RM 100 – RM 200. So orang korea ni memang serba serbi mahal.

-     Fashion mereka sangat kemas dan cantik. Macam jepun, Korean tak pakai baju selekeh2. Even musim spring mereka tidak pakai baju yang berwarna warni. Mungkin masa summer nanti. And colour yang mereka minati ialah colour krim, nude dan navy blue.  


Kat area train station ada cermin besar di sediakan untuk rakyat nya melawa (biasanya ia diletakkan di sebelah escalator or di luar tandas, so tak perlu la masuk tandas semata-mata nak tengok cermin)


Lokasi pilihan untuk shopping


Hongik Universiti shopping street.

ada banyak baju cantik- cantik and banyak cafe hipstur.


Myeongdong street

ada banyak barang-barang kosmetik dan penjagaan kulit, but mahal2 belaka. street food pon ada.

Myeongdong under ground station

ada banyak kedai baju, kedai k-pop merchandise and kedai menjual cd. rambang mata di buatnya




Realiti tinggal di Guesthouse.

Nama guesthouse : Itaewon Inn

Itaewon adalah kawasan foreigner, macam-macam bangsa ada. Guesthouse yang aku menginap ni ada bilik 1 orang, bilik 2 orang, bilik 4 orang (dah kategori dorm sebab ada katil double-decker) dan bilik 8 orang (dorm jugak). So aku menginap di dorm 4 orang. Dan bilik aku terletak di level di mana terletaknya dorm lelaki 8 orang dan dorm perempuan 8 orang.

So sebab aku berdua je dengan kawan aku, maka kami di tempatkan di bilik 4 orang. Mula-mula kami dapat room mate orang korea, then the next day, kami dapat room mate dari Belgium. Huhu masa tu rasa international sangat. Macam duduk asrama dapat lak sebilik dengan orang Belgium. Nasib la dapat mat saleh yang ok2 je. Maksudnya takde la kurang ajar or mabuk2.


My Belgium room mate.

Masa malam kedua tu, aku tengah tulis diari, so masa tu la room mate Belgium tu balik. So kami pon berkenalan ala kadar. Selepas beberapa minit sesi perkenalan maka ketahuilah oleh aku yang mereka berasal dari Belgium dan telah berada di benua asia selama 3 minggu. Pengembaraan mereka bermula dari China, Jepun , Hongkong, dan Seoul adalah destinasi terakhir mereka.

Bila aku cakap yang kami dari Malaysia, mereka kata “ interesting”, haha ntah apa yang interesting sangat tak tahu la.

Nak di jadikan cerita malam tu masa nak tidur, si Belgium ternampak ada seekor lipas sedang berjalan di atas almari. Habis dia buat muka geli, terus dia buat report kat reception. Maka tidak lama selepas itu, ada staff guesthouse seorang lelaki, melakukan aktiviti fumigation. Kecoh la sikit masa tu. Ironically , esok nya ada seekor lipas kecil pula datang. Maka aku pon berdialog dengan room mate:

Aku : I think that baby cockroach wants to find its mother.
Si Belgium : I don’t care weather it wants to find its mom or whatever, it should be kill, so go see your mother in heaven.(sambil mengetuk lipas dengan tapak kasut)

Kelakar jugak minah ni.

Mungkin ini pertama kali mereka melihat muslim solat secara jelas, so mereka pon bertanya kenapa kami pakai telekung masa solat, and macam mana kita tahu arah kiblat tu. So aku pon tunjuk la handphone, ada apps kiblat.

Suasana dalam bilik kami



Yang paling haru duduk bilik ala2 dorm ni, ialah bilik air kena kongsi. Tapi semua orang pon bagus beri kerjasama, toilet and shower pon bersih je. Tapi ok je bilik air kat depan bilik tidur. Cuma kena la jaga aurat kan. Masalahnya aku dah tutup aurat, si mat saleh tu tak reti. So setiap pagi time nak pergi shower, asik la terserempak dengan mat saleh lelaki or negro bagai keluar toilet pakai spender je. Woi2 ko ingat ni kat rumah ko ke? Ini tak kelakar.


Sekian sahaja catatan aku di bumi Seoul.

Kamsahamnida..Annyeong!!!


Repeat Seoul?  Why not.